Thursday, January 20, 2011

(TIPS) Blogwalking- Kaedah Nak BW dengan Efektif

Salam dan selamat malam korang..


Blogwalking? Mesti semua bloggers dah memang biasa dah nak terjah blog2 orang lain. Macam yang korang dah tahu, aktiviti blogwalking merupakan penjana signifikan kepada peningkatan visitors blog dan followers di blog masing-masing. Tapi bukan semua orang yang tahu cara nak ber-blogwalking dengan betul dan efektif. Ok, entry kali ni, Az nak bagi sikit tips-tips yang boleh korang pratikkan demi untuk faedah bersama.

Tips #1- Gunakan rumah blog


Mesti korang rasa leceh nak cari satu-satu link blog yang korang mahu visit tu. Oleh itu, korang boleh gunakan rumah-rumah blog yang menghimpunkan koleksi-koleksi blog. Senang sikit nak klik blog mana yang kita berkenan tu hanya berpusat di satu page sahaja. Contoh rumah-rumah blog yang terkenal skang ni ialah BLOG LARIAN. Kat situ saje, dah ada hampir 1000 lebih blog yang boleh korang lawati. Kepada blogger yang tak daftar lagi BLOG LARIAN tu, amat disarankan agar join benda tu.

Tips #2- Letakkan Chatbox kat blog


Software shoutmix/cbox memang berguna untuk memudahkan korang berinteraksi dengan visitors blog korang. Visitors jugak boleh meninggalkan jejak diorang kat situ. Visitors lebih prefer berinteraksi dekat shoutmix berbanding ruangan komen yang kadang kala melecehkan tu. Bagi blogger yang belum letak lagi software tu, korang boleh dapatkan kat sini (SHOUTMIX) atau sini (CBOX). Chatbox mana satu lebih baik? Dua-dua pun okey. Kalau Shoutmix sesuai bagi blogger yang nak kasi chatbox dia fancy sikit meanwhile cbox lak sesuai untuk chatbox yang simple dan kemas.

Tips #3- Cara penulisan shoutmix/cbox


Cara penulisan kat sini pun amat penting, sebab ianya berkait pasal first impression orang kat personaliti  kita. So, penggunaan ayat/perkataan yang baik dan sopan DAN TAK BERUNSUR PAKSAAN perlulah dipratikkan sentiasa. Berikut contoh penggunaaan ayat chatbox yang kureng hajo dan tak boleh diamalkan:
  • 'eh, aku BW sini kejap', 
  • 'Nak suruh i follow blog u, follow mine first',
  • 'BW. Visit back!', atau
  • 'I follow u, follow me back-lahh!" 
Ayat2 kat atas tu, perlulah dielakkan okey, amat tidak sesuai. Korang perlu gunakan ayat yang lebih sopan dan boleh membuatkan blogger tu macam nak follow balik je blog kita tu walaupun blog korang ntah ape-ape. Contoh2 ayat yang appropriate ialah: 
  • 'Hye there.. jenjalan kejap kat blog gempak ni.. i suka lah blog u ni', 
  • 'Jenjalan kejap kat blog ni... Wish u have a nice day today..!'
  • 'suka sangat visit sini, this blog is awesome! keep it cool okeyh', atau 
  • 'salam.. singgah kat blog ni. keen to know your story.' 
Kan lebih okey tu? Blogger tu pun sejuk hati baca.. Dan yang paling penting, perasaan saling membenci/sakit hati ke ape lagi tak timbul.

Stakat tu je kot tips yang boleh Az boleh bagi kat korang. Ingat tu, kalau nak BW pun, ada caranya tersendiri. Bukan main hentam je ok. Az harap korang boleh pratikkan tips-tips kat atas tu, untuk kebaikan korang jugak.

10 comments:

AZRUL AZMI said...

i'm doing the same things before but it not effective anymore....

Amal Azraai Azuha said...

never give up, bro..! when there's a will, there's a way..

najwa's said...

ye, kalo letak 'guestbook' oke jugak kan?

Amal Azraai Azuha said...

najwa's =

okey jugak, tapi tak ramai sgt org guna yg tu berbanding dengan cbox/shoutmix..

Sophie Al-yahya said...

PANDAI!

betul2.akak suke shoutmix. sebab dah ade details. tak payah nak add in lagi nama url sume tuh. =)

Amal Azraai Azuha said...

betul jugak.. kadang2 cbox tu leceh jugak. kak sophie punya shoutmix nama 'jejak kasih' eh? ingat lagi..

Cuteful DayDreamin said...

tips yang amat bagus~!
i LIKE it~!!
=D

Amal Azraai Azuha said...

cUTEFUL dAYDREAMIN = Farhan pratikkan erk, untuk kebaikan semua

zey said...

ok, tips yang berguna.. =)

Amal Azraai Azuha said...

zey pratikkan dengan sebaiknya okey