Thursday, December 16, 2010

Watchout! The DAUNTING day will arrive..

Salam & selamat tengahari korang..


Dengan ketidakwujudan internet selama 4 hari jauh nun di dalam hutan hujan tropika demi vacation keluarga, mau tak rasional aku dibuatnya. Selama 4 hari tu jugaklah, aku terputus terus hubungan dengan dunia luar. So, hari ni, lepas berjaya sambung connectivity wifi ke laptop kat rumah pagi2 buta lagi, terasa macam budak yang baru kenal dunia *hiperbola*.Tapi takpe, masa dengan keluarga lebih penting dari segalanya.. 

Ok, back to the topic. First time bukak Google Chorome, sign in akaun FB dulu. Habis seantero status & post kat FB sedang bising menyatakan pasal tarikh keluar result exam PMR. Mula2 kitorang ingat 28 h/b, tapi tahun ni result keluar 23h/b. Kebiasaanya, result akan keluar lepas Krismas tapi tahun ni awal sikit. Mungkin pemeriksa senang hati tahun ni, so diorang bagi markah tinggi2 kot. Lepas tu, bukak laman web BH Online dan terus baca artikel ni:

nampak takk?

dah sah, 23 h/b

So, memang sah result exam keluar 23 h/b bersamaan hari Khamis. Adoih, mesti bebudak yg ambik PMR tahun ni (termasuk aku) stress+tension+berdebar nak tunggu result tu keluar. Ibu aku ada cakap, kalau tak boleh straight A's, takpe punya. Sebab PMR hanya menentukan kelayakan pelajar ke MRSM & SBP sahaja. Yang paling penting tu, SPM. Actually aku rasa aku boleh skor straight A's. Kalau ikut exam awal tahun sampai trial, straight aku dapat 8A. Tapi, anything can happen right? Orang yang cemerlang pun kadang2 tergelencos kan? Overall, subject yang aku paling bimbang, paper Science. The rest, Alhamdulillah takde masalah.

Konklusinya, what can we do for now is perbanyakkan solat hajat dan doa kepada Allah SWT. Kita semua dah berusaha, so kita bertawakkal jer la dengan Maha Esa. Anyway, aku akan doakan korang semua, bebudak PMR 2010, especially student  SMIP Form 3 2010 akan mendapat kejayaan seperti yang korang semua harapkan. May Allah bless u all.. ILYSM!

Okey, that's all for now... 23 Dec, i'm waiting excitedly!


Aku tengok jugak kat blog baru pilihan Malaysia tu. Mahu ketawa pun ada. Blog aku dah jauh ketinggalan dari blog2 lain. Masa orang kalut mengundi dan promote blog diorang, aku sedang berseronok mendekati spesis flora & fauna nun di hutan sana. Dah tinggal 1 hari lagi, nampaknya tak sempat dan memang takde chance blog aku nak menang.. heheh.. Anyway, it's okay. At least aku happy vac kat sana..

*Mood: DESPERATE maybe*

No comments: