Wednesday, December 22, 2010

iPod Touch 4th Generation.. nak sebijik!

Salam & selamat malam guyz...


Malam ni tetiba aku terdetik lak nak cerita pasal gadget 'hot cupcake' skang ni. Tak lain tak bukan, Apple iPod generasi keempat, keluaran terbaru dari syarikat IT terkemuka, Apple Inc. Apple telah memperkenalkan iPod Touch generasi ke-4 ciptaan syarikat tersebut yang menyokong fungsi skrin sentuhan sepenuhnya sama seperti model2 generasi sebelumnya. Yang menariknya pasal gadget ni, ia mempunyai fungsi sama sebijik dengan iPhone 4 tetapi apa yang membezakannya ia dengan iPhone 4 adalah resolusi kamera dan tidak boleh digunakan sebagai sebuah handphone. iPod Touch ni hadir dengan saiz skrin yang dapat memberi kepuasan maksima ketika digunakan untuk mendengar muzik, melayari internet mahupun menonton video iaitu seluas 3.5 inci dan beresolusi 960/640 pixles. Berikut merupakan spesifikasi Apple iPod Touch generasi ke-4 ni:

Ukuran: 110 x 58.9 x 7.2 mm
Berat: 101 g
Skrin: 3.5 inci TFT 25600 warna
Kapasiti: 8,32 & 64 GB
Sambungan: WiFi 802.11, Bluetooth 2.1 built-in
Ketahanan bateri: 40 jam mendengar muzik/
7 jam menonton video

Berikut lak merupakan antara fungsi menarik yang terdapat pada iPod Touch Generasi ke-4 yang tidak hadir pada generasi iPod touch sebelum ini : 

a) Face Time


At last, iPod Touch generasi ke-4 telah menyokong fungsi video call dengan tersedianya kamera di bahagian depan, sebijik macam yang terdapat pada iPhone 4. Tetapi, fungsi ini hanya boleh digunakan jika terdapat servis wifi di kawasan tersebut dan hanya boleh digunakan bersama iPod Touch 4 dan Iphone 4 yang lain sahaja. Dengan adanya fungsi ni dan servis WiFi, korang bebas video call dengan sesiapa jek dengan mudah dan menggunakan kos yang rendah.

b) Retina Display


Jika iPhone 4 mempunyai fungsi ini, iPod Touch juga memiliki fungsi yang sama. Sebelum ni, pengguna iPod touch mengalami kesulitan apabila membaca tulisan kecik menit di skrin, fungsi ini dapat mengatasi masalah tersebut dengan menawarkan kualiti skrin yang lebih baik. Malahan, Retina Display menjanjikan kualiti skrin 4 kali lebih baik berbanding dengan barisan iPod Touch sebelum ini. Mesti korang nak tatap skrin tu memanjang je kan?

c) HD Video Recording + 1 Megapixel camera


Tidak seperti generasi iPod Touch sebelum ini, iPod Touch generasi ke-4 mempunyai fungsi kamera dan rakaman video HD. Korang dah tak perlu bazirkan duit untuk membeli camcorder yang beribu tu untuk merakam video kualiti HD 720p kerana fungsi ni telah diintegrasikan sepenuhnya dalam iPod Touch generasi ke-4 ni. Besides, video yang korang rakam tu boleh disunting terus menggunakan software yang tersedia dan di-uploadkan ke laman web YouTube mahupun laman web sosial yang lain dengan kadar segera. Dengan fungsi ni, korang mesti puas hati merakam video dengan kualiti yang amat jelas dan terang.


Konklusinya, takde banyak beza sangat pon antara kedua-dua jenis gadget 'pisang goreng panas' ni. Kepada korang yang tak mampu untuk memiliki iPhone 4, korang boleh memiliki gadget ni kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan dengan fungsi dan kualiti gadget ni. Dengan harga RM 707 (8GB), RM 923 (32GB) dan RM 1231 (64 GB), korang pasti boleh memiliknya. Tips: Korang boleh gak nak action iPod ni as iPhone 4 kat kengkawan korang sebab rupa fizikalnya memang sebijik serupa!


Kalau korang nak info yang lebih precise dan terperinci, korang bolehla bukak laman web Apple Malaysia atau lawat kat Wikipedia- Apple iPod. (Press CTRL + CLICK to open  a new tab)

Ok, stakat tu je info yang saya sampaikan kali ini..


Tak lupa jugak kepada calon PMR yang nak ambik result 23 h/b ni, kalau korang dapat straight a's, bolehla usha mak bapak korang beli sebijik kan?

Unik kan visitor bilangan ni? Aku suka tengok..

3 comments:

AD. said...

amal,boleh 8A mintak lah dengan che azuha ^__^

amy azuha said...

parok la pa nga ibu nok layan khendak awok gak

Amal Azraai Azuha said...

AD = Tak nak yg ni, nak eos 60d.. hik2

Amy = Awok pun same gak, nak isi minyak kete pun mtop duit ibuu