Sunday, December 12, 2010

DSLR yang mane satu eh..?


DSLR merupakan gadget yang memang tidak asing lagi buat para remaja sekarang. Kalau kita pergi jenjalan kat mana2, mesti kita  tengok ada orang yang menyandang kamera cenggini kan. Kalau dulu, DSLR merupakan gadget yang agak mahal dan agak sukar untuk dikendalikan, tetapi sekarang, dengan kemasukan DSLR mampu milik di pasaran, pasti semua orang boleh memilikinya. Industri DSLR kebanyakannya didominasi oleh brand Nikon, Canon, Sony, Pentax, Olympus  serta pelbagai lagi.

Aku pun tak lepas peluang nak guna benda ni. Memang aku minat bab snap2 gambar sejak aku kecil lagi. Lepas usha ngan papa setelah sekian lama, akhirnya papa belikan jugak. Model Canon EOS 1000D, beli tengah tahun ni. Mula2 guna, memang aku tak paham nak guna benda ni camner. Tapi lepas belajar dengan majalah2 photography dan tutorial laman web, akhirnya aku pandai menguasai jugak DSLR tu. Kalau ada majlis kat sekolah, kengkawan atau cikgu aku pasti undang aku nak snap2 gambar diorang. Lepas sekian lama aku guna camera "entry level" ni, aku consider nak beli DSLR "intermediate" lak, dengan fungsi yang lebih praktikal. Berikut merupakan 3 buah DSLR yang menjadi shortlist-dslr-to-buy aku :

a) Canon EOS 60D







Price tag: RM 3338 (body only)
Release date: 26 August 2010

Specs: 


- 18.0 megapixles CMOS sensor*
- 9 point sharp & fast autofocus
- 5.3 frames per seconds
- Full HD Movie recording
- Creative filters (toy camera, soft focus, miniature effects, grainy effect)*
- Integrated Speedlite Transmitter*
- In-camera RAW processing
- ISO 100-6400 (expandable)
- 63-Zone dual layer metering sensor
- 3 inch vari-angle LCD monitor*




b) Nikon D90





Price tag: rm 2988 (body only)
Release date: 27 August 2008

Spec:

-12.3 Megapixles DX-format*
- ISO 200-3200
- 11 Autofocus point*
- 4.5 frame per second continuous shooting
- Live View Function
- Advance Scene Recognition
- 720p HD movie recording
- 3 inch VGA LCD screen
- In-camera retouching*



c) Sony ALPHA A55







Price tag: RM 2600 (body only)
Release date: August 2010

Spec:

- 16.2 megapixles EXMOR APS HD CMOS sensor
- Translucent Mirror Technology*
- 3D Sweep Panorama shooting*
- 10 frames per second high-speed continuous shooting*
- Quick Auto Focus FULL HD movie recording
- Advanced quick Auto Focus Live View
- 15 points Auto Focus system with 3 cross sensors
- 3 inch tiltable TruBlack Xtra Fine LCD 
- ISO 100-12800


(remark: * maksudnya special spec)

Kalau ikut pandangan aku la, kalau beli Canon, aksesori yang dah beli sebelum ni macam flash, battery grip dan lenses boleh la guna kat DSLR Canon tu. Membazir pulak kalau tukar DSLR brand lain. Tapi accsessory tu boleh jual kan? Kalau Nikon lak, ramai member aku guna, especially Nikon D3100. Boleh tukar/pinjam lens serta acsessory  ngan diorang. Kalau Sony lak, ramai yang kata tak cukup bagus. Tapi aku lihat, tiap kali Sony launch Alpha series baru, mesti ada fungsi canggih yang brand lain takde. Adoii..! Pening2...

Antara Canon (a), Nikon (b,) dan Sony (c), yang manakah antara berikut merupakan DSLR terbaik? Dah puas aku bandingkan nak make sure aku buat pilihan tepat, tapi aku masih tak tahu nak pilih yang mana. Kalau ikutkan korang, yang mana satu korang nak pilih. Kalau boleh, korang boleh suarakan pendapat dan suggestion korang tu. Benda macam ni tak boleh pilih main2, nanti sesal tak sudah kang.

Mr.EOS 1000d, awak akan masuk buku sejarah hidup sy tidak lama lagi.. ehehe


Blog "BUDAK PT 790" ni akan tidak di-update selama 4 hari mulai esok. Sebab tuan dia nak pergi holiday okey. Besides, korang jangan lupa  untuk mengundi blog ni dalam Blog Baru Pilihan 2010, pencalonan pertama, no.13. Undi jangan tak undi !

Okeyh, stakat tu jer la entry kali ni...

 *starting to pack the stuff for the anticipated holiday*

4 comments:

anakpakdin said...

hye :)
selamat mengundi.

time undi nanti singgah no 260 k.

group 7- 260, 260 dan 260. thanx! =)

AzwaZynal said...

go for d90 la dik! :)

more better la for me..

Mohamad Izwan said...

nak jual ke EOS 1000D tu ?.. hehe..
D90 mantap gak..

izzyafik said...

Ambik D90 la.