Wednesday, January 26, 2011

BERITA TERKINI!!! Sebijik tahi bintang didapati terhempas di sebuah sekolah menengah di pusat bandar Kota Bharu..!!

Salam dan selamat petang korang..

Korang percaya tak ade tahi bintang atau bahasa sanskrit saintifiknya asteroids jatuh terhempas gedebuk  betol-betol kat dalam area sebuah sekolah kat tengah2 pusat bendar KB?Pekesni? Sekolah mana tu? Ade orang patah hidung ke? Sempat lagi  tak nak buat wish? Awat Michelle wartawan melodi tu takmo kecoh-kecoh pon???  

Anyway, korang percaya tak ni? 
Meh Az nak cerita..


Skang ni pun, cuaca tetiba berubah. Angin laju bertiup kuat giler semacam ahh, tapi taklah sampai taraf taufan katrina tu yang boleh lucutkan kain korang tu eh. Sekolah tu lak, tak lain tak bukan, sekolah Az sendiri, SMKIP. Sambil tu boleh promote sekolah ni kejap kan?

Masa tu, geng Az, kitorang bebudak 4IH pergi study Physic kat lab.*geng skema okey, tak ponteng* Pastu tetiba angin yang laju giler datang sampai menerbangkan penutup tangki air yang bermastautin kat bumbung jejantas tu. Tudung penutup tu melayang-layang sampailah jatuh kat atas kerusi batu dengan disertakan bunyi kuat berdesibel 100db++! Habis terkejut berok student sama cikgu. Yang spesis melatah tu, alhamdulillah laa takde kat sini. Even Az yang bizi dop ukur test tube punya diameter pakai micrometer screw gauge dalam lab fizik pun terkejut beruk dibuatnya. *oh yaa, test tube tu pecah.. sori sori cikgu Mat Junoh.. tak marah kan?*


Penutup tu landing tepat kat atas kerusi batu kat tepi kelas 4IH. Kalaulah angin bertiup lebih laju, mahu tak kena tingkap, kalau takk, confirm masuk berita esok pagi. Tak pasal masuk news headline "budak smip   pecah buntut dihempap penutup tangki air". Nauzubillah, takmo laa kan. Dalam kelas tu lak, masa cikgu Wahab mengajar, tak berhenti berselawat tahmid syahadah takot-takot tangki air sendiri yang melayang karang..


Eh eh mesti korang keep guessing naper Az kata pentutup tu tahi bintang? Cuba tengok kat situ, kan ade bentuk bintang tu? Sebab tulah, Az klasifikasikan menatang hitam tu as 'tahi bintang'. Kalau tahi bintang yang real punya jatuh kat situ, dah jadi arwah rasanya semua geng 4IH ni. Takde sempat dah nak buat wish ke hape lagi dahh.


"SEKIAN DARIPADA SAYA, KITA KEMBALI KE ANGKASAPURI"


8 comments:

amalia izzati said...

perghh bahaya tuh! lia tak tau lah sbb kite blog lain. hihi.

Amal Azraai Azuha said...

tu laa pasal, mujur sangat tak jadik ape2

Cuteful DayDreamin said...

amal2,, naper la bagi test tube tu pecah,, hahaks~
xD

Amal Azraai Azuha said...

ntahh ahh, clamp kuat sgt kott

Amirah Idris said...

sungguh byk tokok tambah dlm entry ini

Amal Azraai Azuha said...

oloh, ss namo mirah tok mention dlm entry ni kato byk tokok tambah slaluu

LINA IZZATI MUHAMMAD said...

banyak betul tokok tambah nye. ish3! :D

Amal Azraai Azuha said...

comment pertama dari lina izzati