Sunday, December 19, 2010

Nak TERbeli lens 5 ribu??! Biar betol..

Salam & selamat petang korang..

Kalau korang guna kamera DSLR, mesti korang kena beli lens kan? Lens pun ade banyak jenis, dari telephoto, wide-angle, makro dan sebagainya. Lagipun, harga lens ni pun agak mahal jugak. Tapi apa kaitannya dengan title entry kali ni?

Petang tadi, aku dan papa pergi jenjalan kat KB Mall. Aku boring duduk kat rumah asyik main PS & internet je memanjang. Lagipun, aku berhajat nak beli jaket kulit JS design baru keluar tu untuk dipakai masa hari announce result PMR 23 h/b ni. Lepas puas ronda dan beli benda yang diingini, dah tiba masanya nak balik. Sebelum balik tu, ayah aku ajak masuk kedai jual kamera ni. Nama kedai tu Megacity kalau tak silap la. N then, papa terus masuk kat area jual lens Canon. Aku ada cakap kat papa hari tu, aku nak lens zoom sebijik. Mungkin skang papa nak survey lens tu kot. So, dengan tak banyak songeh, aku pun masuk kat kedai tu... 

- Dialog - 

Papa: Bang, lens yang ni berapa eh?
Penjual: Oh, yang ni RM 5,600.. 
Papa: Pa decide nak beli lens ni kat Amal... (nada selamba)
Aku: What??! Betul ke? (nada excited tak ingat dunia)
Papa: Why? Muka papa macam orang takleh caye ke?
Aku: Serius?! RM 5 ribu tu, bukan 5 ratus..!
Papa: Ahah, nampaknya pandai papa buat lawak hari ni...(nada selamba jugak)
Aku: *guruh berdentum* Uh! Ingatkan nak beli sungguh..(terus berlalu keluar dari kedai)

lens jenis ni laa yg jadik medium lawak papa
(EF 70-200 mm f/4L IS USM)


Papa aku berjaya membuat lawak menjadi hari ni. Biasa papa aku ni serius orangnya. Aku pun terkejut gak, camner tetiba papa nak beli lens 5 ribu tu.  Aku rasa lebih baik kalau papa beli motor LC kat anak dia ni. Boleh bawak awek aku jalan2 pergi bawak sekolah jugak, tak perlu dah naik bas.


Masa kat mall tadi, aku sempat terjah jugak kat kedai jual game2 PS. Tapi jurujual tu cakap buat masa sekarang, diorang tak boleh jual cd game lagi. Ehh?! Tapi kenapa ehh? Aku syak yang skang ni pihak kementerian pengguna buat ops cegah cetak rompak kot, sebab tu la diorang sorok CD games tuu.. 

4 comments:

Shaheila Malek said...

haha..mesti dah excited tu..

_luVy*dUcky_ said...

hahahhaha~
mati2 cipa igtkn contct lens..
xtpk pon lens camere..agagag

ada mokhtar said...

uishhh.. mmg tak mmpu tu. hehe =)

Fadhil said...

aku recommend kau beli lens F/1.2 or less standard zoom. lagi gempak :D