Thursday, December 30, 2010

Garden Theme Photoshoots - The Final Results

Salam dan selamat petang korang..

At last, sempat jugak aku siapkan proses editing aku tu. Berikut merupakan hasil gambar kitorang masa photoshoots hari tu:

Lokasi: Taman Tengku Anis, Kota Bharu
Masa: 1030-1400
Model: Sis Amy Azuha, Bro Amir & Kak Tia
Photographer: Hariz Zulkarnain & Amal Azraai Azuha
Turut membantu: Sis Alyn Azuha
Equipment: Nikon D80 with AF Nikkor 50mm f/1.8D, Tripod, Speedlight, 
Canon EOS 1000D with EF 50mm F/1.8, Nissin Flash





















Okey, apa pendapat korang? Ahah, kepada pro phographer yang datang baca entry ni, korang bolehlah bagi komen sikit.*banyak pon takpe ehh* Nak improve lagi aku punya knowledge pasal benda nih. Gambar-gambar ni pun aku edit sikit-sikit jek guna Photoshop. Tak berani arh nak adjust curves, layer, atau pebende lagi lah dalam software tuh. Anyway, korang rasa aku ni dah boleh jadik photographer undangan wedding korang tak?? *hah, dah mula lah tu*. 

A special thanx to:

Bro Hariz Zulkarnain- Yang tak lokek dengan ilmu beliau, yang jugak
 membuatkan aku semakin bertauliah dalam bab ni.
Bro Amir, Sis Amy & Sis Tia- Yang sudi menjadi model dan buat pelbagai pose untuk photographer
Sis Alyn- Yang jugak jaga barang-barang & props dengan selamat..


Okay, that's all..


Monday, December 27, 2010

Korang Sedar Tak Bahaya Fungsi "TAGGING" Di Facebook??!

Salam dan selamat petang korang...


Memang seronok kan bila kita dapat tengok gambar-gambar lama yang di 'tag' oleh kengkawan. Kemudian, komen pula yang membanjiri gambar tersebut dan kita pun takmo lepas peluang jugak nak drop komen kita bukan? Iye lah, kata pun gambar lama, mesti teringat nostalgia zezaman dulu. Tapi, pernah tak korang terfikir yang gambar-gambar yang di 'tag' tersebut boleh memalukan sekaligus menjatuhkan maruah pihak-pihak tertentu? Ok, kalau korang nak tahu apa effect buruknya function tagging di Facebook ni, teruskan pembacaan korang:

1. Menjatuhkan Maruah Seseorang


Masa korang view gambar2 zaman dulu. Mesti korang tak hengat dunia bergelak ketawa tengok camner personaliti kengkawan korang dulu sorang-sorang. Mesti ada kengkawan korang yang dulunya mukanya macam gini la, body tak kena situ la, etc.. Alah, masa zaman tak matured, mane diorang kisah kan camner rupa diorang? Misalnya gambar yang di'tag' tadi merupakan gambar zaman 'lemak badan maksima' dia. Jadi, memang sah dia akan rasa malu kalau kengkawan baru dia tengok gambar yang telah di 'tag' tersebut. Setiap orang mempunyai ruang hidup diorang tersendiri, jadi apa salahnya kalau kita respect orang tu kan?

2. Mendedahkan Aib Orang


Gambar yang merujuk kepada perbuatan seseorang pada masa lalu. Contohnya, seorang wanita yang sudah berubah penampilan dengan mengenakan tudung. Walhal, pada masa lalu, wanita tersebut berpakaian amat seksi dan mencolok mata. Kemudian, kengkawan lamanya yang tak tahu hormat orang ni free-free pergi upload gambar wanita tu masa dulu tersebut. Mungkin wanita tu dah dapat hidayah dan dia benar-benar konpem mahu berubah dan tinggalakan sikap buruk itu. Tapi, dengan ter-upload-nya gambar tersebut, secara tak live, boleh memecahkan  rahsia wanita tu di masa lalu.

3. Komen Yang Memalukan


Kadang-kadang kan, masa korang bergelak sakan masa tengok gambar-gambar dulu di Facebook, korang biasanya tak sedar dengan komen yang korang tulis tu. Mungkin gak komen tu hanya berunsur gurauan, namun yang izhar, memang ada pihak yang terasa. Walaupun perkara itu kecil di mata korang, tapi ianya besar di hati orang lain. Tamsilnya, korang komen kat gambar tu, "Eh Justin Bieber, ngko ni pondan ahh, ade ke pakai baju pink?", "Eh Cody Simpson, ngko ni melantak je tau, patut pun lemak badan berevolusi kadar maksima.." Ade ke patut camtu?? 

Ok, kat sini, aku bagi tips nak pastikan korang menggunakan fungsi "tagging" kat FB dengan betul:
  • Jangan upload gambar ahli keluarga dan kengkawan korang yang tidak menutup aurat tanpa keizinan tuan punya bodi.
  • Berhati-hati dan fikir dua,tiga, even duapoloh kali untuk tag seseorang pada gambar tu.
  • Jangan bagi komen yang boleh mencetuskan ketidak-puas-hatian pihak lain.
  • Fikir banyak kali sebelum memberi komen, biarpun ianya berniat untuk ingin bergurau okey.

Konklusinya, korang manfaatlah fungsi 'tagging' di Facebook dengan sebaik-baiknya. Jangan lak sampai nak lancarkan perang dunia ke-3 dalam Facebook tu. Nanti tak pasal timbul kes saman-menyaman di mahkamah kang! Tak pasal nak upah lawyer yang mahal bebeno tuh. Ok, stakat itu jek post kali ni.. Happy tagging!


Saturday, December 25, 2010

Bila muka dihempap buah tembikai melayang

Salam dan selamat petang korang...

Tengah-tengah boring ni, mesti aku bukak Youtube. Nak tengok jugak video2 terbaru yang ade. Tengah cari-cari tu, tetiba aku tertarik ngan satu video nih. Pasal buah tembikai bila kena hempap kat minah sorang nih. Sila click 'play' untuk tengok:


Hahahah! Lawak sungguh.. Tapi kan, aishh! Bahaya betul.. Mujur gak tembikai tu pecah, bukan kepala minah tu yang pecah. 2 orang minah ni, yang jugak peserta rancangan "The Amazing Race" season 17. Alah, show yang 11 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang satu kumpulan yang berlumba ke seluruh dunia dan melakukan tugasan berbeza demi merebut hadiah utama US$ 1 juta dolar tu. Korang tengok tak? 


Mase tu, diorang buat tugasan "Road Block" kat Istana Eastnor, England. Salah sorang dari mereka kena lontar buah tembikai sampai kena kat patung besi tuh dengan pelancar zaman dulu. Tapi tak pasal, bukan kena kat patung, tapi kena muka lak, kuat lak tu .. Anyway, lawak betol lah video nih. Patutla famous pun kat YouTube. Nilah peserta tu, nama Brook & Claire. Yang kena hempap tembikai tu nama die Claire. Pasukan ni pun mantap gak, diorang boleh tempat ke-2 masa finale, kalah ngan pasangan doktor, Nat & Kat.

Brook & Claire
(pengacara program beli-belah TV)

Sebut pasal tembikai, lapo lak aku. Jap, nak pergi cari ice-cream dalam peti sejuk...

Friday, December 24, 2010

A sincere THANK U guyz...!

Salam & selamat malam korang..!

Alhamdulillah, semua bebudak PMR 2010 dah dapat result masing-masing. Yang dapat straight A's tu janganlah nak berbangga sangat, dan yang takleh keputusan yang diharapkan tu, janganlah sedih-sedih okey. The journey is still far, SPM is more frickin important than this..!

Lepas balik ambil result, aku terus menghadap laptop untuk sign in FB.  Nak tahu jugak geng2 sekolah rendah dulu camner result diorang. Tetiba, tengok kat notification tu, belambak mendadak kadar maksima. *unsur hiperbola dikesan*. Ramai giler yang wish kat aku pasal result yang aku dapat tu. Lepas tu, bukak blogg. Skali lagi surprised sebab ade orang yang susah payah buat entry pasal aku. So, aku peruntukkan entry ni memang khas kepada korang yang :

a) Individu yang ikhlas ucap congrats kat dalam FB

Sis Sila
Nik Ainur Athirah
Iqa Ismail
Lina Izzati
Ain Sofea
Ctahh
Farhan Rosley
AD
Sis Aimiey
Sis Malyn
Bro Azim
Wan Afeef
Bro Rashdan
Last but not least, Abe Asyraf Naimm..!

Serta lebih ramai lagik.. Tak sempat nak screen capture.


b) Individu yang buat entry khas pasal saya dalam blogg

Sis Amy sayangs
Sis Syue rockz!
Dan...
someone special.. dan masih menunggu entry dia

c) Individu yang sudi "like" & komen kat status FB saya hari tu


Anyway, korang memang terbaik ahh! Terharu lak aku. Tak sangka lak jadik sampai cenggini. Ok, stakat tu saje entry kali ni.. Nak mengadap Phtoshop lak..

*Alhamdulillah to Allah Almighty*


Result PMR Guyz!!

Salam & selamat tengah malam korang..

23 h/b 12!

Mesti korang semua dah maklum kan hari ni merupakan hari pengumuman result exam PMR 2010. Tarikh yang memang sedia terpahat dalam hard disk otak bebudak candidates PMR tahun ni. So, entry kali ni, aku nak cerita sebaik mungkin pasal segala benda yang terjadi hari ni. But nanti kejap, mari imbas dulu kronolgi peristiwa2 dulu yang mewujudkan segala senario yang terjadi hari ini..

12 Oktober 2010

Yeah! Kitorang merdeka! Paper last dah selesai dijawab! Semua orang hari tu termasuk aku gembira tak tentu hala. Mana tidaknya, dah hampir 5 hari bertempur dengan segala jenis soalan di medan perang (dewan exam), tentu hepi giler-giler kan? Segala benda yang dihafal dalam kepala terus di-formatkan. Semua orang dah tak tension lagi, gembira, ecxited, bla3.. Tapi camner lak dengan result exam ni? Ahh, lambat lagi, apa nak kisah? Yang penting sekarang, kita merdekaaaaaaaaa! *result exam takde siapa pun kesah time tu*

10 Disember 2010

Desas desus tarikh keluar result exam mulai timbul.. Ade orang kate 28 h/b la, 20 h/b la, tak sure yang mana 1.. Kitorang dah mulai tak tentu arah. At last, tarikh rasmi pun diumumkan kat BH. 23 DISEMBER 2010! Habis seantero alam FB dihebohkan prior to this matter oleh geng2 form 3 yang jugak candidates PMR 2010 dengan statement ni.. So, we're eagerly waiting...waiting..waiting and waiting!

23 Disember 2010!

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak.. Mesti korang tak tidur lena kan malam semalam? Aku pun sama. Dalam jam 3,4 pagi, terbangun tetiba. Bangun pagi-pagi lagi, dah tak tidur lepas solat Subuh seperti rutin kebiasaannya sehari-hari. Kalau tertidur, nanti tak terjaga kang. Orang lain sibuk bising pasal result, kite masih berhibernasi dalam selimut. Lepas siap2, terus ke sekolah, dalam jam 10 pagi. Dalam kepala, tak payah nak cerita. Fikir macam2.. Sepanjang perjalanan tu, jantung berdegup kencang, seiring tu jugak, aku lak bermonolog sendirian.. 'camner laa lau takleh straight A?', 'camner kalau aku sorang lak dalam kelas yang takleh straight A?'.. Tengok2, dah sampai kat sekolah. Nampaknya dah ramai bebudak form 3 SMIP yang dah hadir.. 

port slalu kat sini

the guyz..

and the babe (a dude too)

cik wani

mirol, juwe n sharman

mari picnik atas tar

nak piknik jugak



Lepas tu, masuk terus dalam area sekolah. Area piramid kat pondok jaga nampaknya telah dimonopoli oleh geng2 3IR. Ape lagi, bila geng kitorang bersatu kembali lepas lebih 1 bulan tak jumpa, wajib banyak cerita yang nak disampaikan. Dari cerita pergi PD sampai berkilat kulit, cerita gambar photoshop lepas edit jadik 50 MB la, hingga ke cerita kacau sura sampai meletop kena kat tangan laa.., dan macam-macam lagik.. At least, hilang sikit feeling gemuruh kitorang kan. Tapi yang aku tabik ngan korang, dalam masa crutial cenggini pon, korang boleh lagik ber-photoshoots + gelak sakan! Tetiba, kitorang tengok Ustazah Zahriah jalan cepat2 ke pejabat. Kat tangan, ada satu bungkusan yang amat penting dan dinanti-nanti! Siap ustazah di-escort oleh pok guard lagik..

motif? ntahh

muka pintu dewan

Mirah n Yus

nak posing jugakk die


Dalam pukul 11 pagi, tanpa  arahan cikgu, kitorang terus terjah dewan Petra. Aku ambik seat paling depan. Lagipun, Sir Amin instruct aku jadik photographer sebab photographer asal tak dapat hadir atas sebab mustahak. Nak taknak, aku pun tercengang kat depan stage sambil snap2 gambar yang patut di-snap. Lepas tu, cikgu yang berkenaan dan para ibu bapa terus masuk dewan. Lepas PK Pentadbiran, Puan Siti Hawa umum sebanyak 87 orang dapat straight A's tahun ni, kurang lah sikit tahap ke-anxious-an kitorang semua tu. Alhamdulillah, tahun ni meningkat sebanyak 5% dari tahun sebelumnya. .

dewan yg gamat

cikgu2 kelas

PKP

Cikgu Norizan

Sekarang, the moment that everyone anticipated for- the announcement of the straight A's student! Kaunselor, Puan Norizan Abdullah,walaupun sarat mengandung, beliau turut sudi membacakan name list student straight A's tu. First, cikgu panggil nama student yang dapat 9A. Student yang ambik subject extra-Bahasa Arab yang jugak bebudak kelas aku, 3 Ibnu Rusyd. Cikgu mula2 panggil nama Amirah Idris dan last skali, Siti Atikah Kamarudin. Nampaknya, 11 orang yang dapat 9A dan 4 lagi tu tak bejaya dpat 9A. Aku terus berpaling kat belakang, kat Mohd Hazwan dan Mohd Nazmi.. Tapi diorang cool+selamba jek. Biarpun takleh 9A, diorang tetap ok je. Kalau aku , mahu pitam terus kot!

luqman n amin

afeef

amalia izzati

Lepas tu, cikgu umum pelajar yang dapat 8A, mulai dari student kelas Al Farabi, and then kelas2 lain. Aku start rasa gelisah+bimbang+anxious.. Body dah mula berpeluh-peluh.. Aku pejam mata. Tetiba, Puan Norizan terus berkata "seterusnya, para pelajar cemerlang 8A 3 Ibnu Rusyd... Pertama, Amal Azraai bin Che Azuha......"

*the time seems like to frozen at that particular moment* 

Alhamdulillah, Allah Almighty! Aku terus bukak mata, terus campak DSLR kat Zaidi, terus berjalan dengan cepat naik ke pentas. Masa tu jugak, aku mulai senyum melebar, rasa nak menjerit pun ada.. Lepas receive slip exam dari Puan Siti Hawa, aku terus turun dan duduk dengan disbelieve feeling! Syukur Alhamdulillah, aku dapat jugak 8A ni.. 

Tapi, kejap.. Skang student straight A dari kelas Al-Bhiruni akan mulai diumumkan. Aku menunggu nama 1 orang individu ni yang aku sangat harapkan untuk naik ke atas stage. Aku tunggu, lepas satu, satu nama.. dan.. nama dia jugak tersenarai dalam pelajar 8A.. Aku bersyukur sangat..

"Individu ini, yang ingin sentiasa berusaha untuk membanggakan dan merealisasikan harapan ibu bapa.Yang jugak merupakan seorang individu yang sentiasa positif, tidak mudah mengalah, sedar dengan potensi diri, dan yang paling penting, telah mengajar saya banda yang amat bernilai dalam hidup serta yang paling pasti, individu yang berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh... dan orang itu ialah.. awak, Lailatul Adnin Muhamud.. Ya, awak.. Hepi sangat tengok ekspresi muka awak masa cikgu umum tu, apatah lagi ekspresi kakak awak, Lailatul Afiqah dan adik awak, Hanafi yang amat gembira pada masa itu.."

AD!

she's very special friend of me.. and a good daughter indeed

Akhirnya, selesai sudah 87 orang individu yang dipanggil ke atas pentas. Lepas tu, kitorang saling mengucapkan tahniah sesama sendiri. Ramai yang menangis kegembiraan, ramai jugak yang mengucapkan rasa syukur terhadap ilahi. Time tu, aku sempat megucapkan terima kasih bebanyak kat cikgu2 dan saling bersalaman. Ibu aku dah sampai kat sekolah, so, skang dah tiba masa nak balik. Lepas bersalaman dengan kengkawan dan ucap selamat tinggal, aku pun terus balik..

Cikgu Azizah bagi sijil






ok, pose nerd



budak paling genius




As a conclusion, aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan para pelajar seluruh Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam exam PMR, especially student SMIP yang berjaya menaikkan nama sekolah dan mengekalkan tradisi cemerlang sekolah ini saban tahun. Bagi korang yang tak berjaya mendapat keputusan yang diingini lak, jangan bersedih, sebab apa yang lagi penting, exam SPM yang akan menjengah kite kurang dari 2 tahun lagi. Ingat, gagal di sini bukan bermakna korang gagal selamanya. Masih jauh lagi perjalanan kita semua okeyh!

************

A SPECIAL DEDICATION TO THE PERSON THAT HELPS ME TO ACHIEVE THIS CAPTIVATING RESULT:


1. Allah Almighty, that helps me the most ALL THE TIME.
2. Both of my parents and family, that helps me to get the strength..
3. The respected teachers, that guide me straight to the path of success.
4. My fellow friends, that give me the inspirations and cope through myriads of problems all the way, and
5. Myself, that never learn the meaning of GIVE UP and consistency of effort!

*************

Ok, stakat tu sahaja bagi entry kali ini.. Anyway, thanx bebanyak sebab korang sudi baca sampai akhir..!