Sunday, November 07, 2010

Pesta KO SMKIP 2010..!


"DADIH! DADIH 50 SEN..!" itulah laungan yang anda memang akan dengar kalau korang pergi "membeli-belah" kat gerai 3IR.. Tapi, sape yg begitu bersungguh mempromosikan dadih tu?.. Jawapannya, korang fikir lah sendiri, sy takmo jawab.. Ok2, back to the topic post nih.. 

yes, that's our class
Ok, hari ni, SMKIP telah menganjurkan Hari Pesta KO.. Program tahunan cenggini khusus untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dalam bidang kokurikulum.. Sebenarnya, program ini telah banyak kali tertunda disebabkan oleh perkara-perkara tertentu dan akhirnya diadakan pada hari ini.. Besides that, kepada kelas/kelab  yg berminat untuk membuka gerai, diorang bolehlah mendaftarkan diri dengan Cikgu Romzi.. Selepas berbincang, geng2 3IR bersetuju untuk membuka gerai jualan makanan.. Kami jugak bersetuju untuk menjual burger, cupcake, nugget, sosej, float dan... dadih..! So, a day before, geng kitorang pergi ke TESCO untuk membeli barang2 keperluan.. Tapi sy xpergi.... coz ade hal.


Alkisahnya...

AHAD, 7 NOVEMBER 2010

angkat barang
muka buat2 terkejut (buruk giler)
Jam 0730: Kebanyakan pelajar 3IR sudah sampai ke sekolah berbekalkan barangan jualan.. Then, kitorang pergi angkut semua barang tersebut ke tapak gerai.. Tapak gerai 3IR memang startegik kerana berada di sisi dewan dan berjiran dengan gerai 3AB. N then, kitorang terus menyusun barang2 jualan.. Semua orang nampaknya bekerjasama melakukan tugasan masing-masing.. Sy juga tidak ketinggalan membantu dengan membantu mengangkat meja dan menyusun kotak cupcake dan dadih.. N the rest menolong menyiapkan banner dan menggantungnya di tiang garaj.

today's special!
welcome2 
Jam 0830: Majlis dalam dewan bermula.. Bagi yg terlibat dgn gerai jualan, diorang x perlu masuk ke dalam dewan.. Geng lelaki memulakan sesi penyediaan burger manakala geng perempuan sedang menggoreng sosej dan nugget di dalam fryer.. Semua orang begitu sibuk memandangkan para  pelajar dari dewan akan menyerang untuk membeli pada bila-bila masa shj.. 

the girlz
cikgu Azizah 

kena serbu!
Jam 0930: Tetiba, majlis dalam dewan pon tamat.. Apelagi, habis semua gerai2 diserbu.. Argh! Stress giler, ramai sungguh orang datang serbu.. Tak cukup tangan dibuatnya.. Orang tu nak tu, orang nih nak plastik lebih, orang satu lagi tu nak sudu lebih, orang sana pulak complain pasal harga, bla3.... N then, masalah timbul, duit syiling xcukup.. ! Mujur jugak, 3AB ade banyak duit syiling, so boleh tukar duit kertas tu.. Orang datang berduyun-duyun, tak pernah surut.. Geng promoter dan penjualan yg terditi daripada sy, Myrah, Aien, Sue, Mimiey dan Aisyah begitu sibuk melayan pelanggan.. Makanan yg paling laris ialah sup mushroom syeera.. Sup nih memang sedap! Rugi betol bagi orang yg x beli tuuu.. Sampaikan ustazah beli 5 bekas.. Credit to Syeera..! (tepok2)

cupcakes
hahaha.. dadih


Menu-menu di gerai 3IR:

Sup mushroom - RM 2
Cupcake - RM 1.50
Float - RM 1.20
Burger ayam/ daging - RM 1.70
Dadih - RM 0.70 


Jam 1100:  Pelanggan nampaknya sudah mula berkurangan tapi masih banyak dadih yang belum terjual.. (sy risau sgt kat dadih) Without hesitation, kitorang terus mempromote-kan makanan yang masih ade dengan semangat kamikaze ya.. Kalah orang yg berkempen semasa penentangan Malayan Union dulu.. Ok, nampaknya usaha kami berhasil.. Sup mushroom habis dahulu, diikuti oleh air float.. Tapi, bekalan ais dan air gas sudah habis.. Orang masih ade dalam dewan tengok live band.. So, Cikgu Azizah dan beberapa pelajar lain mengikut cikgu ke kedai di sekeliling kompleks sekolah untuk membeli barangan tersebut.. Kami happy sangat coz ade cikgu yg sangat mengambil berat dan  
amat bersungguh bagi menjayakan program ini.. Trimas cikgu!

cikgu mai jugak
Jam 1130: Sedang sy begitu busy melayan costumer, tetiba sy terlihat something.. 2 orang nih, yg berpakaian jelas tertera "SIC".. Tengok sekilas, cam kenal jekk....Ah, aku kenal tuh...! Khairul Adli, iaitu penggemar setia blog azsfearless datang jugak kat sinih... Maluu gilaaa... Tapi dia okey ahh, datang kat gerai.. Sempat jugak borak2 sikit... Dia tuu kawan sekelas mase kat Tuisyen Bistari.. 2 orang jek yg datang, yg lain mane??..

yak captain!

BFF!
motif?

tetamu VIP dari SIC
burger!

Jam 1200: Rehat kejap! Dari tadi lagi tak berhenti dop menjual barang.. Geng2 IR diberi keistimewaan untuk mengambil makanan yg dijual di gerai itu dengan PERCUMA..! So, sy ambil burger ayam untuk dimakan sambil meronda-ronda gerai yg lain dengan ditemani oleh Yuszaidi.. Sempat jugak snap2 gambar dengan menggunakan DSLR Sony ALPHA Adnin.. Mekacih banyak2 coz bagi sy try guna Alpha tuu.. Di samping itu, pihak luar seperti Pihak Karangkraf, THR Gegar, syarikat komputer dan lain-lain turut membuka gerai jualan di sini.. Sy amat tertarik dengan sebuah gerai yg menjual binatang peliharaan seperti kura-kura
hamster dan ikan pelaga siam.. Kiut sangat esp kura2 tu... 

dapo yg sentiasa busy
yak, on action!
dadih2,,,!

Jam 1330: Ahamdulillah... hampir semua barangan jualan hanis dijual.. Yang tinggal lagi hanya Dadih dan 4,5 cawan Cupcake lagi.. Last minute, kitorang lelong 20sen satu.. N the result, habis licin semua.. Part paling best, kira keuntungan... Hihihihihi... Tapi, keuntungan mestilah dirahsiakan.. Nanti tak pasal pulak bendahari 3IR kene rompak kang.. After that, kitorang kemas2 barang dan susun balik meja... Kitorang sempat jugak berphotoshoots.. (benda wajib)..

photographer xbertauliah

SONY alpha Adnin

Hayyanese..!

yak, zaidi!

jump!
pose skema

"azsfearless95.blogspot" & "whatsallycakap.blogspot"

kura2 yg lina beli

after the selling xtvt
juwe yg sentiasa menyibok!
lompat tinggi2..!
kt depan gerai..
In a nutshell, PESTA KO pada tahun ini amatlah meriah dan yg pasti, fun giler..! Memang berbaloi lah besususah payah bukak gerai memandangkan dapat hasil keuntungan yg berlipat kali ganda.. Terima kasih bebanyak kepada semua geng 3IR yang saling bekerjasama bagi menjayakan program yg gempak giler nih..! Ok, that's all.... Thanx to all beloved readers...!

THR gegar!

(p/s: dadih tu sy buat so sebab tu laa sy sibuk sgt dop promote...)

2 comments:

easy said...

mane ade untg berlipat kali gande... 1 kali gande jee.. heheheeh...

Amal Azraai Azuha said...

oloh, izzy x mari xdi.. dop ngiro untung weh.. banyok wei, lps doh nk beli PSP sbutir