Monday, January 10, 2011

transformasi RUSYDIAN ke HAYYANESE...! *eh eh, dah takde IR dah?*

Salam dan selamat pagi korang..

First korang baca title tu, mesti korang bermonolog sendirian bukan? Contohnya cenggini, "gapo dio pulop nasio ni dop ngepek seko nih eh?". Okey, Rusydian atau Ibnu Rusyd dan Hayyanese atau Ibnu Hayyan merupakan antara kelas yang terdapat di tingkatan 3 kat SMKIP ni. Kalau ikut ranking laa, IR kelas no.1 dan IH lak kelas no.2. Dan kitorang lak selalu BERGADUH..! Eh eh, bukan bergaduh bertumbuk bertampar tu ehh. Kitorang takde laa pulak mengamalkan prinsip gangsterisme kat SMKIP tercinta ni ya. Tapi bergaduh untuk bersaing mendapatkan skor yang lebih tinggi dalam setiap exam. Tup tup, exam PMR, tengok lebih daripada 80% pelajar dari kedua-dua kelas tersebut dapat straight A's. Okey ahh tu..


TAPI ITU DI TINGKATAN 3... WHAT ABOUT FORM 4 LAKK?


Masuk je form 4... IR dah tak ada! I repeat, dah takde dahh. Adakah ini bermaksud kitorang, Rusydian akan berpecah? Oh, pastinya tidak sama sekali. So, masuk tahun ni, hampir 85% bebudak dari 3IR dulu masuk kat kelas 4IH skang ni. So, aku rasa janggal jugak dok dalam kelas ni. Dahla masa nak tulis nama kat buku, kat area 'tingkatan', aku tertulis '4 Ibnu Rusyd'. Oh okey, ter-tambah satu kelas dengan sendirinya. Tapi takpe laa, dah title bertukar dari 'RUSYDIAN' ke 'HAYYANESE' pun tukar lahh. Janji dapat 9A+ SPM nanti. Right?

Okey, meh dengar cerita sikit pasal kelas baru ni, 4IH.



Kelas 4IH ni terletak kat blok ....... *aku tak ingat nama blok tu laa*. Ala, kat tepi bilik PK HEM dan bilik Disiplin tu laa. *agak agak kan, PK HEM & Cikgu Disiplin tak menjengok tak kat kitorang? Cermin bilik diorang gelap, so kitorang takleh nampak. Adoii, kalau cenggini dah takleh buat date la pulak.* Overall, aku suka kelas ni. Kantin dekat, toilet dekat, ko-op dekat dan ape-ape pun dekat lah. Strategik bukan? 

kerusi meja aku. hak milik kerajaan. sebelah tu Afef duduk.

Cikgu yang kitorang dapat lak memang gempak-gempak belaka lah. Semua cikgu yang mengajar bebudak 4IH ni merupakan para guru yang pro dan senior-senior belaka. Meh nak list cikgu-cikgu yang mengajar ni kejap. Bila lagi nak promote cikgu SMKIP kan?


  • BM - Pn. Khadijah
  • BI - Cik Anis Rasuna
  • MM - En. Wahab
  • MT - En. Wan Masri
  • SEJ - Pn. Zarina Mamat
  • PAI - Pn. Nik Noriah
  • BIO - Pn. Azanur
  • FZK - En. Mat Junoh
  • KM - Pn. Elani
Habis bab cikgu. Skang nak cerita pasal penghuni 4IH lak. Kitorang ada 38 orang semuanya sekelas. 38? Wooo, banyak giler tuuu! Tapi dah nak buat camner, dah kitorang kelas BIO, dan orang yang ambik BIO ni 50% dari student form 4. Yang lain tu diorang ambik IT, Prinsip Akaun atau Rekacipta tapi still kitorang satu sekolah aliran Sains Tulen ya. Kelas 4IH ni 90% daripada pelajarnya dapat straight A's baru-baru ni. So, aku harap gak masa form 4 ni, geng2 kelas ni akan ambik title pelajar terbaik tingkatan. Besides, aku suka sangat sebab 4IH ni bebudak die datang dari pelbagai kelas masa form 3 dulu. Jadi, 4 tahun tak mengadap muka sama je laa. Suka jugak dapat classmate baru, boleh buat geng. Ha, meh aku list-kan nama bebudak kelas 4IH ni kalau korang nak tahu..

  • Thaqifah*
  • Farhanah*
  • Jannah*
  • Farihah*
  • Najihah*
  • Izzaty*
  • Normiza*
  • Fatini*
  • Syamimi*
  • Fara Syakira*
  • Hazwan
  • Amin
  • Afeef* 
  • Amal Azraai
  • Imran Faiz*
  • Fahim*
  • Amirul Ihsan
  • Luqman Al-Hakim
  • Syahila*
  • Khalila*
  • Amirah 
  • Lina Izzati
  • Hamimi
  • Atiqah
  • Quratu'
  • Syazwani
  • Adli Akil
  • Mustaqiim*
  • Azira
  • Suhada
  • Izyan Nasuha
  • Syaheera
  • Siti Atikah
  • Hanis Nabila
  • Suffian*
  • Safwan*
(* - classmate baru)

Sepuloh...tiga...lapan... Oh okey, dah cukup kot ahli-ahlinya. Time kitorang study, memang kitorang study betul-betul punya. Masa cikgu takde, habis seantero kelas diam membisu mengadap buku. Tapi ade la sorang dua yang bising je memanjang, tak sampai seru lagi agaknya kot. Anyway, kitorang punya studi takla tension gila-giler sangat, rilex je. Ingat cikgu Wan Masri cakap, "masa form 4, study jangan kuat sangat. Study steady jek, tapi jangan tertinggal sukatan. Nanti start form 5 karang, baru korang kena struggle gila punya." Camtulah kurangnya amanat cikgu MT kitorang tu. Buatmasa skang, homework berada di paras berjaga-jaga. Taklah sikit sangat, takde la banyak sangat homework cikgu kasi. So, skang masih boleh bergirang gembira lagi....


Aku pun tak tahu lah, sejak dua menjak ni ada gangguan sikit. Ada lah sorang dua manusia ni yang tetiba kacau aku. Dia telefon, pastu orang tu senyap tak bercakap. Lepas tu diorang akan call lagi sekali. dialog kitorang camni la :

Orang tu: Eh, helo... Amal Azraai Azuha ke ni?
Aku: Ye, saya lah tuu.. *nada sopan mula2*
Orang tu: ni ko gewe Anis tu????!
Aku: Eh, what?
Orang tu: (tamatkan panggilan)

Ok, aku mesti gelak giler bila ada pengaco camtu. Ade ke nak tanya-tanya aku ni kaple ngan sape. Banyak kali dah benda ni jadik. Tapi aku tak heran pun. Ikot suka hati diorang lah. Dahla masa tu, budak ni telefon masa aku tengah pilih baju kat Brands Outlet. Dah naik bosan, aku terus tinggal hp aku tu kat rak2 baju tuh. Lepas tu, mula lah berlari marathon dalam KB Mall dari parking lot ke kedai tu sebab baru teringat hp aku tu ditinggal kat sana. Eheh, pengaco punya kejadah..

Eh eh, sila tengok jam skang.. -0645- Tak pergi sekolah ke aku ni..? Ah, papa dah jerit kat luar tu.. Cepat2! Wehhhhhhhhhhhhhhhhhhh, mana necktie aku nihhhhhhhhhhhhh?! Sape curik?!!

No comments: