Monday, January 31, 2011

Bila geng Rusydian's ambush ayam punya reban

Salam & wish u all an awesome day, readers!

pic cover entry

Awat title tu pelik sangat hah? Ade orang buat group tour kat reban ayam pun nak kecoh ke? But for sure, entry ni takde mengena langsung ngan blog Ayeem Ayam tu. Nak kata ayam skang ni mahal dedo-oh (bahasa kelantan- sangat) sampai kitorang kena ternak ayam sendiri pun tak jugak actually. Okey2, juz move on to the topic, dude!

Yesterday, (30.1.11) geng Rusydian's organize satu farewell party khas untuk bebudak 3 Rusyd 10' yang telah direject dari SMIP akan melanjutkan studi diorang kat SBP masing2. Ade 6 orang student yang dapat golden offer tu, termasuklah Az sendiri dan semua yang dapat tu ialah LELAKI sahaja! Face the fact babe, SBP dah crowded ngan pompuan. Dah tu, kitorang ambik decision nak celebrate kat KB Mall. *sigh ~ lagi2 KB Mall, tak hade tempat lain lagi ke??!* Boring betul.. Tapi nak buat camner, mall xclusice macam Pavi tak hade kat sini okey...

SKUPArian & STARian-to-be lah ni eh?
rusydian's gurlz
diorang lagik

Initially, kitorang decide nak celebrate kat A&W. Tapi tengok2, kedai tu dah permanently closed! Tak laku kot A&W kat sini. Ok, tak hape, geng Rusydians, move on to The Chicken Rice Shop! *ok, nilah reban ayam yang dimaksudkan tu* Oh ya, before tu nak cakap 18 orang geng Rusydians datang kat party tu. Lagi 6 orang tu gerabak kereta api diorang terputus lokomotif kot, sebab tu takleh datang.

yee sing kan? ke hape..? tak pernah makang pong

main menu.. kasi besao sikit pic nih

the rusydian's boyz
Jadi kiranya geng kitorang ni memonopoli 30% section kat kedai tu. Anyway kan, orang pun tak ramai kat sini mase tu. Datang je waitress tu, semua orang sunyi menyepi nak order hape. Tak biasa lahh makan kat sini, sebab Mc'D yang selalu jadik port kitorang kebiasaannya. Order je la makanan kat menu tu, makanan yang tak pernah dengar + tak reti sebut pun pakat tabai order jek.

muka hepi dapat masuk reban ayam

tetamu undangan sorang tu

Last2 order gak 3 family fiesta sets, dalam 6 lauk satu set. 18 orang makan, cukup ahh tu. Oh yaa, Az enjoyed meatball soup and golden chicken wing giler bebeno! Best ohh..! Az rekomen korang try okey kalau korang  singgah kat TCRS ni. Makan punya makan, ingatke habis semau lauk2 tu, rupanya masih banyak yang berbaki. Kes lauk ter-over order lahh ni. Yang paling orang tak sentuh lak, kangkung celur. Mengada betul takmo makan sayur. Nanti constipation kang, sayuran hijo jugak yang menjengah di minda masing2 kan?

ehh eh ni kes suap menyuap lakk eh?

meh sini... kang tercocok hidong kang

Time bayar, takyah risau pun sebab 100% pembiayaan ditanggung secara total oleh duit kelas tahun lepas yang masih berbaki tu. Kitorang habiskan 300++ hinggit saje untuk makanan. Yang lagi lebih tu kitorang buat beli kek SR sebijik. Name hape ntahh, 80 hinggit sebijik. Furthermore, kek tu pun sedap giler dude! Dalam 10 bijik jugaklah ade strawberry dalam satu slice tu besar gedabak tu. Biar time tu muak giler pon, proses menyumbat kek tu ke dalam perut still berlangsung dengan jayanya.

rakus giler tengah mixing ying sang tu.  tp makan tak habis lak!

kek! cake! SR!

potong2.. jangan sampai hanco sudahh

Pastu, dah makanan dalam perut kat tahap maksima, kitorang dah ready nak tawaf satu KB Mall. Masuk lepas masuk satu kedai, snap pics sana sini. Yang tak tahan, masa tengah snap pics kat fitting room Pacific tu, kak selesgirl sorang tu tetiba sound kitorang dengan kureng hajonya. Dialog dia cam kurang camni ahh:

"Ehh, sini buke tempat ambik gamba, tapi gak tempat ore nok try baju. 
Nok gi ambik gamba gi ambik taman nuhh"

Pastu kitorang terus blahh.. Malu ohh! Tapi kitorang still ketawa riang. Tapi kat fitting room situ pun takde sorang pun nak try baju. Lagi satu, cakap ahh elok2, kitorang paham ehh. Lagipun kitorang ni bukan nak mencuri ke hape, tapi sebab cermin2 besau kat situ amat tempting untuk diresist-kan. Dahla lust nak bergambar menebal dalam diri jasmani masing2. Nak buat macam mana kan? Okay, boycott Pacific KB Mall..  Salesgirl ntah hape2. *boycott la konon, padahal pasang impian nak kerja part-time kat sini jugak kan?*

pacik interframe lahh

ni muka before kena sound tu

dan lepas kena sound.. *takde beza kan?*
Kat ground floor tu, Nikon ade buat promotion. Sempat gak jugak nak merasa pegang Nikon D7000. Salesman tu tak habis2 promote Nikon punya DSLR. Sebar propaganda Nikon terbaik, tapi Az tetap suka ngan EOS tu. Elehh, kalau guna Nikon D3X skali pon, kalau pakai mode auto je memanjang, tak okey jugak kan? *eh eh Nikon D3X nan hado mode auto lahh*. Pastu pergi jenguk kat Ginza kejap, nak cari DVD Games baru. Sempat gak beli 3 disc. Bajet nak main tengah cuti. Orang bizi packing baju nak pergi SBP, kite ralit mengadap PC.

rooftop.. nape sepet nih?

nak jugak budak nihh eh??

the jamban's camewhore

Dalam jam 5 petang camtu, sorang-sorang dah mula beransur nak balik. Anyway, Az enjoy giler2 hari ni sebab party ni memang happening! Korang rockz okeyh! Macam KB Mall tu kitorang yang punya nak melalak sakan bagai. Mungkin gathering cenggini dah tak boleh selalu buat dah sebab budak SBP pun balik 5 kali setahun jek. Anyway, thanx for everything guyz!

3 IBNU RUSYD 2010,
forever and always...!

Ok, stakat tu je kot entry kali ni.. Gong Xi fa Cai!

Wednesday, January 26, 2011

BERITA TERKINI!!! Sebijik tahi bintang didapati terhempas di sebuah sekolah menengah di pusat bandar Kota Bharu..!!

Salam dan selamat petang korang..

Korang percaya tak ade tahi bintang atau bahasa sanskrit saintifiknya asteroids jatuh terhempas gedebuk  betol-betol kat dalam area sebuah sekolah kat tengah2 pusat bendar KB?Pekesni? Sekolah mana tu? Ade orang patah hidung ke? Sempat lagi  tak nak buat wish? Awat Michelle wartawan melodi tu takmo kecoh-kecoh pon???  

Anyway, korang percaya tak ni? 
Meh Az nak cerita..


Skang ni pun, cuaca tetiba berubah. Angin laju bertiup kuat giler semacam ahh, tapi taklah sampai taraf taufan katrina tu yang boleh lucutkan kain korang tu eh. Sekolah tu lak, tak lain tak bukan, sekolah Az sendiri, SMKIP. Sambil tu boleh promote sekolah ni kejap kan?

Masa tu, geng Az, kitorang bebudak 4IH pergi study Physic kat lab.*geng skema okey, tak ponteng* Pastu tetiba angin yang laju giler datang sampai menerbangkan penutup tangki air yang bermastautin kat bumbung jejantas tu. Tudung penutup tu melayang-layang sampailah jatuh kat atas kerusi batu dengan disertakan bunyi kuat berdesibel 100db++! Habis terkejut berok student sama cikgu. Yang spesis melatah tu, alhamdulillah laa takde kat sini. Even Az yang bizi dop ukur test tube punya diameter pakai micrometer screw gauge dalam lab fizik pun terkejut beruk dibuatnya. *oh yaa, test tube tu pecah.. sori sori cikgu Mat Junoh.. tak marah kan?*


Penutup tu landing tepat kat atas kerusi batu kat tepi kelas 4IH. Kalaulah angin bertiup lebih laju, mahu tak kena tingkap, kalau takk, confirm masuk berita esok pagi. Tak pasal masuk news headline "budak smip   pecah buntut dihempap penutup tangki air". Nauzubillah, takmo laa kan. Dalam kelas tu lak, masa cikgu Wahab mengajar, tak berhenti berselawat tahmid syahadah takot-takot tangki air sendiri yang melayang karang..


