Friday, December 24, 2010

Result PMR Guyz!!

Salam & selamat tengah malam korang..

23 h/b 12!

Mesti korang semua dah maklum kan hari ni merupakan hari pengumuman result exam PMR 2010. Tarikh yang memang sedia terpahat dalam hard disk otak bebudak candidates PMR tahun ni. So, entry kali ni, aku nak cerita sebaik mungkin pasal segala benda yang terjadi hari ni. But nanti kejap, mari imbas dulu kronolgi peristiwa2 dulu yang mewujudkan segala senario yang terjadi hari ini..

12 Oktober 2010

Yeah! Kitorang merdeka! Paper last dah selesai dijawab! Semua orang hari tu termasuk aku gembira tak tentu hala. Mana tidaknya, dah hampir 5 hari bertempur dengan segala jenis soalan di medan perang (dewan exam), tentu hepi giler-giler kan? Segala benda yang dihafal dalam kepala terus di-formatkan. Semua orang dah tak tension lagi, gembira, ecxited, bla3.. Tapi camner lak dengan result exam ni? Ahh, lambat lagi, apa nak kisah? Yang penting sekarang, kita merdekaaaaaaaaa! *result exam takde siapa pun kesah time tu*

10 Disember 2010

Desas desus tarikh keluar result exam mulai timbul.. Ade orang kate 28 h/b la, 20 h/b la, tak sure yang mana 1.. Kitorang dah mulai tak tentu arah. At last, tarikh rasmi pun diumumkan kat BH. 23 DISEMBER 2010! Habis seantero alam FB dihebohkan prior to this matter oleh geng2 form 3 yang jugak candidates PMR 2010 dengan statement ni.. So, we're eagerly waiting...waiting..waiting and waiting!

23 Disember 2010!

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jugak.. Mesti korang tak tidur lena kan malam semalam? Aku pun sama. Dalam jam 3,4 pagi, terbangun tetiba. Bangun pagi-pagi lagi, dah tak tidur lepas solat Subuh seperti rutin kebiasaannya sehari-hari. Kalau tertidur, nanti tak terjaga kang. Orang lain sibuk bising pasal result, kite masih berhibernasi dalam selimut. Lepas siap2, terus ke sekolah, dalam jam 10 pagi. Dalam kepala, tak payah nak cerita. Fikir macam2.. Sepanjang perjalanan tu, jantung berdegup kencang, seiring tu jugak, aku lak bermonolog sendirian.. 'camner laa lau takleh straight A?', 'camner kalau aku sorang lak dalam kelas yang takleh straight A?'.. Tengok2, dah sampai kat sekolah. Nampaknya dah ramai bebudak form 3 SMIP yang dah hadir.. 

port slalu kat sini

the guyz..

and the babe (a dude too)

cik wani

mirol, juwe n sharman

mari picnik atas tar

nak piknik jugak



Lepas tu, masuk terus dalam area sekolah. Area piramid kat pondok jaga nampaknya telah dimonopoli oleh geng2 3IR. Ape lagi, bila geng kitorang bersatu kembali lepas lebih 1 bulan tak jumpa, wajib banyak cerita yang nak disampaikan. Dari cerita pergi PD sampai berkilat kulit, cerita gambar photoshop lepas edit jadik 50 MB la, hingga ke cerita kacau sura sampai meletop kena kat tangan laa.., dan macam-macam lagik.. At least, hilang sikit feeling gemuruh kitorang kan. Tapi yang aku tabik ngan korang, dalam masa crutial cenggini pon, korang boleh lagik ber-photoshoots + gelak sakan! Tetiba, kitorang tengok Ustazah Zahriah jalan cepat2 ke pejabat. Kat tangan, ada satu bungkusan yang amat penting dan dinanti-nanti! Siap ustazah di-escort oleh pok guard lagik..

motif? ntahh

muka pintu dewan

Mirah n Yus

nak posing jugakk die


Dalam pukul 11 pagi, tanpa  arahan cikgu, kitorang terus terjah dewan Petra. Aku ambik seat paling depan. Lagipun, Sir Amin instruct aku jadik photographer sebab photographer asal tak dapat hadir atas sebab mustahak. Nak taknak, aku pun tercengang kat depan stage sambil snap2 gambar yang patut di-snap. Lepas tu, cikgu yang berkenaan dan para ibu bapa terus masuk dewan. Lepas PK Pentadbiran, Puan Siti Hawa umum sebanyak 87 orang dapat straight A's tahun ni, kurang lah sikit tahap ke-anxious-an kitorang semua tu. Alhamdulillah, tahun ni meningkat sebanyak 5% dari tahun sebelumnya. .

dewan yg gamat

cikgu2 kelas

PKP

Cikgu Norizan

Sekarang, the moment that everyone anticipated for- the announcement of the straight A's student! Kaunselor, Puan Norizan Abdullah,walaupun sarat mengandung, beliau turut sudi membacakan name list student straight A's tu. First, cikgu panggil nama student yang dapat 9A. Student yang ambik subject extra-Bahasa Arab yang jugak bebudak kelas aku, 3 Ibnu Rusyd. Cikgu mula2 panggil nama Amirah Idris dan last skali, Siti Atikah Kamarudin. Nampaknya, 11 orang yang dapat 9A dan 4 lagi tu tak bejaya dpat 9A. Aku terus berpaling kat belakang, kat Mohd Hazwan dan Mohd Nazmi.. Tapi diorang cool+selamba jek. Biarpun takleh 9A, diorang tetap ok je. Kalau aku , mahu pitam terus kot!

luqman n amin

afeef

amalia izzati

Lepas tu, cikgu umum pelajar yang dapat 8A, mulai dari student kelas Al Farabi, and then kelas2 lain. Aku start rasa gelisah+bimbang+anxious.. Body dah mula berpeluh-peluh.. Aku pejam mata. Tetiba, Puan Norizan terus berkata "seterusnya, para pelajar cemerlang 8A 3 Ibnu Rusyd... Pertama, Amal Azraai bin Che Azuha......"

*the time seems like to frozen at that particular moment* 

Alhamdulillah, Allah Almighty! Aku terus bukak mata, terus campak DSLR kat Zaidi, terus berjalan dengan cepat naik ke pentas. Masa tu jugak, aku mulai senyum melebar, rasa nak menjerit pun ada.. Lepas receive slip exam dari Puan Siti Hawa, aku terus turun dan duduk dengan disbelieve feeling! Syukur Alhamdulillah, aku dapat jugak 8A ni.. 

Tapi, kejap.. Skang student straight A dari kelas Al-Bhiruni akan mulai diumumkan. Aku menunggu nama 1 orang individu ni yang aku sangat harapkan untuk naik ke atas stage. Aku tunggu, lepas satu, satu nama.. dan.. nama dia jugak tersenarai dalam pelajar 8A.. Aku bersyukur sangat..

"Individu ini, yang ingin sentiasa berusaha untuk membanggakan dan merealisasikan harapan ibu bapa.Yang jugak merupakan seorang individu yang sentiasa positif, tidak mudah mengalah, sedar dengan potensi diri, dan yang paling penting, telah mengajar saya banda yang amat bernilai dalam hidup serta yang paling pasti, individu yang berjaya membuktikan bahawa dia juga boleh... dan orang itu ialah.. awak, Lailatul Adnin Muhamud.. Ya, awak.. Hepi sangat tengok ekspresi muka awak masa cikgu umum tu, apatah lagi ekspresi kakak awak, Lailatul Afiqah dan adik awak, Hanafi yang amat gembira pada masa itu.."

AD!

she's very special friend of me.. and a good daughter indeed

Akhirnya, selesai sudah 87 orang individu yang dipanggil ke atas pentas. Lepas tu, kitorang saling mengucapkan tahniah sesama sendiri. Ramai yang menangis kegembiraan, ramai jugak yang mengucapkan rasa syukur terhadap ilahi. Time tu, aku sempat megucapkan terima kasih bebanyak kat cikgu2 dan saling bersalaman. Ibu aku dah sampai kat sekolah, so, skang dah tiba masa nak balik. Lepas bersalaman dengan kengkawan dan ucap selamat tinggal, aku pun terus balik..

Cikgu Azizah bagi sijil






ok, pose nerd



budak paling genius




As a conclusion, aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan para pelajar seluruh Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam exam PMR, especially student SMIP yang berjaya menaikkan nama sekolah dan mengekalkan tradisi cemerlang sekolah ini saban tahun. Bagi korang yang tak berjaya mendapat keputusan yang diingini lak, jangan bersedih, sebab apa yang lagi penting, exam SPM yang akan menjengah kite kurang dari 2 tahun lagi. Ingat, gagal di sini bukan bermakna korang gagal selamanya. Masih jauh lagi perjalanan kita semua okeyh!

************

A SPECIAL DEDICATION TO THE PERSON THAT HELPS ME TO ACHIEVE THIS CAPTIVATING RESULT:


1. Allah Almighty, that helps me the most ALL THE TIME.
2. Both of my parents and family, that helps me to get the strength..
3. The respected teachers, that guide me straight to the path of success.
4. My fellow friends, that give me the inspirations and cope through myriads of problems all the way, and
5. Myself, that never learn the meaning of GIVE UP and consistency of effort!

*************

Ok, stakat tu sahaja bagi entry kali ini.. Anyway, thanx bebanyak sebab korang sudi baca sampai akhir..!

9 comments:

Haniff Roslam said...

congrats ... aq dapat strek gok .. faiz zakaria pom .. aqma mat nawi pom ... weysh .. ramai sek2 6D aitu dapat strek A haha~

Amal Azraai Azuha said...

congrats arr kat semo ore tuhh deh, haniff!

AD. said...

Amaaaaaaaal,terharu sgt :') wait for tonight okeyy (:

Amal Azraai Azuha said...

ok..i'll wait eagerly!

blogger berkaca mata said...

nerd nye.. hahahah

amy azuha said...

Amal tue..

AMALIN SHAHIDA said...

yeayh! good jobb la juniors :)

Amal Azraai Azuha said...

izyan = memang2, mujo idan tak marah kan...?

Sis Amy = iyo? nok gedio? sy nop hadioooh

Sis Malyn = yeah, SMIP rocks!

budak said...

ha3...ruginyew xdtg ari 2..abah sya pulak yg naek pntas..