Tuesday, November 30, 2010

Exam MARA @ MRSM PC



EXAM MARA.. Benda ni lah yang aku paling malas nak buat masa cuti skang nih. Kenapa? Sebab aku kena repeat semula untuk menghafaz formula-formula dan fakta-fakta Science n Maths demi exam nih.. Tapi, terpaksa rela jugak lah coz demi masa depan (form 4) aku kan.. Start tahun ni, semua student form 3 yang nak masuk MRSM, diorang perlu menjalani satu exam yang dikendalikan oleh pihak MARA.. Kiranya aku boleh dikira bertuah jugak coz dapat jawab exam kat MRSM PC jek, tak seperti member aku yg lain yg terpaksa exam kat MRSM jauh2.. Uh3, kesian betol.. (tu laa, sape soh isi borang lambat sangat....)


surat tawaran

TARIKH: 30 November 2010
LOKASI: Makmal komputer 1, MRSM PC
WAKTU: 2 petang - 5.30 petang

the silent walkway

my former school - SKPC

Muka budak nak ambik exam (buat2 cuak)


Sejak dari semalam lagi, aku memang busy (tak tipu) mengadap balik buku rujukan Science & Maths yg dah berhabuk tu. Mengikut pengalaman orang senior, soalan Math & Sceince akan keluar.. Tapi, soalan dia EXTRA SUSAH PLUS PLUS! Memang patut pon soalan dia susah coz bukan senang nak jadi pelajar yg bergelar "budak MRSM" yg memang orang akan pandang tinggi nih .. 

Petang tu, pada jam 1.40 petang , naik kereta, terus pergi kat sana. Dekat jek MRSM nih dari rumah aku, dalam 3 KM.. Tak sampai 5 minit, dah sampai. Masa sampai tu, tengok sikit jek ada orang.. Kitorang diwajibkan memakai baju sekolah. Aku tengok, ramai jugak calon exam yg dihantar oleh mak bapak diorang sampai kat tempat exam. Ibu aku ade mintak nak hantar sampai kat tempat exam, tapi aku refuse. Alsannya? Aku dah besar kan, tahun depan masuk Form 4. (tapi rasa diri ni masih form 1)


tunggu..

Ok, masuk je pagar MRSM, pok cik guard (bukan Cik Dibah) tunjukkan jalan. Aku pun jalan cepat2 memandangkan dah hampir pukul 2 petang. Sampai kat tingkat 2 lab computer tu, tengok dah ramai orang yang mundar-mandir kat area luar. Ok, takde sorang pun orang yg aku kenal kat sini. N then, aku terus tengok kat pintu list name untuk di-tick-kan.. Orang aku kenal ade, Alyaa Hanafi. Tapi, dia sesi pagi ngan Aisyah.  Oh, mujo name aku ada, kalau takk.. Entah laa.. Tunggu punya tunggu, tetiba ada sorang laki ni tegur aku. Aku pun palingkan muka... Ok, dia cakap dia kenal aku n tuisyen same2.. Dia ni budak SMK Beris Panchor...Ohhh.. baru teringat kat diaa .. Hehheh..


no.17!

Satu lab ada 20 orang, satu lab lagi 20 orang jugak. So, ade 40 orang laa masa tu yg ambil exam. Bila cikgu pompuan ni instruct kitorang masuk, kitorang pun masuk dalam computer lab tu. Aku pick kerusi belakang sekali kat barisan tengah. Syok cikit pada duduk kat depan tu. First paper, Mathematics. Soalan kat komputer, jawab pun kat atas komputer jugak. Soalan A,B,C & D, ada 40 soalan, jawab dalam masa 1 jam 15 minit... Masa first jawab tu... FUH! Memang susah giler soalan dia bagi. I repeat --- SUSAH GILER! Jawab je la yg mana tahu dulu, skip soalan yg tak tahu. Soalan dia termasuk jugak syllabel upper form dam jugak lower form. At last, 20 soalan aku confirm betul, 8 soalan ragu-ragu dan 12 lagi memang aku pakat bedil/tembak/bom..

isi baik2, kalau salah, xleh ambik exam dahh

the IC

snap orang lain

15 soalan jek? yang lain?

the Maths calculations

fikir2

snap gambo s'diri

tadaa....!


Lepas tu, paper Science. Ade 50 soalan, jawab selama 1 jam. Soalan dia taraf sederhana laa, soalan dari form 1 sampai form 3. Jawab dalam masa 30 minit je, n then terus terlelap sekejap. Sambil tu, sempat jugak snap gambar orang lain, jadi stalker tak bertauliah kejap. Memang mencabar jugak soalan paper ni, tapi 48 soalan tu memang boleh jawab. Lagi dua? Faham jer laa.. N for the last paper, paper Keperibadian, ada 100 soalan, jawab dalam masa 30 minit. Enjoy jugak jawab paper nih, coz kita tak perlu berfikir banyak, just jawab pasal kita jek. Soalan paling aku takleh blah, soalan 70.. Nak tahu nape? Tengok nih:




Teka2 aku jawab ape? Korang mungkin tahu kannn?

Dalam jam 5.20 petang, selesai sudah sesi menjawab exam. Before kitorang balik, cikgu ade bagi slip, untuk buat kenangan kitorang. Lepas tu, kitorang terus blah n  aku pun terus balik rumahh...


promote body kejap

the scene


Konklusinya, aku harap aku boleh skor tinggi dalam exam nih. Bukannya ape, kalau markah kita tinggi, kitorang akan ditawarkan ke MRSM BITARA iaitu MRSM PC, Taiping & Jasin. Sape tak nak study kat situ kann? Overall, aku memang puas hati la jawab soalan exam hari ni..

And for the rest of my friends who will taking this exact same exam tomorrow and beyond, I will give u all a little tips that might help u :

1)  Korang jangan lupa bawak IC & SURAT TAWARAN EXAM mase nak pergi kat sana..
2)  Jangan lewat datang, nanti tak sempat nak dengar taklimat cikgu bagi.
3)  Jawab soalan tu dengan SANGAT BERHATI-HATI.. 
Soalan ter-extreme TRICKY n   CHALLENGING!
4)  Jangan excited sangat kat dalam lab tu nak jawab soalan tu, kalau tak, computer akan jadi gedik (bermasalah). Tak caya? Sila cuba sendiri..
5)  Dengar arahan cikgu beri dengan teliti.. Kalau tersalah, susah kang.
6)  Lepas exam selesai, jangan cepat balik, tunggu dulu cikgu ade nak bagi slip kehadiran..

Ok, setakat tu sahaja post kali ni. I wish all of u goodluck 4 ur exam k..


slip kedatangan

(p/s: aku PEMALU, bukannya SOMBONG...!)




2 comments:

lady morgana said...

ohohoi!!!

Amal Azraai Azuha said...

iyo? apo izyan weh? nok bagi kek batik ko?