Eh eh mesti korang keep guessing naper Az kata pentutup tu tahi bintang? Cuba tengok kat situ, kan ade bentuk bintang tu? Sebab tulah, Az klasifikasikan menatang hitam tu as 'tahi bintang'. Kalau tahi bintang yang real punya jatuh kat situ, dah jadi arwah rasanya semua geng 4IH ni. Takde sempat dah nak buat wish ke hape lagi dahh.


"SEKIAN DARIPADA SAYA, KITA KEMBALI KE ANGKASAPURI"


Monday, January 24, 2011

3 orang budak SMIP dikesan ponteng sekolah hari ini..! sape tu ehh??!

 Salam dan selamat petang korang..

macik nurse cakap register di sini

3 Budak SMIP ponteng?! Betul ehh?? Eh eh, bukan ponteng betul laa. Okey, hari ni Az, Sharman & Amin bersinergi sebulat suara berpakat nak buat medical check-up. Nak masuk SBP kan, so kena buat dulu benda ni. So, kitorang terpaksa playing truant secara berhemah hari ini di samping turut sanggup mengorbankan pembelajaran subject PAI 2 period yang amat dinanti-nanti tu.

penunggu setia kaunter

Pepagi hari dalam pukul 7.30 pagi camtu, Az dah sampai kat klinik besar KB tu dah. Awat awal sangat? Doktor pun tak sampai lagi ah. Kalau nak buat medic check-up ni kena sampai awal2, kalau tak, dapat angka giliran ratus-ratus, sanggup korang  tunggu sampai petang?! Tak sanggup den.. Time tu, Amin along with mummy die dah sampai sane. So, kitorang duduk tercongok depan kaunter check-up yang still  tak bukak-bukak lagi tuh. Around 8 o'clock camtu, baru lah kaunter register tu bukak. So, apelagi, kitorang terus serbu kaunter tu plus dengan ramai lagi orang yang berhimpit bersesak jasmani berebut sebab nak dapat angka giliran awal. Perghh, mujur gak Az sempat dapat nombor awal.

makcik ni peramah giler ahh
*dia guna blackberry tau*
jamban's scene
wooohh!
us. comment?
Lepas staf panggil nama Az, terus naik tingkat 2. Check urine dulu, nak tau kot kot ade hisap dadah ke, ade penyakit ke hape ke. Alhamdulillah, resultnya negatif. Kalau tak, pak polisi terus serbu kot. Lepas tu, pergi section X-RAY. Masuk bilik tu, mak oi! tengok apparatus yang besar gedabak punya! Az kena tanggalkan baju sebab nak scan punya tulang. Eh eh, xray ni penting tau sebab nak make sure kita ade ke tak tulang belakang. Pastu, pergi check eyesight. Power still 150 dedua belah plus tak buta warna. Pastu lak pergi check weight ngan height, nak tau BMI. Result BMI? UNDERWEIGHT! Ahah, orang keding camni bilalah nak gemok sikit eh?

jom ikut sama
us again
ikut jugak eh
tawaf stadium
Pas settle semua tuh, kena tunggu doktor panggil masuk bilik lak. Part ni memang seksa ahh. Kena tunggu berjam-jam weh..! Pastu kitorang decide nak round dulu lat luar tu. Kitorang pusing punya pusing satu stadium sambil cari snek + magazine. Lama punya round, rupanya giliran korang tak sampai lagi. Pergh, boring giler ah. Masa giliran Az sampai, ade ke pulok  tak terperasan? Mujur gak Amin cakap, kalau tak, ntahlaa.. Masuk bilik doktor, terus check ape yang patut di check. Kejap je, pastu dah selesai. Tunggu bukan main lama, check tak sampai 5 minit. Psatu dah settle, dah boleh balik.

beg kite same ahh, paih
the scene
naik beca nak? ikut macik tu pi pasar
camwhore itu perlu
xray film.. kira cukup ke tak tulang ambo
abnormal?? NORMAL okey

Overall, Az puas hati ngan Medic check-up ni. Eventhough kena tungu lamaaaaaaaaaaaaaaaaa giler, at last selesai jugak. Anyway, Az puas hati ah hari ni sebab boleh buat check-up ni tanpa problem plus boleh hangout ngan kengkawan even sekejap je. But, esok tetap kena attend sekolah jugak.. Arghhh! Malassss betullaaa!

Okay, stakat tu je la entry pasal medic check-up ni. 


Ok, kat sini Az nak bagi beberapa tips masa korang nak pergi medical check-up tu:

  • Bawak borang/butiran yang berkaitan mase nak pergi tu.. Kalau tertinggal, sape susah??
  • Bawak sekali IC. Kalau takde IC, korang akan dicop bukan warganegara dan terpaksa bayar extra.
  • Pakai attire yang simple jek. Ni hospital, bukan shopping mall. Nanti nak xray kan senang, tak perlu lagi nak ambil masa lama nak tukar baju ke ape.
  • Dengar arahan nurse dengan betul. Sape2 yang tak paham bahasa tu, nurse takkan layan.
  • Sabar masa nak tunggu giliran. Kalau tak, pergi hospital swasta je la.. orang pun sikit jek.
Korang pratikkan ok..!

Thursday, January 20, 2011

(TIPS) Blogwalking- Kaedah Nak BW dengan Efektif

Salam dan selamat malam korang..


Blogwalking? Mesti semua bloggers dah memang biasa dah nak terjah blog2 orang lain. Macam yang korang dah tahu, aktiviti blogwalking merupakan penjana signifikan kepada peningkatan visitors blog dan followers di blog masing-masing. Tapi bukan semua orang yang tahu cara nak ber-blogwalking dengan betul dan efektif. Ok, entry kali ni, Az nak bagi sikit tips-tips yang boleh korang pratikkan demi untuk faedah bersama.

Tips #1- Gunakan rumah blog


Mesti korang rasa leceh nak cari satu-satu link blog yang korang mahu visit tu. Oleh itu, korang boleh gunakan rumah-rumah blog yang menghimpunkan koleksi-koleksi blog. Senang sikit nak klik blog mana yang kita berkenan tu hanya berpusat di satu page sahaja. Contoh rumah-rumah blog yang terkenal skang ni ialah BLOG LARIAN. Kat situ saje, dah ada hampir 1000 lebih blog yang boleh korang lawati. Kepada blogger yang tak daftar lagi BLOG LARIAN tu, amat disarankan agar join benda tu.

Tips #2- Letakkan Chatbox kat blog


Software shoutmix/cbox memang berguna untuk memudahkan korang berinteraksi dengan visitors blog korang. Visitors jugak boleh meninggalkan jejak diorang kat situ. Visitors lebih prefer berinteraksi dekat shoutmix berbanding ruangan komen yang kadang kala melecehkan tu. Bagi blogger yang belum letak lagi software tu, korang boleh dapatkan kat sini (SHOUTMIX) atau sini (CBOX). Chatbox mana satu lebih baik? Dua-dua pun okey. Kalau Shoutmix sesuai bagi blogger yang nak kasi chatbox dia fancy sikit meanwhile cbox lak sesuai untuk chatbox yang simple dan kemas.

Tips #3- Cara penulisan shoutmix/cbox


Cara penulisan kat sini pun amat penting, sebab ianya berkait pasal first impression orang kat personaliti  kita. So, penggunaan ayat/perkataan yang baik dan sopan DAN TAK BERUNSUR PAKSAAN perlulah dipratikkan sentiasa. Berikut contoh penggunaaan ayat chatbox yang kureng hajo dan tak boleh diamalkan:
  • 'eh, aku BW sini kejap', 
  • 'Nak suruh i follow blog u, follow mine first',
  • 'BW. Visit back!', atau
  • 'I follow u, follow me back-lahh!" 
Ayat2 kat atas tu, perlulah dielakkan okey, amat tidak sesuai. Korang perlu gunakan ayat yang lebih sopan dan boleh membuatkan blogger tu macam nak follow balik je blog kita tu walaupun blog korang ntah ape-ape. Contoh2 ayat yang appropriate ialah: 
  • 'Hye there.. jenjalan kejap kat blog gempak ni.. i suka lah blog u ni', 
  • 'Jenjalan kejap kat blog ni... Wish u have a nice day today..!'
  • 'suka sangat visit sini, this blog is awesome! keep it cool okeyh', atau 
  • 'salam.. singgah kat blog ni. keen to know your story.' 
Kan lebih okey tu? Blogger tu pun sejuk hati baca.. Dan yang paling penting, perasaan saling membenci/sakit hati ke ape lagi tak timbul.

