Sunday, November 21, 2010

3IR Party @ KB Mall


Tahun ni, jamuan akhir tahun kelas 3IR telah dijalankan di luar kawasan sekolah. Kami telah mengambil keputusan sebulat suara untuk mengadakan jamuan di Pizza Hut, KB Mall. Rancangan awal untuk mengadakan jamuan di Kenny Roager Roaster TESCO KB telah ditolak. Alasannya? Macam- macam. Ade orang cakap takut nanti TESCO hanyut la, takde kedai syok kat sana la & etc lagi. Jamuan ini diadakan pada hari Sabtu, 20 November 2010 dan dimulakan pada jam 12.30 tengah hari. Jamuan ini akan ditampung sepenuhnya oleh duit kelas yang memang banyak tu . So, semua orang boleh makan secara percuma kali ni .. 

pilih novel
tengok tajuk buku tu
try spek yg mmg xkan beli
vitagen?

Kebanyakan geng 3IR sudah sampai ke KB Mall mulai jam 10.30 pagi lagi. Oleh sebab sy memang bukan orang yang punctual, sy sampai pada jam 12 tengah hari, agak lewat berbanding dengan orang lain. Round-round dulu 1/2 KB Mall dengan singgah di kedai Popular Bookstore dan Pacific.

sleke duduk kawans

tunggu pizza

gurau2 manja

paih n juwe

aisyah n hanis

miming, buat gapo tu?

pizza masih tak sampai

testing the NIKON

Q nak tidoo

"sy benci blog sy"

Tepat jam 12.30, sudah ramai geng 3IR yang berkumpul di entrance Pizza Hut, sampai tak nampak pintu masuk PH. Cik Lebah telah menempah 3 buah meja besar di tingkat bawah. Diorang memberi kepercayaan kepada saya untuk menempah makanan. Dengan ditemani oleh Mimi dan Q, kami telah menempah 4 set Combo Meal 6 (untuk geng 3IR) dan 1 set Combo Meal 3 (untuk family Cikgu Azizah). Rombongan kitorang terus menyerbu ke tingkat bawah dan duduk di tempat yang sudah ditempah. Kitorang sedar, ketua kelas kitorang, yang juga orang penting, Adli Akil belum sampai tetapi makanan sudah mulai sampai. Tunggu punya tunggu, Adli datang gak dengan memakai baju warna Pink garang. Sakit mata tengok, tapi stylo weh ... Ok, semua orang dah ada, so apa lagi??? It's party time...!!

hawaiian chicken
qemey n amin
eheh?
angkat tinggi2
tunjuk pizza ckit
deli tuuuh

Meja geng laki ada 2 pizza medium ( Hawaiian chicken) dan 1 pizza big-sized ( Super Supreme). Saya makan 2 slices je coz dah mula rasa muak yang teramat. Nanti "jeluwok" kang, tak pasal. So, saya cuma menghabiskan garlic bread dan mushroom soup. Lama gak nak habiskan pizza yang super-banyak tu. Tengok2, ada lagi pizza left-over.. So, sy ambil 2 slices untuk makan kat rumah. Habis makan, cikgu minta izin mahu pulang dahulu. N now, tiba masa untuk pergi bayar. Tengok2, habis semua orang refuse nak bayar. Sy pun naik hairan, nak kata takut tak cukup duit, duit memang melambak.. So, sy ambil keputusan untuk pergi bayar. Bila diorang bagi duit tu, omaigod! Duit ringgit2 banyak giler! Sekarang sy faham mengapa diorang refuse sangat tak nak bayar. ( kan dah jadi mangsa free2) .. N then, ambil duit yang 1 ringgit yang secekak tu, bagi kat kakak cashier. Kak cashier jadi astound + speechless tengok duit 1 ringgit secekak tu.. Mujur jugak, takde duit syiling, kalau tak..  tak tau lah jadinya.. Mau nak pengsan kakak cashier tu dibuatnya. Biasalah, duit kelas kan ... Btw, PH jugak yang akan kaya kan? 

Dah habis dahh

cikgu n family

k n neby

nak buat balik ckit

Selepas makan, geng kitorang terus menuju ke Pacific Bowl kat 3rd floor. Dengan semangat nak lempar bola masuk longkang yang teramat tinggi, terus rempuh masuk kat situ dan proceed ke kaunter. Tetiba, kakak dekat kaunter tu pun tetiba  letak sign "PENUH" .. EH? WTH? KITORANG NAK MAIN BOLINGGG ! Ok, kalau korang nak main kat sini, masa pintu masuk PB baru bukak, terus kena serbu kaunter dia. Kalau tak, jangan harap laa korang boleh nak main bowling kat sini. Kan best kalau kat KB ni buat satu mall sebijik cam Mid Valley ke, Pavillion ke, kalau tak Suria KLCC sebijik pun takpe . Dah tak boleh main bowling, kitorang ambil keputusan nak main kat CAPCOM, sebelah Food Court. Kitorang tahu, budak besar gedabak macam kami ni tak boleh main kat sini.. Tapi nak buat camner, nak imbas kembali nostalgia masa kecik dulu2. Bila lagi nak hang-out cenggini kan?


tengok saje laa

the board tell everything
doraemon
we're on PSP!
posing tak sudah
the DOLS behind
benda wajib!

terjumpa ex-SKPC
Lepas puas pusing satu KB Mall dan masuk keluar habis kedai yang berkenan, saya ambil keputusan untuk balik. Sembahyang Zohor belum lagi, so tak tenang kalau nak jalan2 pusing mall. The rest memang nak solat kat surau coz diorang balik agak lewat. So, lepas say bye, terus pergi ke basement parking dan terus balik ke rumah.

To sum up, majlis jamuan kali ni memang happening gile.. Memang seronok kalau buat majlis cenggini. Duit kelas masih banyak, so majlis ni boleh dibuat lagi. Kan Lina (bendahari) kan? Enjoy sesangat masa kat sini, walaupun masa agak singkat. Jumpa korang lagi @ school pada 28/12! - Hari result PMR diumumkan.

Okay, that's all  4 now ...  Enjoy ur holiday k..!






No comments: