Wednesday, January 05, 2011

Aksi Budak Sekolah Form 4 @ 1st week of school

Salam dan selamat petang korang..

letak pic tuan punya blog  itu perluu

Eh eh, lama gak rasenye aku tak bukak blog nih. Alasan? Sedang busy studi BIOLOGY mungkin jadik salah satu faktornya. Sebab rajin studi BIO???! Sila baca selanjutnya guyz...

Aku sebenarnya nak update blog sejak 1st day kat skolah lagik. Tapi aku tengok mase tu, habis blog budak sekolah yang aku follow tu tengah membobel pasal diorang punya cerita 1st day kat sekolah diorang majoritinya. So, kalau korang tengok semua orang dop tulis pasal tu, mesti korang dah tak nak baca entry 1st day aku kat blog aku kan? Sebab mesti ceritanya same je kan? Oleh itu, aku tulis pasal 1st week aku kat sekolah lah. Set?

yeah! semangat orientasi

Muka mengantuk+boring+eksaited+blurr.
*pakej lengkap ada di sini*

Bebudak form 4 SMIP masa mula-mula tu, masih takleh masuk kelas lagi. Ade orientasi khas untuk bebudak form 4. Sebut je orientasi, mesti korang terbayangkan cikgu-cikgu sedang mombobel perkara yang sepatutnya dibobelkan. Memang macam tu pun orientasi kali ni. Lepas satu cikgu ni, cikgu tu lak. Tapi takdela cikgu tu membobel pasal blog budak pt 790 ni pulak kan. Cikgu tersebut merangkap guru-guru  yang mengajar subjek Form 4 yang menerangkan perihal subjek seperti Biology, Information Technology, Rekacipta dan Prinsip Akaun. Walaupun kitorang tak paham seratusperatus pasal pebenda tu, kitorang pun terpaksa dengar laa jugak. 

Haaa, tak ingat nak cerita.. Start tahun ni kat sekolah SMKIP, semua calon SPM hanya diwajibkan untuk mengambil 9 subjek je berbanding tahun terdahulu, iaitu sebanyak 10 subjek. Berikut merupakan subjek yang  SMIP tawarkan untuk SPM 2012 nanti:

Subjek Teras
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik Moden
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Pendidikan Agama Islam
  • Sejarah
Subjek Elektif:
  • Biologi
  • Reka Cipta
  • Informasi Teknologi
  • Prinsip Akaun
Jadi, kitorang wajib kena ambil 8 subjek teras tu dan 1 lagi subjek elektif. Jadi 8 + 1 = 9 subjek semuanya. Kesan langsung? Habis bebudak form 4 tak tentu hala dibuatnya sebab kitorang kena pilih salah satu subjek elektif tu. Macam cikgu cakap, kalau nak ambil Bio, peluang kerjaya kita akan meluas. Nak jadi ape nanti besar nanti, semua boleh ah. Kalau ambil RC & IT, kitorang senang nak skor A nanti SPM nanti sebab 50% markah datang dari kerja khursus. Kalau PA lak, kita boleh senang-senang nak dapat A+ sebab kita hanya perlu faham konsep dan tanpa melakukan pengiraan yang kompleks. 

SO, MANA SATU IDAMAN KALBU??

Idaman kalbuku sudah tentulah subjek elektif  BIO...! Sebab? Mudah je.. Ist, aku nak peluang kerjaya aku ada banyak cabang. Senang sikit nak cari kerja lepas SPM karang. 2nd, aku takmo berpisah ngan kengkawan aku kelas Rusyd dulu. Dah enjoy giler ngan kengkawang kelas dulu.  Dan 3rd, aku tak minat buat banyak kerja khusus sebab konpem aku akan buat last-last minute dan hasilnya takde laa bagus sangat pon.
Ok, keputusan aku dah takde nak ubah dah, memang konpem muktamad sahih yakin bahawasanya aku akan ambik BIO..

ni sampai duduk atas lantai pikir nak ambik yg mane
*eh, teka-teki...sape tu  ehh?*

Tapi kan, tak sangka lak ramai bebeno bebudak form 4 SMIP ni yang nak ambik Bio.. Ade la dalam 100 orang lebih. Padahal kelas yanng diperuntukkan untuk subjek BIO hanya tiga kelas je. Takkan la 1 kelas tu nak ade 40 orang lebih satu kelas kot? Aiyooo, nehi he..! Kalau camtu gak, terpaksa la kitorang kena belajar atas padang jawabnya. *di samping turut sama merasai suasana belajar di sekolah tidak berbumbung macam di Ghana. Kan kan?* So, cikgu ambik tindakan dengan melakukan perang saraf dengan mengatakan bahawa subjek Bio merupakan subjek yang amat though dan perlu penekanan yang maksima. Tengok-tengok, takde sesiapa pun yang tarik diri dari kelas BIO. Eheh? Semangat ber-BIO memang kental lah korang..! SMKIP rockz! Hidup BIO! *semangat Bio tinggi*

cikgu PK HEM

Tapi kejap.. Nak promote SMIP kejap ni. Tadi slot visi dan misi sekolah yang dikendalikan oleh Puan Siti Hawa (PK Pentadbiran). Cikgu ade ucap congrats gak kat kitorang  sebab result PMR 2010 SMIP telah berjaya menempa sejarah sekolah sebagai keputusan paling cemerlang dalam sejarah penubuhan SMIP. Wah wah, bangga giler ahh sekejap kitorang dengar pasal benda tu. SMIP berjaya memperoleh seramai 87 orang pelajar yang berjaya mendapat straight A's daripada 187 pelajar (87/187) dan berjaya mendapat gred purata sebanyak 1.13, tempat kedua di belakang SMS Tengku Faris. Seriously, kitorang pun tak sangka result PMR 2010 akan jadi sebegitu gempak! Ok, ni top 7 school dalam PPD Kota Bharu exam PMR 2010:

  • SMS Tengku Muhamad Faris Petra (1.09)*
  • SMK Ismail Petra (1.13)
  • SMK (A) Melor (1.15)
  • SMK (A) Naim Lilbanat (1.17)
  • Maktab Sultan Ismail (1.17)
  • SMK Zainab 1 (1.19)
  • SMK Dato' Ahmad Maher (1.23)
Remark : (*) Gred purata sekolah

Oh ya, buke feveret dikala takmo dgr ckgu bercakap kat depan
(bukan nak promote sang illuminati & freemason tuh)

Lepas tu, kitorang pun dibahagikan kelas mengikut subjek elektif pilihan. Sebut punya sebut satu-satu nama, gelisah + eksaited pulak jadinya. Aku takmo studi kat kelas selain kelas 4 Ibnu Hayyan sebab cikgu kelas tu memang best-best blake dan majoriti geng aku pun studi dalam kelas tu jugak. Then, bila cikgu umum nama aku sebagai student kelas 4IH, memang hepi tak hengat dunia punya lah. *mujur jugak cikgu sebut nama aku betul, kalau tak konpem seratusduaplohlima peratus malu* Lepas tu, aku berkejar tak cukup tanah nak pergi kat kelas aku tu, iye lah, nak berebut seat paling depan dalam kelas. Lari punya lari plus berebut dengan orang lain jugak, at last aku manage dapat seat row-2. It's okay, not bad-lahh meja tu..

4IH! no more IR!
reserved! no trespassing!

So, hari Khamis ni sesi P&P akan bermula. Eksaited giler nak belajar balik lepas retired sekejap lepas PMR hari tu. Harap2, aku dapat catch-up semua subjek form 4 ni dengan baik dan insyaallah, aku nak lintas budak-laki-paling-super-genius-yang-susah-nak-lintas-sejak-form1-tu lahh. *yang jugak musuh ketat aku yaa*. Eheh, ingat aku ni tak mampu ke nak lintas ngko tu Paih wei...? Aku akan struggle gila-gila punya..!

muka budak amik BIO.. eheh? what?!

Okey, stakat tu je lahh. Takmo tulis entry cecah siling, bukan korang berminat sangat nak baca bobelan ntah ape-ape aku ni kan? 


INSIDEN AKU & PKP SMIP *wajib baca!*

Tadi, masa nak pergi solat Zohor kat masjid sekolah, aku terserempak dengan PKP SMIP ni. Dan aku telah....... (sila baca diolog tersebut)

Cikgu: Eh, amal nak pergi mana lepas ni..?
Aku: Oh, nak pergi surau, nak solat zohor. Lagipun dah nak azan kan?
Cikgu: (ketawa)
Aku: Terpaku.. (eh, aku ade salah cakap ke? aku ada cakap nak pergi solat jenazah ke pulok?)
Cikgu: Maksud cikgu, nak pergi ke sekolah SBP & MRSM nanti dapat tawaran tu?
Aku: Eh eh, ingatkan ape lak. (nak gelak giler time tu, tapi cover la wehh). Saya ade apply SBP & MRSM, tapi tak sure nak pergi ke tak lagi. Tengok laa dulu, cikgu.
Cikgu: Kalau macam tu, okey lah.
Aku: Okey, saya pergi dulu.. (telinga dah merah dah kot)

So, pengajarannya di sini, korang kena peka betul-betul dengan soalan cikgu tanya. Nanti tak pasal dapat buat lawak depan PKP free-free kang!

8 comments:

sang sepet said...

lucu amal , nyoe wax saloh bulih ng chegu siti hawa :))

Amal Azraai Azuha said...

sang sepet = ho tu lah pasal.. malu giler! dohla PKP tuh..

AD. said...

yeah,itu gambar candidku.
ahaha.
and the last thing is,tahniah ambik bio.grr,nak sgt masuk kelas hayyan.tapi tak tercapai (:

Amal Azraai Azuha said...

wah wah, AD cam eh??

oh, adnin pun.. PA pun okey ape. anyway, gud luck 4 ur form 4 life okeyh??!

nur@rr@!n said...

aik..amal..kakak ni ex student smip..
spm 2010..thun nim 8 sbjek je??
cmne PA blh ade kt smip??heran lah...
btw..nice blog..

Amal Azraai Azuha said...

oh, SPM 2012 nanti ade 9 subjek maksima jer. dah takde 10 subjek dah. yg PA tu tahun 2011 baru start, jadi bebudak smip ade 4 pilihan la untuk SPM diorang.

Paper elektif:

Biologi
Prinsip Akaun
Reka Cipta
IC

Camtu ahh kak

nur@rr@!n said...

wahh..seriously kakak jeles laa..
waaa...hr 2 x bg amik pa...nk amik sbg subjk tmbhn pn x leyh..mmg sengetla..
huhuhu..merajuk r cmni...jeles2...

Amal Azraai Azuha said...

jeles? alah, takpe ahh.. janji boleh kan..?