Friday, November 26, 2010

I got tagged! so i must answer the questions.. huh

Sekarang ni, petang sudahh . Tetiba, kakak aku yg ter"sayang" sorang tu, Amy Azuha tetiba jek ambush masuk bilik orang .. Dan menyebut, "hei amal, awok keno tag! jawab deh soale2 tuh..." Eh? Sorry? Ni wartawan Bpop ke Pancaindera nak suruh jawab soalan2 nih .. Tapi, nevermind, aku akan jawab jugak soalan2 tu, demi kakak yg tercinta ...

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?

Sudah semestinya papa n ibu, family, kawang2, gewe (oops) n blog ni...

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?

Tadi beli KFC snack plate, suruh Kak Amy beli kat KFC e-port
 .... Tapi duit baki tak bagi2 lagi. 

3. Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti? 

Kat mane? Tak fikir lagi laa. Kalau tanya nak pergi sekolah mana mase form 4 nanti, relevan laa jugak soalan. Ish3..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Of coz! kan arniez kan?

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Selagi tangki oksigen tak bocor (paru-paru) dan selagi aku masih ingat nak bernafas camner.

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

Ooops! bahaya punya soalan. (cikgu mynah, sila jangan baca). Kat area skool laa kebiasaannya.

7. Novel/buku/majalah terakhir dibeli? 

MASKULIN. Beli kat jetty Penang hari tu. Eh2 tak laa, majalah Digital Camera Magazine, beli kat KB Mall minggu lepas ..

8. Apakah nama penuh korang? 

Lailatul Hamimi Sharman bin Amin Nasuha
 *okey, sangat mengarut*
Amal Azraai bin Che Azuha

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra? 

Kalau mak, tempat mengadu. Kalau ayah, tempat usha benda yg diingini. Dua2 lahh.
*nenek tak boleh?*

10. Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang

Ethan & Khairi dari The Amazing Race Asia 4. Nak sangat cakap kat diorang, "Bang, sila tukar tugasan DETOUR abang. Kalau tak, kumpulan abang akan tersingkir nanti. Dan sila kira duit betul2 yaa.

Taylor Swift. Sebab nak nyanyi berduet dengan dia lagu MINE.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri? 

Hello? Ape gunenya mesin basuh kat blakang rumah tu? Dan tolong la sikit orang bumiputra yang bukak kedai dobi tuu untuk memperbaikkan business mereka. (Kan saranan PM nak bumiputra maju?)

12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Bilik kawalan senjata nuklear kat Russia. Nak bom rumah musuh utama.

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Tak nak dua2, nak pisang goreng. (sangat lapar sekarang)

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

(a) Kakak sy lah tu. 
(b) Dia sangat envy kat adik dia (saya)
(c) Dia tak pandai isi minyak kereta. (asyik adik dia je yg kena isi)

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?

(a) Nokia E72
(b) Laptop Acer 
(c) Canon EOS 
(d) Blog ni
(e) Bantal busuk 

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?

Mariam jaga kambing (dalam blog lina izzati)
Semua lagu Taylor Swift

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut ? 

29 Ogos 1995. Sambut kat rumah je.

18. List 5 Orang yang kena tag..(korang yg kena pulak haha)


(p/s: Eh? Dah habis dah soalan? Nak jawab lagi! Best ape jawab soalan cenggini)













No comments: