Wednesday, January 12, 2011

Bila definisi "BLACKBOARD" di salah erti, malu free menjengah ke sanubari

Salam dan selamat malam korang.. *takyah kisah title blog yang ntah ape2 tu*

Blackboard? Ye, kalau cari dalam dictionary Oxford, maksudnya papan hitam. Benda yang memang banyak berjasa kat kitorang masa kat sekolah tu lah yang jugak jadik port alternatif nak serlahkan bakat seni terpendam dikala cikgu tak masuk kelas. Tapi ada la pulak budak sorang tu, dia tak kenal blackboard ni apeke benda ntahh. Nak cakap dia ni orang pedalaman a.k.a orang asli pun, tak boleh cakap camtu jugak. Sebab skang ni pun orang asli study guna projector LCD, celik ICT lagi. Tak caya? Korang boleh booking tour ke kampung orang asli kalau nak, pakej 3 hari 2 malam. Kalau booking group lagi murah.

Tapi siapa lak budak yang dimaksudkan tu eh? Em, sape lagi kalau bukan tuan punya blog BUDAK PT 790 ni...! *aku lah tu*. Memang patut pun aku kena balik study sekolah rendah balik, sebab benda camtu tu pun taktau pebendanya. Nak tahu apa kaitannya blackboard ni dengan aku?? Meh baca lagi, meh..

Masa tu, dah baliksekolah  dah. Aku ngan 2 orang kengkawan aku tu, Qman & Amyn tak balik lagi. Kitorang duduk kat port biasa kitorang lah, meja kerusi batu kat area depan pagar SMIP tu. Lepas tu, aku terjumpa satu batang kapur tulis kat bawah kerusi. Warna biru laut camtu, punya lah eksaited tak tentu pasal jadi. Kat sekolah aku ni pun, kapur tulis kitorang tak guna sebab 100% kelas2 kat sini guna whiteboard + marker. Dah lama jugak tak nampak kapur tulis ni, aku terus ambik. Pastu aku terus asyik conteng meja batu kat situ tuh dengan penuh komited sekali. Tulis lukis je pebenda yang lintas dalam kepala aku ni. Pastu, kengkawan aku ni pun tanya benda:


'artwork' meja batu

Qman: Eh, sekolah kita ada blackboard tak?
Amyn: Ntahh ahh.. Eh amal, sekolah kita ade lagi eh blackboard?
Aku: *masa tu ralit giler tengah conteng meja* Blackboard? Ape tuhh? (kerut2 muka)
Qman & Amyn: Hehh, blackboard?? Tak kenal ke? (muka naik heran)
Aku: Benda ape tuh? Baru ada kat skolah kita ke? Tak tau pun..
Amyn: Laaaa! Blackboard a.k.a papan hitam  tuh laa!
Aku: Papaaaaaaaan hitammmmmm??! Hahaaaaaaaaaaaaaaaaaah!!!! *seantero area sekolah dengar kot aku gelak sakan time tu*

Seriously, aku tak terlintas langsung pun blackboard tu papan hitam. Aku ingatkan diorang sebut pasal Black Box. Alah, mesin berpetak warna oren yang ada dalam airplane tu. *aku tengok Air Crash Investigation, so aku kenal la benda tu*. Tekan sini kalau nak tau info  pasal black box ni. Aku pun fikir gak, camne la pulak ada black box kat skolah aku ni? Tak pasal malu free. Mungkin aku kena repeat exam standard 1 balik lah. Ade sekolah rendah nak terima ke aku tak? *baiki listening skill juga perlu kot*
BLACK BOX- nilah benda yg aku fikir masa tu


kat section ekor ada lah benda ni

So, pengajaran hari ni : Walaupun korang gembira giler macam orang banjir dapat makan putu halba, *kalau kes aku jumpa kapur tulis la* jangan lak tak peka dengan benda sekeliling okey.. Dan aku jugak harap cikgu disiplin tak cari aku sebab conteng meja batu tu..


Sekarang ni, aku bimbang betul laa.. Sebab ada sorang cikgu ni ada mentioned pasal blog seseorang pelajar sekolah aku ni. Cikgu tu klasifikasikan blog tu as "BLOG KOYA (POYO)". Em, kalau nak kira, banyak betul bebudak sekolah aku ni yang ada blog.  Tapi yang mana satu?

Korang rasa blog aku ni POYO tak?

Ikhlas cakap... Tak marah ehh...


6 comments:

AD. said...

Haha,kelakar amal :p jauh smpai black box.

AD. said...

Haha,kelakar amal :p jauh smpai black box.

Amal Azraai Azuha said...

AD = tu lah pasal.. blackboard bukan black box

Amal Azraai Azuha said...

AD = BTW, nape AD comment 2 kali ni?

mimi said...

tak blog kau x poyo.brbnding aku.hahahah

Amal Azraai Azuha said...

MIMI = oh ye eh? kalau camtu, mimi bolehla buat entry pasal PAJERO ku!