Wednesday, November 17, 2010

Kisah si lembu chomel @ Aidiladha

lihat itu lembu
Okey, sebelum saya bercerita lebih lanjut pasal post hari ni, mari sama-sama kita buat aktiviti kat bawah:
(p/s: kalau korang malas buat pun takpe, terus scroll down)

1st, ambil nafas semahunya..
 2nd, buat bunyi "moooooooooooooooooo" selama mungkin
3rd, ucap tahniah kepada diri anda kerana anda telah disahkan sebagai "retarded person"

Eh, jangan marah, gurau jekk.... Eh eh,  jangan picit butang (x) tu  lagi... 

my kampong

Hari ni , 17 November 2010 yang jugak bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1431 H merupakan Hari Raya Aidiladha.. Seperti biasa, pagi2 lagi dah bangun awal (semangat) dan pergi iron baju melayu.. Tup2, ade mesej masuk.. Arniez yang hantar.. Ingat jugak kat sy pepagi buta nih.. Dalam pukul 8, saya, Aizzat serta ibu dan papa pergi ke surau famili papa kat Kampung Kemumin.. Dekat jer tu, tak sampai 10 minit naik wheelbarrow   kereta. Lepas solat sunat hari raya, balik kejap kat rumah nak tukar baju for the "sembelih" aktiviti...(the best part of the eid)  Tapi, kali ni, saya dan ibu serta papa jek yang pergi... Entah laa, tak faham kenapa the rest of the Azuha's family tak nak ikut sama... Kalau tanya, mesti diorang akan bagi reason yang amat "bernas" punya .. Sy pun tak tahu kenapa saya boleh TERikut pergi sama.. Nak kata tak pernah jumpa  lembu kiut-miut tu, taklah jugak.. Tapi tak pe, bak kata ibu, "nak cari pengalaman baru"

mesej dia hantar..
sebelum disembelih...

ikat2 dulu kat tali

buang kulit.. 

rajin betol diorang erk?

Sampai kat area sembelih tu, dah nampak dah 2 ekor lembu yang bakal dikorbankan.. Family sy korban 1 bahagian tahun ni. Sy pastinya memerhatikan dari jauh sahaja kerana sy asyik terfikir camner laa kalau lembu cute yg tetiba bertukar garang yang ingin disembelih tu terlepas? Tak pasal kena sodok free2 kang.. Lepas lembu itu direbahkan, pasukan yang terdiri daripada pak cik2 dan abang2 (orang kampung kat  situ) terus ber-sinergi melapah daging lembu tu.. Seperti biasa, sy memang akan menjadi penonton setia yang hanya memerhatikan orang lain yg sedang rajin buat kerja... 

Ini diaa lembuu itu

that's papa

nak pegang kaki lembu jugakk

Okay, sepanjang aktiviti melapah daging itu berlangsung, saya hanya duduk di atas sebuah kerusi batu dan senyap di situ macam tunggul kayu. Kat tangan, pegang kamera dan buat2 rajin ambik gambar padahal  bateri Mrs. Sony dah habis. So, eksyen jer laa.. Tetiba, bunyi satu suara yang memang familiar yang lantang berkata persis suara pembangkang contest bahas "Abe Amal weh, sedap molep dop cokoh situ.. Acu tera teh blaja kerat daging nihh, tau budop bandar, jadik laa kapong smeta..." Oh okey, i got the point-- mak sedara budak nih  menyuruh budak tersebut  yang baru kenal alatan yang dipanggil "golok" beberapa minit sebelum itu dan terus menyuruh budak itu melahap daging lembu yang abundant tuh...*ayat keling, saya tau*.. Eh, maaf laa mak ngah (mak sedara yang sound aku tu), sy allergic kat daging lembu mentah. (okey, satu tahu alasan itu teramatlah mengarut).. "Nanti abe ma pergi daftar diri kat pusat abattoir yang menawarkan khursus melahap daging yea.. Pastu baru laa abe ma boleh buat.... " ---  itu dialog monolog dalaman sy shj.

abang Yie
the scene
ini muka budak bajet rajin

ok, ni mak ngah

bro Firdhaus

habis anak beranak

the ribs


Kira-kira jam 12 tengah hari, urusan pembahagian daging lembu sudah selesai. Saya memunggah daging-daging ke dalam jeluk (baldi) atas arahan papa. Eh, guess what? First time dalam tahun 2010, sy memegang daging mentah... Ok, tahniah2 to Amal Azraai...Lepas angkut baldi tuh ke dalam kereta, kitorang pun terus balik ke rumah.
eh, sy pon pegang daging jugak

banyaknye daging
Hari ni, memang papa n ibu dah plan nak buat open house raya nih.. Termasuk sekali dengan majlis kesyukuran Azwa yang dapat 5A dalam UPSR baru ni. Balik rumah, terus jer hidupkan api dapur batu (ntah laa nama dapur tu apa) untuk rebus tulang buat kuah singgang.. Kalau bab hidupkan api ni, alhamdulillah laa boleh.. Pada waktu petang, tetamu mulai hadir nak makan nasik. Kalau tak silap, menu hari ni kuah daging singgam/singgang (mana 1 betul?), daging goreng kicap, sate ayam, nasi himpit dan kuah kacang serta snek2 yang lain. Tak sangka pulak, dalam banyak2 tetamu tu, rakan sekelas dalam standard 6 dulu datang  gak.. Nama dia Wan Nur Suhaina. First time jumpa after 3 tahun, korang boleh bayankan camner--- kitorang senyap giler dan of coz tersipu-sipu maluuu.. After that, kurang laah sikit malunya dan sempat borak macam-macam.. Lawak betol tadi.... Anyway, thanx 4 coming!

idopkan api

Okay, sekarang dah malam (masa post nih dikarang laa).. Dan tetamu masih ramai di ruang tamu yg sedang asyik menjamu selera.. Okey, saya MC kejap dari bekerja mengangkat pinggan /gelas. Semata-mata nak update post nih yang perlu disiapkan malam nih jugak.

Azwa punya kawan

In a nutshell, saya enjoy sangat pada hari ni.. Bukan sahaja boleh lihat lembu, (benda menarik ke tu?)  tapi boleh belajar benda baru. Nak tahu apa benda baru tu? Tengok list kat bawah:

The BRAND NEW things that I've learned today was:

1. Mengasah pisau dengan betul menggunakan batu asah (bukan alu lesung macam dulu)
2. Dah tau camner nak lahap daging tuh melalui teori shj (praktikal? NEXT TIME kot..)
3. Cara menghidupkan api dengan betul.
4. Tulis post blog pasal lembu 

Okay, that's all... ILY lembu chomel + kiut miut!

(p/s: lagu FEARLESS memang sesuai dipasang masa lapah daging... tak caya? cuba try laaa korang)

No comments: