Monday, January 31, 2011

Bila geng Rusydian's ambush ayam punya reban

Salam & wish u all an awesome day, readers!

pic cover entry

Awat title tu pelik sangat hah? Ade orang buat group tour kat reban ayam pun nak kecoh ke? But for sure, entry ni takde mengena langsung ngan blog Ayeem Ayam tu. Nak kata ayam skang ni mahal dedo-oh (bahasa kelantan- sangat) sampai kitorang kena ternak ayam sendiri pun tak jugak actually. Okey2, juz move on to the topic, dude!

Yesterday, (30.1.11) geng Rusydian's organize satu farewell party khas untuk bebudak 3 Rusyd 10' yang telah direject dari SMIP akan melanjutkan studi diorang kat SBP masing2. Ade 6 orang student yang dapat golden offer tu, termasuklah Az sendiri dan semua yang dapat tu ialah LELAKI sahaja! Face the fact babe, SBP dah crowded ngan pompuan. Dah tu, kitorang ambik decision nak celebrate kat KB Mall. *sigh ~ lagi2 KB Mall, tak hade tempat lain lagi ke??!* Boring betul.. Tapi nak buat camner, mall xclusice macam Pavi tak hade kat sini okey...

SKUPArian & STARian-to-be lah ni eh?
rusydian's gurlz
diorang lagik

Initially, kitorang decide nak celebrate kat A&W. Tapi tengok2, kedai tu dah permanently closed! Tak laku kot A&W kat sini. Ok, tak hape, geng Rusydians, move on to The Chicken Rice Shop! *ok, nilah reban ayam yang dimaksudkan tu* Oh ya, before tu nak cakap 18 orang geng Rusydians datang kat party tu. Lagi 6 orang tu gerabak kereta api diorang terputus lokomotif kot, sebab tu takleh datang.

yee sing kan? ke hape..? tak pernah makang pong

main menu.. kasi besao sikit pic nih

the rusydian's boyz
Jadi kiranya geng kitorang ni memonopoli 30% section kat kedai tu. Anyway kan, orang pun tak ramai kat sini mase tu. Datang je waitress tu, semua orang sunyi menyepi nak order hape. Tak biasa lahh makan kat sini, sebab Mc'D yang selalu jadik port kitorang kebiasaannya. Order je la makanan kat menu tu, makanan yang tak pernah dengar + tak reti sebut pun pakat tabai order jek.

muka hepi dapat masuk reban ayam

tetamu undangan sorang tu

Last2 order gak 3 family fiesta sets, dalam 6 lauk satu set. 18 orang makan, cukup ahh tu. Oh yaa, Az enjoyed meatball soup and golden chicken wing giler bebeno! Best ohh..! Az rekomen korang try okey kalau korang  singgah kat TCRS ni. Makan punya makan, ingatke habis semau lauk2 tu, rupanya masih banyak yang berbaki. Kes lauk ter-over order lahh ni. Yang paling orang tak sentuh lak, kangkung celur. Mengada betul takmo makan sayur. Nanti constipation kang, sayuran hijo jugak yang menjengah di minda masing2 kan?

ehh eh ni kes suap menyuap lakk eh?

meh sini... kang tercocok hidong kang

Time bayar, takyah risau pun sebab 100% pembiayaan ditanggung secara total oleh duit kelas tahun lepas yang masih berbaki tu. Kitorang habiskan 300++ hinggit saje untuk makanan. Yang lagi lebih tu kitorang buat beli kek SR sebijik. Name hape ntahh, 80 hinggit sebijik. Furthermore, kek tu pun sedap giler dude! Dalam 10 bijik jugaklah ade strawberry dalam satu slice tu besar gedabak tu. Biar time tu muak giler pon, proses menyumbat kek tu ke dalam perut still berlangsung dengan jayanya.

rakus giler tengah mixing ying sang tu.  tp makan tak habis lak!

kek! cake! SR!

potong2.. jangan sampai hanco sudahh

Pastu, dah makanan dalam perut kat tahap maksima, kitorang dah ready nak tawaf satu KB Mall. Masuk lepas masuk satu kedai, snap pics sana sini. Yang tak tahan, masa tengah snap pics kat fitting room Pacific tu, kak selesgirl sorang tu tetiba sound kitorang dengan kureng hajonya. Dialog dia cam kurang camni ahh:

"Ehh, sini buke tempat ambik gamba, tapi gak tempat ore nok try baju. 
Nok gi ambik gamba gi ambik taman nuhh"

Pastu kitorang terus blahh.. Malu ohh! Tapi kitorang still ketawa riang. Tapi kat fitting room situ pun takde sorang pun nak try baju. Lagi satu, cakap ahh elok2, kitorang paham ehh. Lagipun kitorang ni bukan nak mencuri ke hape, tapi sebab cermin2 besau kat situ amat tempting untuk diresist-kan. Dahla lust nak bergambar menebal dalam diri jasmani masing2. Nak buat macam mana kan? Okay, boycott Pacific KB Mall..  Salesgirl ntah hape2. *boycott la konon, padahal pasang impian nak kerja part-time kat sini jugak kan?*

pacik interframe lahh

ni muka before kena sound tu

dan lepas kena sound.. *takde beza kan?*
Kat ground floor tu, Nikon ade buat promotion. Sempat gak jugak nak merasa pegang Nikon D7000. Salesman tu tak habis2 promote Nikon punya DSLR. Sebar propaganda Nikon terbaik, tapi Az tetap suka ngan EOS tu. Elehh, kalau guna Nikon D3X skali pon, kalau pakai mode auto je memanjang, tak okey jugak kan? *eh eh Nikon D3X nan hado mode auto lahh*. Pastu pergi jenguk kat Ginza kejap, nak cari DVD Games baru. Sempat gak beli 3 disc. Bajet nak main tengah cuti. Orang bizi packing baju nak pergi SBP, kite ralit mengadap PC.

rooftop.. nape sepet nih?

nak jugak budak nihh eh??

the jamban's camewhore

Dalam jam 5 petang camtu, sorang-sorang dah mula beransur nak balik. Anyway, Az enjoy giler2 hari ni sebab party ni memang happening! Korang rockz okeyh! Macam KB Mall tu kitorang yang punya nak melalak sakan bagai. Mungkin gathering cenggini dah tak boleh selalu buat dah sebab budak SBP pun balik 5 kali setahun jek. Anyway, thanx for everything guyz!

3 IBNU RUSYD 2010,
forever and always...!

Ok, stakat tu je kot entry kali ni.. Gong Xi fa Cai!

8 comments:

amy azuha said...

nak cheesecake sr sebijik weh!

Amal Azraai Azuha said...

Amy = Lorh, sy belanja awok MC'D checken spcy mc duluxe tok cukup lagi ke?

Sarah-rah-rah said...

ya Allah kebulurrrrrrr :P

Amal Azraai Azuha said...

kebulur?? tu laa pasal

mai meowmeow said...

mau itu cake :D

Amal Azraai Azuha said...

mai meeowmeow = nak kek? kat SR ade byk lagi

sicomot-comel said...

wah,,,happening giler ek korang..

huhu..

siap kena sound tu xleh blahh..keh3

Amal Azraai Azuha said...

sicomot comel = tu laa pasal, yang tak tahan kena sound.. spoil mood kitorang jadiknye