Monday, December 20, 2010

5 Jenis Jurujual yang ANNOYING!

Salam & selamat pagi korang..


Entry kali ni, aku nak cerita pasal benda yang berkaitan dengan shopping mall lagi. Tapi kali ni bukan pasal lawak menjadi dalam kedai lens (entry sebelumnya). Seperti biasa, setiap hujung tahun, mesti ada sale YES (Year End Sale) yang gempak giler kan. So, ramai yang guna peluang ni nak shopping barang2 tertentu kat mall. Kalau korang jenjalan kat shopping mall, mesti korang masuk keluar dalam sesebuah kedai kan? Dan dalam kedai tu lak mesti ada jurujual on duty kan? Tapi, setiap jurujual tu mempunyai personaliti diorang tersendiri. Berikut merupakan 5 jenis jurujual yang dikelaskan mengikut pemerhatian aku sendiri  :

Jenis  #1 - Jurujual yang banyak mulut


Kalau korang masuk kat sesebuah kedai ni, korang suka tak kalau jurujual kedai tu cakap banyak? Mesti korang jadi serabut/annoying kan.. Contohnya, kalau kita nak tengok2 benda kat kedai tu, jurujual kedai tu asyik membebel benda2 yang kadang2 takde kaitan langsung pun. Kalau kita nak tanya harga sesebuah barang tu, mesti jurujual tu tetiba membebel pasal HZ punya boifren la, masalah penduduk alien Marikh la, jiran sebelah rumah beli kereta baru la, and at last baru cakap pasal harga benda tu. Takke buang masa kita?

Tips mengatasi: Masa shopping, bawak iPod korang tu. Benda ni berguna masa jurujual tu syok bebel benda yang ntah ape2. Ingat, pasang volume kadar maksima, mesti jurujual tu taknak layan korang punya lahh..

Jenis  #2 -  Jurujual yang terlebih garang


Jurujual jenis cengginilah majoriti paling orang tak suka. Korang bayangkan, kalau kita sentuh je barang2 kat kedai tu, mesti jurujual tu terus sound kita. Macamla kita ni buat salah besar macam banduan Guantanamo tu. Lepas kena sound tu, mesti kita rasa malu dan menyampah lalu terus blah keluar dari kedai tu kan. Rasa macam nak bakar kedai tu pun ade gak. Dah tu, mesti korang takkan jejak lagi kat kedai camtu. Sebab tu la, orang taknak masuk kedai camtu, lepas tu kedai tu mesti gulung tikar punya. 

Tips mengatasi: Korang bawak kengkawan korang minimum 10 orang serbu kedai tu. Mesti jurujual tu letih mulut nak sound sorang2 so jurujual tu senyap je la kat kaunter. Malas nak layan. Lepas angkat, sentuh, jamah habis benda dalam kedai tu, baru lah korang blah dari situ..

Jenis  #3 - Jurujual yang suka mengekori 


Jurujual jenis ni sebenarnya dia nak jadik penyiasat persendirian, tapi fail ujian kelayakan. Sebab tu la diorang ni suka ikut ke ke mana-mana pelanggan yang masuk dalam kedai tu pergi. Ke mana je kita pergi, benda apa kita pegang, satu2 diorang selalu perhatikan. Ada tu, diorang akan ikut kita sampailah kita dah membeli sesuatu benda kat kedai tu. Takde privacy langsung nak shopping. Tak cukup lagi ke CCTV yang penuh tergantung kat ceiling kedai tu nak perhatikan segala gerak geri kita. Eii, serammm... Mujur gak jurujual tu tak ikut sampai balik rumah.

Tips mengatasi: Ajak jurujual tu main hide-and-seek ngan kita dalam kedai tu. Sape suruh suka ikut orang sangat. Lagipun, boleh hilangkan stress bekerja kan?

Jenis  #4 - Jurujual yang terlalu pasif


Jurujual jenis ni pun agak susah juga untuk dihadapi. Contohnya, kita tanya pasal barang dalam kedai tu, kalau tanya 10 patah mesti jurujual ni jawab 1 patah. Kalau diorang explain pasal barang jualan pun mesti pelanggan kurang faham. Pendiam pun tak kena tempat. Ditambah lagi dengan ekspresi muka diorang persis orang mamai, benda yang kita wish nak beli pun kekadang tak jadi beli. Tapi boleh tahanla lagi dari jenis jurujual no #1 tu kan..

Tips mengatasi: Korang jadi la pelanggan yang banyak songeh sikit. Macam mintak less ke, free gift ke, mesti jurujual tu tetiba jadik banyak mulut. *dan diorang berharap korang cepat blah dari kedai tersebut*

Jenis  #5 - Tiada jurujual
Yang jenis ni paling parah. Korang enjoy sangat masa pilih2 barang korang mahu, tanpa gangguan si jurujual mulut banyak, jurujual garang, jurujual yang suka mengekori dan jurujual pasif. Tapi, masa korang nak buat pembayaran, tengok takde sorang pun jurujual yang ada dalam kedai tu. Korang selidik, rupa-rupanya banyak jurujual on duty masa tu, tapi diorang tengah bergosip sesama sendiri dalam bilik stor. Ade gak yang sedang bergayut sakan guna telefon office semata. Adoi, orang nak pergi bayar pun susah! Kalau cenggitu,  takyah datang kerja la senang..

Tips mengatasi: Korang buat kedai tu macam kedai korang sendiri. Korang yang jadi cashier sendiri, korang pilih saiz korang sendiri dan korang bayar sendiri kat kaunter tu. Tanpa kedatangan jurujual yang sibuk buat hal sendiri tu. *masa bukak mesin kira2 tu, ambil la sikit duit warna hijau dua tiga keping okey*


Konklusinya, kepada individu yang bekerja sebagai jurujual tu, jadilah seorang jurujual mithali, barulah bisnes bos korang boleh maju, pelanggan pun senang hati nak shopping. Bukan semua jurujual bersikap seperti kat atas tu, hanya segelintir jek.Aku harap, korang boleh pratikkan tips yang aku sebut kat sini, walaupun tips tu mengarut. Shopping tetap shopping, jangan terlebih membazir pulak. Nanti kang tak sempat lak nak beli baju sekolah anak.


Okey, stakat tu jer bubbling pagi ni.. Have a happy shopping time guyz!

3 comments:

Shaheila Malek said...

x suka jurujual yg mengekor..huhu

Mr. TN_SkY said...

ahaha..yang last tuh..naya je kang msuk jel~ ahah

pearl jade said...

haha...yg last 2 betul sgt
semangat2 nk beli xde jurujual lak
huhu