Stakat tu je kot tips yang boleh Az boleh bagi kat korang. Ingat tu, kalau nak BW pun, ada caranya tersendiri. Bukan main hentam je ok. Az harap korang boleh pratikkan tips-tips kat atas tu, untuk kebaikan korang jugak.

Monday, January 17, 2011

At last, I got the tawaran SBP..!!! Thanx GOD...

Salam dan selamat malam korang...

SBP is the abbreviation of Sekolah Berasrama Penuh.*alah, semua orang tau laa*. Sebut je sekolah tu, mesti semua orang akan terbayangkan budak-budak nerd atau nama saintifiknya skema yang menjadi penghuni tetap sekolah tu kan. Oh ya, mesti terbayang jugak kehidupan di asrama, yang di mana diibaratkan 'penjara kecil' sebab diorang hanya mendapat kebebasan yang terhad. Kalau korang dapat tawaran SBP ni, kalau korang la... korang nak pergi tak? Nak tak??

Ok, ini point asal entry ni...

the moment of truth..  *lakonan semata*

Masa sampai kat rumah dari sekolah petang tadi, terus check mailbox rumah. Tengok2, ade satu envelope warna putih, bersaiz besar. Check nama, surat tu untuk aku, Amal Azraai Azuha. Yang buat aku jadik eksaited tak tentu hala, aku tertengok kat corner kanan seksyen bawah envelope tu, tertulis 'pihak SBP'. Fikir gak, nape cepat sangat result SBP ni sampai. Lama kan dia nak cakap apply aku di-rejectedkan ke ape. So, apa lagi, dengan feel berdebar+eksaited, terus koyak sampul tu dan sehelai kertas menjengah keluar. Aku pun baca lahh.. 

the anticipated envelope. *clone stamp tool banyak bantu
remove pimple ah*

Baca satu-satu huruf perkataan kat kertas tu, tak kelip-kelip kot. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat di SMS Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman. Fuhh, hilang habis kedebaran jasmani. Dalam jangka masa 2 milisecond camtu, terus benda ni  langsung lalu-lalang kat minda- WEH, AKU NI NAK PERGI KE TAK HAH? Seriously, aku tak sangka aku dapat kat sini. Kat Jitra lak tu. Aku tak pernah pergi lagi kat sini, tapi kalau Aloq Setaq tu dah biasa dah. Lagipun, skolah tu sekolah baru lagi. Best tak ehh?


Konklusinya, aku harap aku dapat buat keputusan yang tepat & bernas. Kalau pendapat korang camner pulak eh? Anyway, syukur sangat kat Allah almighty for giving me this golden oppurtunity. Oh ya, nanti entry yang seterusnya aku akan hurai sikit sebanyak pasal SBP ni dan pandangan JUJUR aku pasal ni. 

That's all. Your comment is highly appreciated!


Tahniah jugak kat kengkawan aku yang dapat tawaran SBP ni. Yang dimana kesemuanya ialah LELAKI... Meh nak introduce sikit ni. Yang lain, tak tao la pulak. Mungkin 2,3 hari lagi sampailah surat tawaran tu.

Sharman Faiz- STAR, Ipoh
Rasydan Rafee- STAR, Ipoh
Adli Akli- SMS Muar, Johor
Luqman Al-Hakim- SMS Machang *paling dekat*
Amirul Ihsan- SMS Machang
Naqib Faiq- SBPI Kuantan, Pahang
Yuszaidi- SMS Kubang Pasu, Jitra
Naqib- SBPI Kuantan, Pahang
Aliff Mukhlis- SBPI Pekan, Pahang..


KORANG NAK PERGI KE TAK EHH?