Thursday, December 16, 2010

5 Jenis Spesis Orang Guna Facebook


Facebook.. Cakap jer la, ade lagi ke orang kat galaxy ni tak kenal dengan benda nih? Dengan tercetusnya revolusi social networking ciptaan termaju oleh mat saleh kerinting bernama Mark Zuckerberg  ni, dunia ni macam shrink terus. Kita skang dah boleh berhubung dengan pelbagai orang kat atas bumi ni. Kalau ikutkan sampai skang, dah hampir 500 juta orang (sumber dari cik Wiki) yang dah memiliki akaun Facebook. Dalam bebanyak orang yang guna benda nih, aku telah berjaya mengenalpasti 5 spesis tertentu bagi orang yang guna Facebook ni. Nak tau tak korang tergolong dalam group mana? Sila baca lebih lanjut :


Spesis #1 - Orang yang menyamar jadik anonymous


Kalau korang nak confirm-kan friend request, mesti korang skeptic nak confirm orang yang memang korang tak kenal. Tapi kalau ada profil sebijik ni, korang tak kenal tapi ada mutual friend yang agak ramai, mesti korang tak teragak nak confirm kan? Padahal orang tu hanyalah individu daripada kengkawan korang sendiri yang buat akaun anonymous semata-mata nak usik korang. Sebab dominan? Spesis cenggini mesti dapat kurang kasih sayang dari mak bapak diorang sendiri. *sebak pula terasa*

Tips: Manfaatlah butang BLOCK THIS PERSON sebaik-baiknya..

Spesis #2 - Orang yang add orang lain membabi buta 

Kalau spesis ni, diorang mempunyai sifat mahukan populariti melampau. Kalau diorang buka profile orang lain, mesti diorang pergi picit friend list dahulu dan terus meng-add kawan2 dari friend list sampaila habis list ke page terakhir. Pergh, mesti jari diorang kurus kan? Exercise free2 lagi. Pantang jugak tengok profile orang, mesti butang ADD AS FRIEND menjadi point-target-utama. Cuba korang fikir, korang suka tak kalau friend melambak, tapi majoritinya korang tak kenal pun? Buat menyemak je. 

Tips: Tulis kat box bawah profile picture korang, "kalau tak kenal, tak usah add lah ye, sebab sy tak akan layan korang"- Mesti diorang buat2 tak nampak butang ADD AS FRIEND tu..

Spesis #3 - Orang yang terlalu pasif bersosial


Orang jenis ni mula2 diorang activate akaun FB diorang. Lepas tu, diorang akan update status paling rajin pun dengan kadar maksima 1 kali sebulan kalau tak setahun. Camner orang lain nak tahu pasal perkembangan diri diorang kan? Spesis pasif yang memang sukar menerima revolusi aktif dari orang2 aktif. Mungkin alasan ketiadaan sambungan internet boleh diterima. Tapi, modus operandi bertandang ke CC boleh lagi diusahakan bukan? Ingat, usaha elevator kejayaan!

Tips: Korang buat status gempak2, upload pics2 hebat, gossip panas2, mesti diorang akan mula aktif. Sebab diorang mula berasa terpinggir dan takmo dicop mohor "OUTDATED".

Spesis #4 - Orang yang begitu lara emosinya


Orang jenis ni agak sukar difahami. Kengkadang stabil kengkadang tidak pula. Okey, kita mula dengan nama profile diorang- mesti letak nama emo2 macam contoh air mata senja, ku tunggu kamu, aku masih berharap, kamu ratu hati, etc3.. N then status diorang- banyak meng-copy paste lirik lagu sedih2 dari artis rock kapak 80-an. Lepas tu gambar diorang upload- mesti pics2 hati yang retak, kata2 mutiara membuatkan mata berkaca dan pelbagai aneka lagi. BTW, unik betul kan diorang?

Tips: Korang sindir2 sikit la diorang nih, pasti diorang terasa punya.. Heheh, emo tak pasal.

Spesis #5 - Orang yang letak profile gambar selain muka diorang sendiri


Nak kata kamera wujud semalam, taklah jugak. Tapi diorang tak nak letak gambar diorang sendiri kat profile pic tuh. Alasan, sebab diorang tak cantik/hensem? Mana ada, Allah SWT dah jadikan seseorang tu sebaik-baiknya. *jadik ustaz tak bertauliah kejapp*. Kalau boleh, korang letakla gambar yang boleh orang cam, nanti memudahkan urusan kawan2 korang gak kan. Nanti kalau kawan kita melancarkan modus operandi "jom remove profile tak dikenali", tak naya kita kena remove sebab letak pic JB semata.

Tips: (tak tahu nak bagi tips ape)

As a conclusion, social networking maya cenggini memang menjadi pilihan ramai skang ni. So, dengan kebanjiran individu yang menggunakannya, korang perlu sentiasa alert dan cautious. Ingat! Korang mungkin menjadi mangsa atas kecuaian korang sendiri.

Okeyh, sekian saje bobelan mengarut untuk malam ni.

Eh3, kejap.. Korang spesis mane satu eh.....??!


Excited giler tadi masa Kak Hana buat lawatan jalan kaki ke blog aku ni. *Adalah menjadi kebiasaan bagi blogger newbie bila blogger otai datang lawat blog diorang sampai kalut tak tentu hala* . Siap bagi comment kat post lagi. Harap2 lepas ni, kak Hanis Zalikha pulak yang bertandang kat blog aku yang tak seberapa nih. *Ching!*



Mood: Lapar! Oat Crunch beserta nescafe panas begermerlapan dalam minda..

5 comments:

Kodet said...

no3 dan no4 la aku paling tak suka la...

Amal Azraai Azuha said...

memang2..

Sophie Al-yahya said...

nice entry dik!

Amal Azraai Azuha said...

tengs akak..!
n tengs coz follow..

Anonymous said...

#5 tu kalau kau nak kene sihir oleh orang guna gambar tu baik kau letak gambar muka kau beso2 senang dia nak kenekan sihir kat kau...lagi satu kalau kau dengar ceramah skit muslimat tidak boleh meletak gambar mereka sebesar-besarnye dan harus menutup aurat...lagipun kalau nak letak gambar ambik la gambar bagus2 duduk betul2 ni lompat sana sini tunjuk cool sangat...