Monday, November 22, 2010

Benda yang WAJIB ADA, HARUS ADA & TAK PATUT ADA dalam blog korang

Salam HOLIDAY semua. Kali ini entri aku nie panjang sikit sebab aku nak jelaskan secara lanjut benda/widget yang wajib, harus serta  tak perlu ada dalam blog kita. Yelah, bagi blogger-blogger newbie yang masih lagi buntu hendak meletakkan widget apa yang dirasakan perlu untuk menarik ramai pelawat datang ke blog korang, korang boleh meletakkan sebahagian widget yang dicadangkan oleh aku. Nak tahu apa?? Sila baca dengan selanjutnya :



WAJIB:

1. Google Friend Connect (Follow)


Kepada blogger-blogger yang masih nyanyuk 'terlupa' nak pasang bende n i.. Please la pasang kat blog korang, kalau tak pasang, macam mana blogger-blogger lain yang berminat kat blog korang ni nak follow blog korang?? Benda nie memang WAJIB! Nanti kang ade orang yg complaint kat shotout korang, "cantik blog, tapi mana butang FOLLOW?" 



2. Popular Post


 Jangan lupa pula meletakkan wigdet popular post ke dalam blog korang kerana popular post ini memberikan first 'impression' terhadap entri yang popular itu kerana mereka mengatakan entri tersebut mesti menarik tatapan ramai pembaca. Hal ini kerana entri blog ini yang tak seberapa popular itu mampu menarik sebahagian kecil pembaca blog ini setiap hari selain entri terbaru. 





3. Nuffnang ads


Hah,benda nie menjadi kemestian bagi setiap blogger untuk mendaftar nuffnang serta menampal KESEMUA 3 iklan nuffnang ke dalam blog. Hal ini kerana selain menulis blog, kita secara pasif boleh memperoleh sedikit sebanyak pendapatan melalui pengunjung blog yang singgah serta klik pada iklan itu untuk mengetahui maklumat lanjut. Cukup earning, kan free2 cek boleh dapat? Kan senang, duit masuk dengan dop diam2.. 




4. Linkwithin


Jangan lupa linkwithin ini juga menaikkan pageviews sesebuah blog. Sejak aku meletaknya 2 bulan lepas, Pageviews aku banyak bergantung kepada linkwithin. Tak pernah tengok linkwithin? cuba lihat bawah entri ini,ada 4 post linkwithin. Cara nak tampal widget ni tak susah.. cuma lawati laman INI dan ikut langkah mudah. Tak perlu nak edit-edit HTML ke ape.



5. Page


Antara tujuan membuat page biasanya di bawah header blog adalah untuk menjimatkan ruang serta memudahkan pembaca blog memilih entri tertentu seperti 'TUTORIAL', 'LINK EXCHANGE' , 'LAWAK' dan sebagainya dengan mudah.


6. Facebook share dan Likes serta Retweet

Last but not least. Widget ini memang tak dinafikan antara salah satu 'ejen' yang membantu menarik trafik dari facebook serta twitter ke dalam blog kita. Tolong tampal  widget ini dalam blog korang supaya entri yang dirasakan menarik boleh dishare dan diretweet dengan pengguna fb/twit lain ataupun sekadar likes. 



HARUS (pilihan) :


1. Shoutmix/Cbox (wajib bagi blogger newbie)

Widget ini boleh membantu korang menaikkan trafik korang dengan aktiviti blogwalking. Bagi blogger yang sudah terkenal , mereka tidak perlu laa nak letak shoutbox kerana mereka mudah menarik trafik tanpa melakukan aktiviti  disamping entri mereka yang berkualiti. Namun kelemahan meletakkan widget ini ialah menjadi penyebab trafik blog naik bukan kerana mereka membaca entri, tapi ramai blogger yang singgah cuma meletakkan link mereka di situ dan blah tanpa membaca serta memberi komen di entri atau cuma memberi komen di shoutbox saja. Tak best la kan.



2. Wowzio/Feedjit Life Activity Feed (pilihan)


Korang dapat mengetahui sumber trafik yang datang ke blog korang dan entri mana mereka baca. Seelok-eloknya memilih wowzio kerana ia kelihatan lebih profesional dan menarik serta korang boleh melihat wowzio di blog-blog blogger ternama seperti ohtidak! dan just4khai.com. Tapi feedjit pun apa kurangnya kan..




3. Recent Comment


Memaparkan komen terkini daripada pembaca blog. Mudahla kita nak tahu siapa yang terbaru komen entri kita. So, kita boleh reply comment orang tu tanpa tertinggal. 



4. Facebook Fan Page,Twitter dan/ Formspring

Seperti yang sedia maklum, facebook fanpage serta twitter boleh menarik banyak trafik untuk singgah membaca entri korang. Jika diletakkan dalam blog,mudahlah pembaca blog 'likes' dan follow facebook page dan twitter kita.



5. Search Box 


Memudahkan pembaca blog mencari entri yang ingin dicari oleh mereka dalam blog korang dengan mudah.




6. Latest Entry


Memaparkan entri terbaru yang korang tulis. Yelah,mungkin ada pembaca yang terlalu sibuk sehingga terlepas membaca entri terbaru blog korang,inilah caranya :)


7. Blog Link List


Memaparkan senarai entri terbaru daripada blog follower atau blog kegemaran korang. Ini memudahkan korang terus singgah ke blog mereka atau memberi kelebihan kepada blog yang dilistkan kerana entri mereka dilihat oleh pembaca blog korang. Ini kiranya korang ni ada semangat tolong menolong la. Tapi biarlah sedikit ya,jangan letak sampai banyak list sehinggakan blog korang menjadi terlalu berat.



8. Stat/ Online User


Menujukkan jumlah pelawat yang datang pada hari ini, jumlah pegeviews serta jumlah pelawat yang sedang 'online'. Namun,widget ini tak berapa penting sangat just nak cakap blog kita ni ada ramai pelawat. 




9. Top Commentator


Bagi menghargai sumbangan pengkomen 'tegar' blog korang, (seperti dalam blog aku, Izyan Nasuha) jangan la lupa nak letakkan widget top commentator di dalam blog korang. Mesti mereka akan merasa suka bila namanya ada dalam top commentator di blog kita dan bersemangat untuk memberi komen selalu. Tips: Amalkan amalan membalas komen di entri mereka yang memberi komen kat entri kita. Ini kerana kemungkinan besar mereka komen balas di entri kita! 

10. Categories/Label


Memudahkan pembaca 'selongkar' entri yang berkaitan dengan label/kategori tertentu seperti lawak, agama, isu semasa, tutorial, dan sebagainya dengan mudah.

TAK PERLU ! :


Widget-widget di bawah ini dirasakan TAK PERLU ada dalam blog, bukan apa, widget ini membantu menambahkan 'kecantikan' blog kita, tapi ia memang sungguh 'annoying', tidak rasional serta memberatkan blog korang. Aku tahu,  dalam kalangan newbie, mesti diorang nak letak segala benda dalam blog tu. (aku tahu laa, aku tu pun macam tu jugak dulu) . Contoh widget yang TAK PERLU ADA dalam blog korang :

1. Kalendar*
2. Jam dinding*
3. Akuarium Ikan*
4. Lagu*
5. Geocounter
6. Custom Cursor
7. Language Translator

8. Youtube video

9. Dan sebagainya.

(REMARK: * sangat biasa jumpa dalam blog newbie)

Okay, setakat itu sahaja tips kali ini. Harap korang semua boleh pratikkan benda2 yg aku membebel kat atas tu. Kalau tak nak ikut pun takpe, blog korang, ikut suka hati korang sendiri laa kan? 


(P/S:  aku bukan otai blogger ek..jgn la komen aku camtu..aku pun newbie gak..)

No comments: