Monday, December 27, 2010

Korang Sedar Tak Bahaya Fungsi "TAGGING" Di Facebook??!

Salam dan selamat petang korang...


Memang seronok kan bila kita dapat tengok gambar-gambar lama yang di 'tag' oleh kengkawan. Kemudian, komen pula yang membanjiri gambar tersebut dan kita pun takmo lepas peluang jugak nak drop komen kita bukan? Iye lah, kata pun gambar lama, mesti teringat nostalgia zezaman dulu. Tapi, pernah tak korang terfikir yang gambar-gambar yang di 'tag' tersebut boleh memalukan sekaligus menjatuhkan maruah pihak-pihak tertentu? Ok, kalau korang nak tahu apa effect buruknya function tagging di Facebook ni, teruskan pembacaan korang:

1. Menjatuhkan Maruah Seseorang


Masa korang view gambar2 zaman dulu. Mesti korang tak hengat dunia bergelak ketawa tengok camner personaliti kengkawan korang dulu sorang-sorang. Mesti ada kengkawan korang yang dulunya mukanya macam gini la, body tak kena situ la, etc.. Alah, masa zaman tak matured, mane diorang kisah kan camner rupa diorang? Misalnya gambar yang di'tag' tadi merupakan gambar zaman 'lemak badan maksima' dia. Jadi, memang sah dia akan rasa malu kalau kengkawan baru dia tengok gambar yang telah di 'tag' tersebut. Setiap orang mempunyai ruang hidup diorang tersendiri, jadi apa salahnya kalau kita respect orang tu kan?

2. Mendedahkan Aib Orang


Gambar yang merujuk kepada perbuatan seseorang pada masa lalu. Contohnya, seorang wanita yang sudah berubah penampilan dengan mengenakan tudung. Walhal, pada masa lalu, wanita tersebut berpakaian amat seksi dan mencolok mata. Kemudian, kengkawan lamanya yang tak tahu hormat orang ni free-free pergi upload gambar wanita tu masa dulu tersebut. Mungkin wanita tu dah dapat hidayah dan dia benar-benar konpem mahu berubah dan tinggalakan sikap buruk itu. Tapi, dengan ter-upload-nya gambar tersebut, secara tak live, boleh memecahkan  rahsia wanita tu di masa lalu.

3. Komen Yang Memalukan


Kadang-kadang kan, masa korang bergelak sakan masa tengok gambar-gambar dulu di Facebook, korang biasanya tak sedar dengan komen yang korang tulis tu. Mungkin gak komen tu hanya berunsur gurauan, namun yang izhar, memang ada pihak yang terasa. Walaupun perkara itu kecil di mata korang, tapi ianya besar di hati orang lain. Tamsilnya, korang komen kat gambar tu, "Eh Justin Bieber, ngko ni pondan ahh, ade ke pakai baju pink?", "Eh Cody Simpson, ngko ni melantak je tau, patut pun lemak badan berevolusi kadar maksima.." Ade ke patut camtu?? 

Ok, kat sini, aku bagi tips nak pastikan korang menggunakan fungsi "tagging" kat FB dengan betul:
  • Jangan upload gambar ahli keluarga dan kengkawan korang yang tidak menutup aurat tanpa keizinan tuan punya bodi.
  • Berhati-hati dan fikir dua,tiga, even duapoloh kali untuk tag seseorang pada gambar tu.
  • Jangan bagi komen yang boleh mencetuskan ketidak-puas-hatian pihak lain.
  • Fikir banyak kali sebelum memberi komen, biarpun ianya berniat untuk ingin bergurau okey.

Konklusinya, korang manfaatlah fungsi 'tagging' di Facebook dengan sebaik-baiknya. Jangan lak sampai nak lancarkan perang dunia ke-3 dalam Facebook tu. Nanti tak pasal timbul kes saman-menyaman di mahkamah kang! Tak pasal nak upah lawyer yang mahal bebeno tuh. Ok, stakat itu jek post kali ni.. Happy tagging!


2 comments:

Sarah-rah-rah said...

my friends slalu upload gmbr dulu2, burok gileee tak boleh terime. terus remove tag :P

Amal Azraai Azuha said...

baguz2 camtu.. tak ke malu free kite