Tuesday, November 30, 2010

Exam MARA @ MRSM PC



EXAM MARA.. Benda ni lah yang aku paling malas nak buat masa cuti skang nih. Kenapa? Sebab aku kena repeat semula untuk menghafaz formula-formula dan fakta-fakta Science n Maths demi exam nih.. Tapi, terpaksa rela jugak lah coz demi masa depan (form 4) aku kan.. Start tahun ni, semua student form 3 yang nak masuk MRSM, diorang perlu menjalani satu exam yang dikendalikan oleh pihak MARA.. Kiranya aku boleh dikira bertuah jugak coz dapat jawab exam kat MRSM PC jek, tak seperti member aku yg lain yg terpaksa exam kat MRSM jauh2.. Uh3, kesian betol.. (tu laa, sape soh isi borang lambat sangat....)


surat tawaran

TARIKH: 30 November 2010
LOKASI: Makmal komputer 1, MRSM PC
WAKTU: 2 petang - 5.30 petang

the silent walkway

my former school - SKPC

Muka budak nak ambik exam (buat2 cuak)


Sejak dari semalam lagi, aku memang busy (tak tipu) mengadap balik buku rujukan Science & Maths yg dah berhabuk tu. Mengikut pengalaman orang senior, soalan Math & Sceince akan keluar.. Tapi, soalan dia EXTRA SUSAH PLUS PLUS! Memang patut pon soalan dia susah coz bukan senang nak jadi pelajar yg bergelar "budak MRSM" yg memang orang akan pandang tinggi nih .. 

Petang tu, pada jam 1.40 petang , naik kereta, terus pergi kat sana. Dekat jek MRSM nih dari rumah aku, dalam 3 KM.. Tak sampai 5 minit, dah sampai. Masa sampai tu, tengok sikit jek ada orang.. Kitorang diwajibkan memakai baju sekolah. Aku tengok, ramai jugak calon exam yg dihantar oleh mak bapak diorang sampai kat tempat exam. Ibu aku ade mintak nak hantar sampai kat tempat exam, tapi aku refuse. Alsannya? Aku dah besar kan, tahun depan masuk Form 4. (tapi rasa diri ni masih form 1)


tunggu..

Ok, masuk je pagar MRSM, pok cik guard (bukan Cik Dibah) tunjukkan jalan. Aku pun jalan cepat2 memandangkan dah hampir pukul 2 petang. Sampai kat tingkat 2 lab computer tu, tengok dah ramai orang yang mundar-mandir kat area luar. Ok, takde sorang pun orang yg aku kenal kat sini. N then, aku terus tengok kat pintu list name untuk di-tick-kan.. Orang aku kenal ade, Alyaa Hanafi. Tapi, dia sesi pagi ngan Aisyah.  Oh, mujo name aku ada, kalau takk.. Entah laa.. Tunggu punya tunggu, tetiba ada sorang laki ni tegur aku. Aku pun palingkan muka... Ok, dia cakap dia kenal aku n tuisyen same2.. Dia ni budak SMK Beris Panchor...Ohhh.. baru teringat kat diaa .. Hehheh..


no.17!

Satu lab ada 20 orang, satu lab lagi 20 orang jugak. So, ade 40 orang laa masa tu yg ambil exam. Bila cikgu pompuan ni instruct kitorang masuk, kitorang pun masuk dalam computer lab tu. Aku pick kerusi belakang sekali kat barisan tengah. Syok cikit pada duduk kat depan tu. First paper, Mathematics. Soalan kat komputer, jawab pun kat atas komputer jugak. Soalan A,B,C & D, ada 40 soalan, jawab dalam masa 1 jam 15 minit... Masa first jawab tu... FUH! Memang susah giler soalan dia bagi. I repeat --- SUSAH GILER! Jawab je la yg mana tahu dulu, skip soalan yg tak tahu. Soalan dia termasuk jugak syllabel upper form dam jugak lower form. At last, 20 soalan aku confirm betul, 8 soalan ragu-ragu dan 12 lagi memang aku pakat bedil/tembak/bom..

isi baik2, kalau salah, xleh ambik exam dahh

the IC

snap orang lain

15 soalan jek? yang lain?

the Maths calculations

fikir2

snap gambo s'diri

tadaa....!


Lepas tu, paper Science. Ade 50 soalan, jawab selama 1 jam. Soalan dia taraf sederhana laa, soalan dari form 1 sampai form 3. Jawab dalam masa 30 minit je, n then terus terlelap sekejap. Sambil tu, sempat jugak snap gambar orang lain, jadi stalker tak bertauliah kejap. Memang mencabar jugak soalan paper ni, tapi 48 soalan tu memang boleh jawab. Lagi dua? Faham jer laa.. N for the last paper, paper Keperibadian, ada 100 soalan, jawab dalam masa 30 minit. Enjoy jugak jawab paper nih, coz kita tak perlu berfikir banyak, just jawab pasal kita jek. Soalan paling aku takleh blah, soalan 70.. Nak tahu nape? Tengok nih:




Teka2 aku jawab ape? Korang mungkin tahu kannn?

Dalam jam 5.20 petang, selesai sudah sesi menjawab exam. Before kitorang balik, cikgu ade bagi slip, untuk buat kenangan kitorang. Lepas tu, kitorang terus blah n  aku pun terus balik rumahh...


promote body kejap

the scene


Konklusinya, aku harap aku boleh skor tinggi dalam exam nih. Bukannya ape, kalau markah kita tinggi, kitorang akan ditawarkan ke MRSM BITARA iaitu MRSM PC, Taiping & Jasin. Sape tak nak study kat situ kann? Overall, aku memang puas hati la jawab soalan exam hari ni..

And for the rest of my friends who will taking this exact same exam tomorrow and beyond, I will give u all a little tips that might help u :

1)  Korang jangan lupa bawak IC & SURAT TAWARAN EXAM mase nak pergi kat sana..
2)  Jangan lewat datang, nanti tak sempat nak dengar taklimat cikgu bagi.
3)  Jawab soalan tu dengan SANGAT BERHATI-HATI.. 
Soalan ter-extreme TRICKY n   CHALLENGING!
4)  Jangan excited sangat kat dalam lab tu nak jawab soalan tu, kalau tak, computer akan jadi gedik (bermasalah). Tak caya? Sila cuba sendiri..
5)  Dengar arahan cikgu beri dengan teliti.. Kalau tersalah, susah kang.
6)  Lepas exam selesai, jangan cepat balik, tunggu dulu cikgu ade nak bagi slip kehadiran..

Ok, setakat tu sahaja post kali ni. I wish all of u goodluck 4 ur exam k..


slip kedatangan

(p/s: aku PEMALU, bukannya SOMBONG...!)




Sunday, November 28, 2010

(TOP 5) Tempat Paling Misteri di Dunia


Berikut merupakan tempat yang dikatakan mempunyai pelbagai kisah-kisah aneh dan misteri. Hingga kini, manusia belum dapat merungkai sepenuhnya lagi misteri yang terdapat di tempat-tempat tersebut. So, apa lagi? Jom selongkar tempat-tempat yang didakwa merupakan tempat paling misteri di dunia. 

TOP #5 - STONEHENGE

Stonehenge merupakan sekumpulan batu misteri yang disusun menjadi bentuk bulatan di sebuah daerah yang bernama Ushpur di England. Setiap batu-batu tersebut mempunyai ketinggian dan bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Tiada sesiapa pun tahu siapa dan apakah tujuan Stonehenge ni dibina. Adakah tempat ni dijadikan kompleks mahkamah, kuil, pusat pemerintahan atau mungkin aktiviti UFO? Tiada siapa yang tahu.. 




TOP #4 - XINJIAN

Kawasan ini merupakan kawasan yang tidak diduduki oleh penduduk dan digelar "Moguicheng" yang juga bermaksud "Kota Syaitan". Beberapa istana tinggalan yang ada di kawasan ini sering mengeluarkan bunyi yang tidak jelas dari mana terhasilnya bunyi tersebut. Kalau korang datang kat sini pada hari berangin, korang akan terdengar bunyi seperti bayi menangis, ngauman singa dan salakan serigala. Kiranya, kalau sape-sape yang mahu privasi, bolehlah datang kat kawasan sunyi + sepi + seram nih.. 





TOP #3 - SEGITIGA BERMUDA

Kawasan yang menganjur dari Florida, Bermuda dan Puerto Rico yang membentuk sebuah segi tiga ini menyimpan kisah hitamnya tersendiri. Kawasan ini juga digelar "Devils Triangle" kerana hampir kebanyakan pesawat terbang dan kapal yang melintasi perairan ini akan hilang begitu sahaja tanpa apa-apa kesan. Peralatan dan alat komunikasi kapal dan pesawat juga akan terganggu apabila melalui kawasan ini atas sebab yang tidak diketahui. Pakar ada menyatakan teori medan magnetik, ombak gadang serta penglibatan UFO yang menyebabkan perkara ini terjadi.




TOP #2 - PIRAMID MESIR

Mesir adalah salah satu tempat yang paling misteri dan ajaib di planet ini. Negara ini mempunyai lebih dari 80 piramid yang tersebar di sepanjang sungai Nil. Setiap piramid bersaiz sekitar 100 meter, yang diperbuat daripada batu raksasa yang beratnya mencapai 100 tan setiap satu. Sampai sekarang, legenda mengenai piramid masih mengundang misteri dan teori tersendiri kepada para pengkaji.  Di antara semua piramid, Piramid Khufu adalah yang tertinggi. Semua piramid dibina hanya ditumpuk satu di atas batu lain, tanpa bantuan alatan lain. Isu tentang teknik pembinaan yang digunakan juga masih belum terjawab hingga ke hari ini. Jadi jika korang memang sukakan misteri, Piramid Mesir akan menjadi "padang permainan" yang betul-betul misteri bagi korang.




TOP #1 - PULAU EASTER

Pulau ini terletak di antara Tahiti dan Chile, yang juga merupakan antara tempat terpencil di dunia. Pulau ini meraih populariti antarabangsa kerana patung gergasi yang luar biasa berbentuk wajah manusia. Setiap patung berketinggian dari 5 hinnga 30 meter , mempunyai berat sekitar 75 tan, diperbuat daripada batu gunung berapi, dan merupakan karya masyarakat Rapa Nui. Samapi sekarang, tidak ada sesiapun yang tahu akan kaedah pembinaan patung-patung  unik ni. Ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa penduduk di situ mendapatkan bantuan teknologi UFO untuk menyiapkan patung-patung tersebut memandangkan manusia pada masa itu hanya mempunyai teknologi yang primitif. Namun, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap sepenuhnya. 




Konklusinya, dunia ini memang menyimpan misterinya yang tersendiri. Kalau korang nak discover perkara misteri tu, sila lah berkunjung ke tempat-tempat yang dinyatakan di atas. Bak kata host misteri nusantara, "Jangan biarkan hidup anda... dikelilingi misteriii...."

Ok, setakat tu sahaja artikel kali ni.



Paparazzi #3

Dah lama rasanya tak tulis pasal sang paparazzi sorang nih yang asyik dop skodeng orang. Hari tu, paparazzi pergi membeli air di kedai Bojo. Tetiba, ada orang yang dikenali sedang melintas jalan. Apa lagi? It's skodeng time! Berikut merupakan mangsa ke-3 paparazzi tak bertauliah nih :

shhh! jangan bagitau paparazzi kat sini

berlari berkejaran

uh! dia dah nampak.. cabut!

Korang cam sape tuh?





Friday, November 26, 2010

I got tagged! so i must answer the questions.. huh

Sekarang ni, petang sudahh . Tetiba, kakak aku yg ter"sayang" sorang tu, Amy Azuha tetiba jek ambush masuk bilik orang .. Dan menyebut, "hei amal, awok keno tag! jawab deh soale2 tuh..." Eh? Sorry? Ni wartawan Bpop ke Pancaindera nak suruh jawab soalan2 nih .. Tapi, nevermind, aku akan jawab jugak soalan2 tu, demi kakak yg tercinta ...

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?

Sudah semestinya papa n ibu, family, kawang2, gewe (oops) n blog ni...

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

Tadi beli KFC snack plate, suruh Kak Amy beli kat KFC e-port
 .... Tapi duit baki tak bagi2 lagi. 

3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti? 

Kat mane? Tak fikir lagi laa. Kalau tanya nak pergi sekolah mana mase form 4 nanti, relevan laa jugak soalan. Ish3..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Of coz! kan arniez kan?

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Selagi tangki oksigen tak bocor (paru-paru) dan selagi aku masih ingat nak bernafas camner.

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

Ooops! bahaya punya soalan. (cikgu mynah, sila jangan baca). Kat area skool laa kebiasaannya.

7. Novel/buku/majalah terakhir dibeli? 

MASKULIN. Beli kat jetty Penang hari tu. Eh2 tak laa, majalah Digital Camera Magazine, beli kat KB Mall minggu lepas ..

8. Apakah nama penuh korang? 

Lailatul Hamimi Sharman bin Amin Nasuha
 *okey, sangat mengarut*
Amal Azraai bin Che Azuha

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra? 

Kalau mak, tempat mengadu. Kalau ayah, tempat usha benda yg diingini. Dua2 lahh.
*nenek tak boleh?*

10. Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang

Ethan & Khairi dari The Amazing Race Asia 4. Nak sangat cakap kat diorang, "Bang, sila tukar tugasan DETOUR abang. Kalau tak, kumpulan abang akan tersingkir nanti. Dan sila kira duit betul2 yaa.

Taylor Swift. Sebab nak nyanyi berduet dengan dia lagu MINE.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri? 

Hello? Ape gunenya mesin basuh kat blakang rumah tu? Dan tolong la sikit orang bumiputra yang bukak kedai dobi tuu untuk memperbaikkan business mereka. (Kan saranan PM nak bumiputra maju?)

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Bilik kawalan senjata nuklear kat Russia. Nak bom rumah musuh utama.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Tak nak dua2, nak pisang goreng. (sangat lapar sekarang)

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

(a) Kakak sy lah tu. 
(b) Dia sangat envy kat adik dia (saya)
(c) Dia tak pandai isi minyak kereta. (asyik adik dia je yg kena isi)

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

(a) Nokia E72
(b) Laptop Acer 
(c) Canon EOS 
(d) Blog ni
(e) Bantal busuk 

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

Mariam jaga kambing (dalam blog lina izzati)
Semua lagu Taylor Swift

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut ? 

29 Ogos 1995. Sambut kat rumah je.

18. List 5 Orang yang kena tag..(korang yg kena pulak haha)


(p/s: Eh? Dah habis dah soalan? Nak jawab lagi! Best ape jawab soalan cenggini)













Bila budak kecik macam aku dapat hadiah

Hadiah? Sape yang tak suka hadiah? Tambah2 lagi kalau gf/bf/nenek/datuk/mak/bapak korang bagi kan.. Ok, ceritanya cenggini, tadi pagi, takde orang kat rumah PT 790 ni. Papa pergi main golf, (tidak membawa sy sekali) ibu pergi hantar adik n kakak pergi tuisyen (tak balik2 lagi), Kak Amy n Azwa pergi KFC e-port, (buat date) so tinggalah aku sorang2 kat rumah, kat depan laptop..

Tetiba, bunyik bunyi kenderaan kat depan rumah. Bunyik kenderaan yang tak familiar langsung. Then, terus tutup semua lampu dalam rumah dan tarik langsir rapat2.. (nak buat macam takde orang kat rumah, so orang yg datang tu akan balik).. Tetiba ada orang bagi salam dan aku pun keluar lah. Tengok2, rupanya sepupu aku.. Dia bagi satu bungkusan, katenya dari Uncle Omran (sepupu aku yg lagi sorang). Lepas say thanx n bye2, terus blah masuk rumah..

Dengan semangat ingin tahu Ibnu Batutta, terus bukak bungkusan tu.. Tengok2, ada bungkusan yang berisi sebuah beg kaler kuning, bertulisan jepun yang memang aku tak faham langsung.. But wait kejap, jepun? Ahhhhh! Baru teringat! Uncle Omran sekeluarga sekarang stay kat Jepun n tak boleh balik tahun ni.. Ah, kira beg kuning ni official milik aku coz takde sape2 yg dop kat rumah skang.. Yeyeye!


gyomu super !


Trimas bebanyak to Uncle Omran n sekeluarga.. Jaga diri korang, jangan asyik sangat dop main bunga sakura tu yea...

(p/s: bila laa aku leh gi Jepun erk? Air Asia X takde buat promotion ke?)
(p/ss: papa, pindah LA nak tak...???)

Thursday, November 25, 2010

A very very special friend named AD...!

AD??! Sape "AD" tu? Yang pasti, dia bukan AD peserta TARA musim ke 2 dan bukan juga pemilik mall Pavillion atau restoran Mamak 24 jam . Sebenarnya, AD is an abbreviation for a person that I can call it a true friend, named LAILATUL ADNIN MUHAMUD. Mesti korang keep wondering, kenapa aku tetiba jek nak tulis post kali ni khas untuk dia?? Sebabnya....

Sejak semalam lagi, Adnin dah berjanji nak tulis post pasal sy kat dalam blog dia, "whatsallycakap.blogspot". Aku pun tertanya-tanya gak, Adnin ni nak tulis ape laa pasal budak tak matured nih. Mana lah tahu, nak mengutuk ke, nak jatuhkan aku ke or nak promote aku ke ... Tunggu punya tunggu, akhirnya tertidur depan laptop sampai esok pagi.. Sedar2, laptop dah mampus dan tak teringat langsung pasal post "khas" aku tuh.. 

Lepas mandi, makan, nengok tv, baru lah teringat kat anticipated post tu. Terus sambar laptop dari tangan adik aku yang dop main game Red Alert tuh dan terus bukak Internet Explorer . Eh tunggu kejap, ada lagi ke orang yg guna browser Internet Explorer? (kak amy, sila terasa)  Ape laa? Orang guna Google Chrome dah laa.. Okey, bukak Google Chrome dan terus sign in blogger...





Kat reading list tu, terus scroll down ke bawah.. Post "rambut" Hanis Zalikha serta post " Tragedi X3" Diari Budak Malas terus di-neglected kan semata-mata nak baca post blog BEKAS MANGSA PMR. When jumpa, terus click post yang bertajuk " Al-kisah bestfriend saya" dan tunggu blog tu loading..





Okey, sebelum baca, ambil nafas cukup2 dan mulakan bacaan dengan bismillah...







Okey, dah selesai baca...
ADNIN,
AWAK
NI
KAN

OMG! Saya suka gila baca post awak tu adnin.. 110% suka! Dari  cerita masa form1 tu, ke cerita jadi mc Abang Raja hingga ke cerita sy handle kelas Sejarah, semua sy suka..! Tapi jangan laa cerita pasal Arniez tu sekali, maluu ahh! Tapi kan, memang awak ikhlas dan jujur dalam memberi pendapat. Setiap perkataan yang awak taip tu, memang betul 100% pasal sy .. Semuanya betul, takde ampu-ampu dan mengarut. Seriously, sy memang tak sangka awak akan describe pasal sy cenggini. Ingat ke nak kutuk sy ke ape. Tapi, tidak..  

In addition, sy memang bertuah kerana dapat kawan yang sebaik awak.  Thanx bebanyak coz awak telah menjadi seorang kawan yang memang boleh dan memang layak dipanggil sebagai kawan.. Eh tidak, KAWAN BAIK!! Post yang seterusnya, sy akan describe pasal awak pulak yea, tunggu2.. Harap Ryzzqy Kamaruddin tak marah ekk... Kalau korang nak baca apa yg AD tulis tu, sila klik SINI .

Ok, sila tunggu post sy yang akan datang..

(p/s: dulu mimi, sekarang adnin pulak yang tulis pasal sy kat blog.. lepas ni sape la pulak?
 Hanis Zalikha kott..)

Wednesday, November 24, 2010

Iklan Air Asia yang Ter-over..?

Pagi- pagi lagi, dah mengadap depan PC .. Musim cuti kan, nak buat ape lagi. Bukak-bukak laman web tu, tetiba terdetik nak bukak laman web Air Asia (LINK). Mana lah tahu, kot2 AA ade buat promotion ke London yg memang murah giler ke, boleh laa usha mak bapak aku booking flight tu kan .. 

Masa bukak homepage AA, tetiba muncul satu iklan ni.. 

klik untuk besarkan

OMG! Iklan tu bagi aku memang kurang OK.. Memangla, kota Paris terkenal dengan jolokan "Kota Romantik" tapi gambar tu kurang sesuai untuk dibuat sebagai promotional ads. Kalau budak-budak (macam aku) yang view webpage ni, camner? Sepatutnya AA tukar kepada gambar yang lebih sopan, contohnya gambar sepasang couple yang sedang "candlelight dinner" berlatar belakangkan Eiffel Tower. Kan lebih OK??



(p/s: cegahlah kemungkaran di mana2 - Ustazah Wan Mariani)

Monday, November 22, 2010

Benda yang WAJIB ADA, HARUS ADA & TAK PATUT ADA dalam blog korang

Salam HOLIDAY semua. Kali ini entri aku nie panjang sikit sebab aku nak jelaskan secara lanjut benda/widget yang wajib, harus serta  tak perlu ada dalam blog kita. Yelah, bagi blogger-blogger newbie yang masih lagi buntu hendak meletakkan widget apa yang dirasakan perlu untuk menarik ramai pelawat datang ke blog korang, korang boleh meletakkan sebahagian widget yang dicadangkan oleh aku. Nak tahu apa?? Sila baca dengan selanjutnya :



WAJIB:

1. Google Friend Connect (Follow)


Kepada blogger-blogger yang masih nyanyuk 'terlupa' nak pasang bende n i.. Please la pasang kat blog korang, kalau tak pasang, macam mana blogger-blogger lain yang berminat kat blog korang ni nak follow blog korang?? Benda nie memang WAJIB! Nanti kang ade orang yg complaint kat shotout korang, "cantik blog, tapi mana butang FOLLOW?" 



2. Popular Post


 Jangan lupa pula meletakkan wigdet popular post ke dalam blog korang kerana popular post ini memberikan first 'impression' terhadap entri yang popular itu kerana mereka mengatakan entri tersebut mesti menarik tatapan ramai pembaca. Hal ini kerana entri blog ini yang tak seberapa popular itu mampu menarik sebahagian kecil pembaca blog ini setiap hari selain entri terbaru. 





3. Nuffnang ads


Hah,benda nie menjadi kemestian bagi setiap blogger untuk mendaftar nuffnang serta menampal KESEMUA 3 iklan nuffnang ke dalam blog. Hal ini kerana selain menulis blog, kita secara pasif boleh memperoleh sedikit sebanyak pendapatan melalui pengunjung blog yang singgah serta klik pada iklan itu untuk mengetahui maklumat lanjut. Cukup earning, kan free2 cek boleh dapat? Kan senang, duit masuk dengan dop diam2.. 




4. Linkwithin


Jangan lupa linkwithin ini juga menaikkan pageviews sesebuah blog. Sejak aku meletaknya 2 bulan lepas, Pageviews aku banyak bergantung kepada linkwithin. Tak pernah tengok linkwithin? cuba lihat bawah entri ini,ada 4 post linkwithin. Cara nak tampal widget ni tak susah.. cuma lawati laman INI dan ikut langkah mudah. Tak perlu nak edit-edit HTML ke ape.



5. Page


Antara tujuan membuat page biasanya di bawah header blog adalah untuk menjimatkan ruang serta memudahkan pembaca blog memilih entri tertentu seperti 'TUTORIAL', 'LINK EXCHANGE' , 'LAWAK' dan sebagainya dengan mudah.


6. Facebook share dan Likes serta Retweet

Last but not least. Widget ini memang tak dinafikan antara salah satu 'ejen' yang membantu menarik trafik dari facebook serta twitter ke dalam blog kita. Tolong tampal  widget ini dalam blog korang supaya entri yang dirasakan menarik boleh dishare dan diretweet dengan pengguna fb/twit lain ataupun sekadar likes. 



HARUS (pilihan) :


1. Shoutmix/Cbox (wajib bagi blogger newbie)

Widget ini boleh membantu korang menaikkan trafik korang dengan aktiviti blogwalking. Bagi blogger yang sudah terkenal , mereka tidak perlu laa nak letak shoutbox kerana mereka mudah menarik trafik tanpa melakukan aktiviti  disamping entri mereka yang berkualiti. Namun kelemahan meletakkan widget ini ialah menjadi penyebab trafik blog naik bukan kerana mereka membaca entri, tapi ramai blogger yang singgah cuma meletakkan link mereka di situ dan blah tanpa membaca serta memberi komen di entri atau cuma memberi komen di shoutbox saja. Tak best la kan.



2. Wowzio/Feedjit Life Activity Feed (pilihan)


Korang dapat mengetahui sumber trafik yang datang ke blog korang dan entri mana mereka baca. Seelok-eloknya memilih wowzio kerana ia kelihatan lebih profesional dan menarik serta korang boleh melihat wowzio di blog-blog blogger ternama seperti ohtidak! dan just4khai.com. Tapi feedjit pun apa kurangnya kan..




3. Recent Comment


Memaparkan komen terkini daripada pembaca blog. Mudahla kita nak tahu siapa yang terbaru komen entri kita. So, kita boleh reply comment orang tu tanpa tertinggal. 



4. Facebook Fan Page,Twitter dan/ Formspring

Seperti yang sedia maklum, facebook fanpage serta twitter boleh menarik banyak trafik untuk singgah membaca entri korang. Jika diletakkan dalam blog,mudahlah pembaca blog 'likes' dan follow facebook page dan twitter kita.



5. Search Box 


Memudahkan pembaca blog mencari entri yang ingin dicari oleh mereka dalam blog korang dengan mudah.




6. Latest Entry


Memaparkan entri terbaru yang korang tulis. Yelah,mungkin ada pembaca yang terlalu sibuk sehingga terlepas membaca entri terbaru blog korang,inilah caranya :)


7. Blog Link List


Memaparkan senarai entri terbaru daripada blog follower atau blog kegemaran korang. Ini memudahkan korang terus singgah ke blog mereka atau memberi kelebihan kepada blog yang dilistkan kerana entri mereka dilihat oleh pembaca blog korang. Ini kiranya korang ni ada semangat tolong menolong la. Tapi biarlah sedikit ya,jangan letak sampai banyak list sehinggakan blog korang menjadi terlalu berat.



8. Stat/ Online User


Menujukkan jumlah pelawat yang datang pada hari ini, jumlah pegeviews serta jumlah pelawat yang sedang 'online'. Namun,widget ini tak berapa penting sangat just nak cakap blog kita ni ada ramai pelawat. 




9. Top Commentator


Bagi menghargai sumbangan pengkomen 'tegar' blog korang, (seperti dalam blog aku, Izyan Nasuha) jangan la lupa nak letakkan widget top commentator di dalam blog korang. Mesti mereka akan merasa suka bila namanya ada dalam top commentator di blog kita dan bersemangat untuk memberi komen selalu. Tips: Amalkan amalan membalas komen di entri mereka yang memberi komen kat entri kita. Ini kerana kemungkinan besar mereka komen balas di entri kita! 

10. Categories/Label


Memudahkan pembaca 'selongkar' entri yang berkaitan dengan label/kategori tertentu seperti lawak, agama, isu semasa, tutorial, dan sebagainya dengan mudah.

TAK PERLU ! :


Widget-widget di bawah ini dirasakan TAK PERLU ada dalam blog, bukan apa, widget ini membantu menambahkan 'kecantikan' blog kita, tapi ia memang sungguh 'annoying', tidak rasional serta memberatkan blog korang. Aku tahu,  dalam kalangan newbie, mesti diorang nak letak segala benda dalam blog tu. (aku tahu laa, aku tu pun macam tu jugak dulu) . Contoh widget yang TAK PERLU ADA dalam blog korang :

1. Kalendar*
2. Jam dinding*
3. Akuarium Ikan*
4. Lagu*
5. Geocounter
6. Custom Cursor
7. Language Translator

8. Youtube video

9. Dan sebagainya.

(REMARK: * sangat biasa jumpa dalam blog newbie)

Okay, setakat itu sahaja tips kali ini. Harap korang semua boleh pratikkan benda2 yg aku membebel kat atas tu. Kalau tak nak ikut pun takpe, blog korang, ikut suka hati korang sendiri laa kan? 


(P/S:  aku bukan otai blogger ek..jgn la komen aku camtu..aku pun newbie gak..)