Friday, October 29, 2010

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 3 SMKIP

Oit! Wazz up, dude..?


Okey, malam baru boleh bukak blog nih.. Coz dari petang, adik aku asyik sebok jo main ngan Pesbook dia jek.. Menyusahkan orang jek. So, post kali nih, aku nak cerita pasal jamuan akhir tahun yang diadakan kat Juita Inn pada petang tadi.

Start pukul 12 tengah hari, aku dah mula bersiap.. Pergi gosok baju Melayu.. Az terpaksa berpakaian lain dari yg lain coz aku telah dilantik sebagai wakil pelajar dan perlu memberikan ucapan dalam majlis tersebut. Sebelum itu juga, sy sempat menaip text ucapan.. Harap-harap ucapan sy tidak "mengabe kokse".. Lagipun, kalau mase kita bagi ucapan, ade ke manusia yg berminat sangat nak dengar? Diorang xkisah pun ape yg kita kata kt atas stage tu kan..Betul tak geng?

welcome!
air sirap
qeme 
baju melayu + samping kuning

Selepas siap berbaju melayu kuning dan bersamping, papa telah sampai di rumah tepat jam 1 tengah hari untuk pick-up sy ke majlis tersebut. Sy perasan, kereta EXORA  Mohd Fahim sentiasa berada di hadapan kereta papa saya sampailah kt sana. Alhamdulillah, jalan taklah sesak sangat dan sampai pada jam 1.20 tengah hari. Selepas bersalam dengan papa sy, sy terus turun dan kelibat Amin dan Zaidi jelas terpacak di depan pintu masuk. 

Tanpa membuang masa, kitorang terus masuk dalam dewan Mahligai dan terus mengambil tempat. Kami duduk semeja dengan Solihin, Aliff Mukhlis, Alif Syahmi dan Syafiq Sakri. Selepas itu, sy mula berlatih membaca text ucapan yg dibawa dengan bersungguh-sungguh. Kelihatan Tuan Pengetua telah sampai dengan diiringi oleh guru-guru kanan. Sepatutnya, kalau Pengetua telah duduk, Pengerusi Majlis tentulah sudah mula pot pet kan.. Tp senyap memanjang jek.. Cuma kedengaran muzik lagu cina ada lah..


teks ucapan
wakil pelajar sedang berucap
the girls
n the boyz

Tetiba, cikgu Norizan dan cikgu Syarifah datang kat meja kami.. Cikgu kate MC xsampai lagi.. So, cikgu suruh Amin jadi MC yg baru.. Oh, gila..! Sy tahu sangat, kalau MC tangkap muat macam nih, memang majlis akan jadi DISASTER punya!.. Amin sudah mula kalut memikirkan dialog dan menulis apa yang patut.. Sy juga membantunya mereka dialog sikit-sikit.. Mujur jugak, Amin dapat bertenang dan dapat bercakap di atas stage dengan baik walaupun tergagap-gagap sedikit.

dif2 terhormat
cikgu2 laki
Okey, tiba giliran wakil pelajar untuk memberikan ucapan. (Sy lah tu..).. Dengan langkah berhati-hati, sy terus menuju ke stage dan mendapatkan mikrofon. So, berucap lah sy kt situh.. Mujur jugak, sy taklah tergagap sangat dan paling penting- sebut nama cikgu2 dengan betul.. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan pengetua. Yang paling lawak adalah bila bacaan doa. Pembaca doa pon main tangkap muat jugak sy rasa. Doa yg dibaca pendek sangat, sampai ada yang tak sempat tadah tangan, doa dah habis pun.. 

t'kejut solihin
syafiq nk ambil lauk tuh
tomato..?!
gigit jgn xgigit udang tuh zaidi
Lepas selesai tuh, aktiviti seterusnya tentulah makan...! Sy taklah makan banyak sangat seperti yuszaidi dan Amin yg menambah nasik lagi.. Sy meratah lauk jer laa.. Mujurlah makanan tu sedap, kalau tak, sy memberontak la kat situ.. Lepas makan, semua orang bergegas untuk pulang kerana masih belum solat Zohor. So, dengan kalut ribut, semua orang keluar dr dewan. Saya memang xpuas hati coz xder banyak gambar yang sempat diambil. Semua orang cepat nak balik. Uh, xsyok weh...!

weh korang nih, aku nk makan nk snap jugak ke?
the serious qemey
cikguuuu!
Teacher Datin Jamilah, Cikgu Zarina n Cikgu Azizah
So dalam pukul 3, sy telefon ibu saya suruh ambil kat situ. Ramai orang mengambil keputusan untuk ronda-ronda bandar KB..Sy decline dr ikut diorang coz sy sendiri belum solat lagi.. Mane best kalau pergi jalan-jalan kalau tak solat dulu kan..

Deli woooo
after makan yea
posing dulu u guyz..
smile2..
aku 168. depa?
n the another girlz
weh, aku nk g KB jgk..!
kitorang mcm pengantin plak...  (xde paper kay..)

In a nutshell, jamuan kali ini memang xbest.. DISASTER... ! Sy harap jamuan lain akan lebih tersusun dan berjalan dengan lancar.. Sy memang x enjoy masa kat sinih.. Takmo, takmo lagi majlis cenggini... UH!

2 comments:

scha said...

saya yang menyebabkan majlis jadi se-disaster nih rite? huh :'(

Amal Azraai Azuha said...

em.. xjugak... it's okay, don't blame urself.. let the bygones be a bygones kay..!