Sunday, November 21, 2010

Faktor Blog Korang Kurang Digemari



Setiap blogger yang biasanya ingin aktif atau ingin blognya selalu dikunjungi oleh blogger-blogger lain ataupun silent reader dari mana-mana sahaja.. Namun mesti ada ramai yang mengeluh bila blog mereka kurang didatangi oleh pelawat atau entri kurang diberi komen walaupun mereka merasakan entri mereka sudah begitu berkualiti dan mampu menarik ramai pelawat yang hadir .. Okey, kat sini saya ada sedikit sebanyak sebab sesuatu blog itu kurang digemari oleh pengunjung.. Teruskan pembacaan korang untuk tahu sebabnya.. 


1. Blog yang berlatarbelakangkan warna yang gelap atau terlalu terang.

Sesetengah orang kurang menggemari blog yang menggunakan template/background yang gelap seperti hitam dan tulisannya biasanya putih ataupun template yang 'garang' dan terang seperti merah dan kuning terang. Bagi mereka yang mempunyai mata yang seperti x-men boleh kut melihat blog tersebut dengan selesa. Maaf la sebab ramai juga yang menggunakan template hitam,tapi ini tak bermakna korang terus tukar template ... Saya masih lagi selesa singgah disana ok. Tapi korang kena ingat, banyak juga blogger yang menggunakan template garang seperti blog "redmummy.com" , tapi masih popular juga...


2. Tulisan di entri yang bermacam saiz dan berwarna warni.

Pantang juga bila saya melihat sesebuah blog yang entrinya terlalu ceria dengan tulisan yang sekejap kecil dan sekejap pula besar, kemudian penggunaan warna yang beraneka warna warni, siap highlight kat tulisan jika ayat itu kelihatan menarik dan tempted . Biasanya perempuan yang gedik (jangan terasa) je yang buat macam ni. Penyelesaiannya,tolong guna satu saiz yang standard bagi setiap entri dan bagi warna,gunakan paling maksimum pun 3 warna. Jangan bagi pelawat blog korang  sakit mata ok. Saya tahu, iklan STABILO kat NTV7 (masa cerita Doraemon) cakap warna merangsang otak, tapi bukan masa tulis post kat blogger  k.



Hari ini saya pergi ke KB MALL.. Saya memang suka window shopping. Tetiba, saya terserempak dengan cikgu tadika saya. 

(pergh...mesti korang sakit mata kalau baca entri tulisan macam nie...)

3. Tidak meletakkan shoutmix di blog.

Hah, yang ini pilihan korang sendiri, sebab biasanya shoutmix (kotak sembang) diletakkan untuk menaikkan trafik, serta memudahkan pelawat untuk bersembang dengan pelawat lain. shoutmix? kenapa shoutmix? kenapa bukan cbox? bukan apa, saya  menggalakkan orang meletakkan shoutmix dalam blog mereka,walaupun kelemahannya ialah lambat, tetapi shoutmix cantik berbanding cbox yang buruk dan kelihatan tua serta tak perlu taip nama serta tulis website seperti cbox kerana shoutmix mengamalkan sistem one click. Tetapi bagi blogger yang femes, tak perlu la letak shoutbox sebab mereka sentiasa dikunjungi pelawat..




4. Meletakkan banyak widget di blog.

Pantang juga saya bila membuka blog orang yang meletakkan begitu banyak widget di blog mereka. Malah mereka juga meletakkan widget yang sebenarnya tak perlu diletakkan seperti kalendar, jam, horoskop,ikan berenang, live traffic dan sebagainya. Malah kurangkan letakkan gambar-gambar korang yang hensem dan cun-melecun tu kat sidebar korang. Hal ini kerana ia akan memberatkan loading blog korang sahaja. 

5. Loading blog yang terlalu lama.

Ada sebahagian blog yang memang memakan masa untuk loading blog mereka. Ini membuatkan sesetengah pelawat yang mempunyai internet connection yang slow macam siput  babi sedut terpaksa menekan tanda pangkah (X) di page blog sedemikian kerana blog tersebut terlalu berat untuk di-loading. Biasanya perkara ini disebabkan penggunaan widget flash yang banyak, header yang berat lagi besar penuh satu skrin, widget yang berlebihan, gambar yang banyak dan entri yang banyak dalam satu page (seperti lapan entri dalam satu page). Tapi sesetengah blog walaupun lambat untuk load, saya masih lagi setia menunggu kerana bloggernya rajin mengomen entri post saya ... 



6. Entri yang tiada gambar.

Biasanya jika ingin menarik ramai pengunjung untuk baca baca entri, letaklah paling kurang pun sekeping gambar di entri korang, takde la orang bosan tengok entri yang tiada gambar kerana mata manusia cepat tertarik dengan gambar berbanding teks tulisan .. 






7. Meletakkan lagu dalam blog.

Seriously, saya merasa amat pantang bila bukak suatu blog yang tetiba terkeluar bunyi yang membingitkan telinga, sebab biasanya saya on9 sambil mendengar lagu mp3.. Tapi bila bukak blog yang letak lagu, memang la mengganggu. Itu kalau 1 blog, kalau kita buka 3 blog, mesti bermacam2 lagu didengarnya. laa...hehehe.. jangan marah ea bagi sesiapa yang pasang lagu..:P




Ok, itu sahaja sedikit sebanyak info bagi post kali ini.

(p/s: sedap2 bagi tips kat orang lain, macamlah aku ni pro sangat pasal ber-blogging nih.)

3 comments:

Izyan Nasuha said...

err... sy terasa!... huhuhu.... tp sy x kisah sgt...

Amirah Idris said...

u copy kan ? :D

Amal Azraai Azuha said...

copy + edit ckit2.. pratikkan.. n jgn lupa. " sy benci blog sy"