Saturday, December 25, 2010

Bila muka dihempap buah tembikai melayang

Salam dan selamat petang korang...

Tengah-tengah boring ni, mesti aku bukak Youtube. Nak tengok jugak video2 terbaru yang ade. Tengah cari-cari tu, tetiba aku tertarik ngan satu video nih. Pasal buah tembikai bila kena hempap kat minah sorang nih. Sila click 'play' untuk tengok:


Hahahah! Lawak sungguh.. Tapi kan, aishh! Bahaya betul.. Mujur gak tembikai tu pecah, bukan kepala minah tu yang pecah. 2 orang minah ni, yang jugak peserta rancangan "The Amazing Race" season 17. Alah, show yang 11 kumpulan yang terdiri daripada 2 orang satu kumpulan yang berlumba ke seluruh dunia dan melakukan tugasan berbeza demi merebut hadiah utama US$ 1 juta dolar tu. Korang tengok tak? 


Mase tu, diorang buat tugasan "Road Block" kat Istana Eastnor, England. Salah sorang dari mereka kena lontar buah tembikai sampai kena kat patung besi tuh dengan pelancar zaman dulu. Tapi tak pasal, bukan kena kat patung, tapi kena muka lak, kuat lak tu .. Anyway, lawak betol lah video nih. Patutla famous pun kat YouTube. Nilah peserta tu, nama Brook & Claire. Yang kena hempap tembikai tu nama die Claire. Pasukan ni pun mantap gak, diorang boleh tempat ke-2 masa finale, kalah ngan pasangan doktor, Nat & Kat.

Brook & Claire
(pengacara program beli-belah TV)

Sebut pasal tembikai, lapo lak aku. Jap, nak pergi cari ice-cream dalam peti sejuk...

No comments: