Thursday, December 09, 2010

Yearbook Yourself - Have fun with the "old style" pics!

Korang bosan dengan gambar yang korang ada selama ni? Mahukan kelainan dalam bergambar? Kini, banyak cara yang boleh korang lakukan untuk mengubah gambar sedia ada kepada style yang lebih klasik mahupun moden. Pastinya, profile picture Facebook korang akan lain daripada yang lain. 


Homepage YearbookYourself

Yearbook Yourself merupakan salah satu daripada laman web yang menawarkan fungsi menarik ni. Tambahan pula, aplikasi ini amat mudah untuk dikendalikan dan digunakan. Memang korang akan rasa seronok apabila melihat gambar korang ditukarkan menjadi gambar hitam putih, dengan stail rambut jenis retro dan pakaian bertemakan vintage. Besides, korang boleh menghasilkan foto berkumpulan menggunakan wajah rakan mahupun ahli keluarga sendiri dalam Student Life, iaitu salah satu aplikasi yang disediakan.

Kat sini, korang boleh menggunakan tiga jenis aplikasi iaitu "Portrairt", "Student Life" dan 'Most Likely To". Selain tu, korang boleh membuat rujukan dengan menekan butang "Tips" & "Updates". Untuk menghasilakan foto yang diingini, korang hanya perlu mengikuti beberapa langkah yang simple dan mudah sahaja.


upload pic anda

adjust2 sikit

pilih2 style

dah siap! (burok giler)

Kepada yang belum menggunakan lagi aplikasi ni, ape korang tunggu lagi? Rugi kalau tak cuba. Hanya pergi ke laman web www.yearbookyourself.com atau tekan kat SINI sahaja okeyh..! 


Credit to:  Majalah REMAJA

2 comments:

Fxysche Nas said...

nice !!
bole cube pas ne
thanks
^_______^

Amal Azraai Azuha said...

okey, selamat mencuba..