Friday, November 26, 2010

Bila budak kecik macam aku dapat hadiah

Hadiah? Sape yang tak suka hadiah? Tambah2 lagi kalau gf/bf/nenek/datuk/mak/bapak korang bagi kan.. Ok, ceritanya cenggini, tadi pagi, takde orang kat rumah PT 790 ni. Papa pergi main golf, (tidak membawa sy sekali) ibu pergi hantar adik n kakak pergi tuisyen (tak balik2 lagi), Kak Amy n Azwa pergi KFC e-port, (buat date) so tinggalah aku sorang2 kat rumah, kat depan laptop..

Tetiba, bunyik bunyi kenderaan kat depan rumah. Bunyik kenderaan yang tak familiar langsung. Then, terus tutup semua lampu dalam rumah dan tarik langsir rapat2.. (nak buat macam takde orang kat rumah, so orang yg datang tu akan balik).. Tetiba ada orang bagi salam dan aku pun keluar lah. Tengok2, rupanya sepupu aku.. Dia bagi satu bungkusan, katenya dari Uncle Omran (sepupu aku yg lagi sorang). Lepas say thanx n bye2, terus blah masuk rumah..

Dengan semangat ingin tahu Ibnu Batutta, terus bukak bungkusan tu.. Tengok2, ada bungkusan yang berisi sebuah beg kaler kuning, bertulisan jepun yang memang aku tak faham langsung.. But wait kejap, jepun? Ahhhhh! Baru teringat! Uncle Omran sekeluarga sekarang stay kat Jepun n tak boleh balik tahun ni.. Ah, kira beg kuning ni official milik aku coz takde sape2 yg dop kat rumah skang.. Yeyeye!


gyomu super !


Trimas bebanyak to Uncle Omran n sekeluarga.. Jaga diri korang, jangan asyik sangat dop main bunga sakura tu yea...

(p/s: bila laa aku leh gi Jepun erk? Air Asia X takde buat promotion ke?)
(p/ss: papa, pindah LA nak tak...???)

No comments: