Sunday, January 02, 2011

Yeah, esok sekolah...! *Budak PT 790 ter-over excited*

Salam dan selamat malam korang...


Mesti bebudak sekolah sekarang tengah sibuk prepare bebenda keperluan sekolah. Aku pun same busy gak, tapi still masih staunch menghadap depan laptop. Feel holiday masih terpahat tertukul tercangkuk dalam minda. Biarpun holiday kali ni agak boring, feel nak kembali merasai suasana sekolah menebal dalam jasmani diri. Tapi kejap, before membobel lebih lanjut, aku list-kan benda yang kitorang dah takleh buat bila sekolah dah mula:

  • Dah takleh bangun masa matahari terpacak atas kepala.. Kena bangun at least pukul 6 pagi
  • Dah tak boleh menghadap PS2 & Games gila-giler lagik. *dalam cuti aku khatam satu game resident evil*
  • Dah tak boleh online FB & Blogger sampai tengah malam.
  • Dah tak boleh tak mandi pagi macam dalam cuti dulu *dalam cuti mandi 1 hari sekali je kan?*

Ok, dop sebut-sebut pasal preparation, korang dah cukup ke bebenda berkenaan tu semua? Nanti tak pasal pepagi buta tawaf satu rumah nak pergi cari. Ok, ni checklist bebenda barang sekolah aku:


Pakaian sekolah: Tahun ni, aku tak beli baju baru pun. Bukannya kes kurangnya penjagaan rapi dari mak bapak hatta kekurangan fulus berbelanja menjadi cause aku takleh beli baju baru. Tapi sebab aku form 4 skang, dan aku menunggu result tawaran ke SBP/MRSM. Kalau beli baju baru, dan kalau aku boleh tawaran tu, takke membazir namanya? Aku pun jadi pengawas, so baju biru takleh pakai kat skool camgitu. Ngerti? Ahah, sila rujuk entry ni jugak, section Photography & Blogging.


Beg Sekolah: Beg sekolah pun tak beli yang baru punya. Beg dulu-dulu pun masih baru sihat walafiat dan belum rosak lagi. Aku selalunya bawak beg lain-lain tiap hari. Dan beg warna koko tu feveret aku.Selalu gak bawak beg tu kat mane2. Tapi kan, aku lebih suka beg ni:

=
=
=
=
=
=


Beg plastik. Cap Mydin lagi tuu. Eh eh, tapi kan blog macikmessy tengah bising pasal penggunaan beg plastik ni. Siap berkempen lagi cik Sha kita tuh. Ok ok, penggunaan plastic bag ke sekolah PROHIBITED!

*Aku tipu je lahh, mana ade aku bawak plastic beg pergi skolah. Tapi, korang nak tak buat rekod baru?*


Alat Tulis: Yang ni dah complete blake dah. Hari tu pergi borong satu Pustaka Seri Intan nak beli benda ni semua. Nak buat camner, lepas tamat je PMR, habis alat tulis aku ghaib *atau dighaibkan* menghilangkan diri. Yang lagi tinggal pembaris dan protactor jer. Yang benda warna oren tu walkman sony. Aku selalu jugak bawak sekolah. Kalau boring-boring tu, mesti aku sumbatkan dalam telinga. Tapi tak pernah lagi kantoi ngan cikgu bawak benda terlarang ni. *tahu terlarang, tapi bawak jugak.. eish, pebenda pengawas lah aku ni kan*

Eh kejap, aku ade buat gak pemerhatian ni:


Naper eh, kalau kotak colour pencil bebudak sekolah rendah mesti ada extra notes kat section tu? Contoh notanya: "Awas, kalau korang pinjam, aku cakap kat mak tiri aku". Unik kan bebudak sekolah rendah ni? Eh, kitorang pun buat jugak benda ni dulu kan? Takpe, takpe... nostalgia zaman dulu. Eh, ada lagi ke budak besar yang masih buat extra note kotak pensel warna cenggini? Kalau ada, sila inform kat aku ye..

****************


Yang ni part sedih. *tapi takyah sedia tisu lah* Aku tak tahu nape spek (kaca mata) aku boleh patah sampai cenggini. Balik-balik rumah, bukak kotak  spek, tengok dah jadi cenggini. Mujur gak masa tu dah nak habis exam. Kalau tak, naya aku nak replace spek baru. Emm.. aku rasa kan :

  • Ade orang berdendam ngan aku kot.. Sebab tu, orang tu nak patahkan. Tapi bila lak aku tambah musuh baru ni? Buku himpunan musuh aku pun dah nak penuh dah..
  • Aku yang careless kot. Pernah jugak spek ni jatuh longkang, tertindih dan tidak dilupa jatuh tingkat dua. Mungkin lama-lama, spek tu jadi fragile.. Boleh diterima akal.
Tapi, mujur gak papa & ibu tak marah. Tadi dah buat spek baru kat Rosmadi. Anyway, tahun ni aku tak beli pape benda baru, at least aku dapat spek baru. Spek pun spek lahh. Ha tadi, papa aku buat surprise tak menjadi. Papa beli jam tangan baru untuk aku, tapi aku dah tengok dulu, siap pakai kat tangan lagi. Tengok-tengok, papa beli jam tu khas untuk aku. Ok, terpaksa buat sandiwara muka buat-buat terkejut jugaklahh tadi. Anyway, thanx a lot to my lovely ibu & papa!

spek baru..

dan jam baru..

**********

Okey, aku kena tidur awal, nanti tak pasal terlewat bangun esok pagi. Anyway, selamat menempuhi alam persekolahan yang baru untuk tahun ini buat bebudak sekolah sekalian.. Ok, stakat ini entry kali ni. Back To School!



Takut dibuli kat sekolah? Dah bosan jadi budak baik? Mahu buat persediaan nak masuk sekolah? Nak jadi budak berkuasa kat sekolah? Ada penyelesaiannya... Nak tau nak buat camner?

main game ni sampai habis!~
p/s: TAK DIGALAKKAN..  jauhilah amalan membuli!


10 comments:

syrupmasin said...

sekolah best kann..

Amal Azraai Azuha said...

syrup = of coz la. kalau tak, dah tak buat title entry camni..

Takmo Orang Tau said...

yang beg plastik mydin tu la plg x tahan

Sarah-rah-rah said...

waa welcome back to school ;D skolah mana? beg plastic mydin ^_^

Cuteful DayDreamin said...

wakakaka... amal.. selamat kembali ke sekolah ...
cantik spek baru tu... aww aww...
weeewiittt~~~
kekeke

blogger berkaca mata said...

jam baru tuu i loikkeee.... hehhehe... btw mal.. game bully tu terbaek lah... baru jek tanye td.. harharhar..(sy x nak ktinggalan mengomen dsini)..

Amal Azraai Azuha said...

Takmo orang tau = oh, awk nak buat rekod orang pertama yg nak bawak plastik mydin tu ke kat sekolah?

anyway, awat nama pelik sangat tu?

Amal Azraai Azuha said...

Sarah-rah-rah = oh, same goes to you, sarah ramora. sy skang study kat SMK Ismail Petra, KB, Kel. Nak pindah sini ke?

Amal Azraai Azuha said...

Cuteful Daydreamin = oh, thanx farhan. hari ni sy pakai kejap je pon sebab class pun x start bljar lagi eh.

Amal Azraai Azuha said...

Blogger berkaca mata = jam? beli lah kat r****** sebijik, okey?