Saturday, February 05, 2011

5 sebab nape Az takleh balik semula dari SBP!

Hye and hepi holiday, guyz..!

Macam yang dah disebutkan dalam entry before this, Az memang dah konpem accept tawaran SBP tu. So, Az dah tak jadik SMIPian lagi dahh, transform ke SKUPArian pulok doh. *eh eh prektis cakap kedah lah*

Adooi, camne laa nak adopt-kan diri ngan suasana hostel masa initial phase ni ehh? Harap2 Az boleh ngam  cepat ngan hostel's life ni. Kalau taklehh jugak, terpaksa lah Az balik kelantan balik n masuk sekolah harian biasa balik. EH EH TITLE TU KAN CAKAP 5 SEBAB NAPE AZ TAKLEH BALIK SEMULA DARI SBP?! Dah2, takyah mengada nak balik. Ok, ni faktor sebab ape Az tak boleh balik dari SBP.

Faktor #1- Dah takleh sekolah kat SMIP balik dahh


Kalau Az balik sini, SMIP dah takmo terima dah budak spesis camni. Tersengih-sengih nak dapat sijil berhenti sekolah tetiba esok lusa buat2 muka kerang beramonia nak masuk SMIP balik. Pengetua pun cakap dah awal2, start tahun ni, sekolah dah takleh dan takmo terima balik ex-student SMIP yang balik dari SBP. Maskudnya, Az kena pi sekolah harian biasa lah? Hell nooo! Takmo-takmo. Nak SMIP jugak! Eh eh nak SKUPA jugakk! 

Faktor #2- Dah banyak  duit habis buat preparation



Kalau diikutkan, ibu dan papa Az dah berhabis spent ratus2 hinggit dah kat section perbelanjaan preparation ni. Skang ni pun segala benda keperluan dah siap beli habis dah. Kalau balik dari SBP jugak, maknanya MEMANG AZ NI ANAK TAK KENANG BUDI KAN? Az pun bukan anak Tan Sri P.Ramlee ke hape ke, duit pun payah giler nak cari. Lagi satu, kalau benda cam cadar, baju batik dan t-shirt sekolah yang dah beli masa daftar tu, bila lak nak guna lagi? Kan membazir besar tu namanya.

Faktor #3- Persepsi orang lain. Camner lak?


Yang ni memang payah. Korang imagine, kalau budak sorang tu beria-ria melalak bon voyage *nada pitch tinggi okey sebut* kat semua orang yang dia tu yang dia dah nak pi SBP, tetiba tengok 2,3 bulan pastu dah balik kembali lak. WTH? Tak ke orang menyampah tengok kita? Tambah2 lagi kalau kengkawan kita buat party perpisahan happening kat kite pastu tengok2 kita balik kembali. Mesti diorang rasa "ek eleh, susah2 buat party, tengok2 balik lak.. ehh, sia-sia je buat. Buat basah celah ketiak aku jek budak ni. " Takmo laa camtu kan?

Faktor #4- Kengkawan Az dah banyak buat baik


Masa Az accept offer tu, majority kengkawan Az start kurang hepi. Before Az pergi tu, kengkawan Az ade bagi wish card cantik2 dan siap kasi hadiah lagik. Yang lain tu siap wish kat wall FB same blog diorang lagik. Pastu geng kelas Az ade buat jugak satu farewell party khas untuk Az dan kengkawan Az yang dapat SBP tu jugak. Cian kat diorang, susah2 buat benda ni blake, tup2 tengok Az balik kembali kat sini. Sia-sia je kan?

Faktor #5- SBP, platform kejayaan

bakal sekolah lahh ni

Tanya lah bebudak yang dapat straight A's tu, cayalah semua orang nak masuk SBP punya. Yang dapat tu, hargailah peluang keemasan ni dan yang tak dapat lak tu, frust tungging nerak tlete sampai ade tu. So, rasa sia-sia lak orang yang tak dapat offer ni bila tengok orang yang dapat tu lak menggedik nak balik. Lagi satu, majority bebudak lepasan SBP kan dapat pergi obesi dan jugak boleh masuk yunibersiti famous amos. Besides, bebudak SBP kan diberikan extra priority..  Takkan Az nak lepas peluang ni? Be rasional,dude!

So? Masih berhasarat nak balik dari SBP? Az rasa TAK. Insyaallah, TAKKAN. Kalau balik jugakk? Entry ni akan di-deletekan nanti. 


3 comments:

Sophie Al-yahya said...

betul..jgn give up. walau macam mana susah pun, jgn keluar dr asrama. lagipun amal lelaki. Kalau pompuan boleh dipertimbangkan lah jugak..

Amal Azraai Azuha said...

betol2 kak sophie.. em, nampaknya tak merasa lah sy nak join contest yang kak sophie yang anjur tuu

Anonymous said...

saya budak f4 baru kupsis.Sbb sy perempuan n terlalu emotional+homesick kot saya balik lps 6 hari sj sbb rs mcm 6 bulan... TT.Mmg ada consider benda2 mcm ni,tp gagahkan diri jugak sbb xleh ngam ngan hidup asrama(1st time).mula2 menyesal tp lama2 tu rs ok dah.Sj nk luahkan perasaan XD.