Thursday, March 31, 2011

Alkisah exam punya pasal.. 10A+ ke?

Bid an awesome evening guyz!

Wah wah sukaa giler at last boleh jugak pi outing nihh. Even kat Jitra n takde pape yang best, dengan kewujudan sebijik CC sudah menggambarkan kemajuan sesebuah tamadun. Amat patut dipahat kat Undang2 Hammurabi ni.*Helooo, this is not philosophy class!*

takdo gambo.. yang ni pun jadi lahh. set?

Back to the topic ya anak2 busuk sekalian. Kali ni Az nak cite pasal exam Ujian Penilaian Prestasi 1 yang berlalu dengan jayanya awal bulan 3 nih. Lepas habis pusing dunia buat lawatan pi jumpa Imhotep, dan jugak berusaha memanjat zigurat, pastu pi beramah mesra ngan golgi apparatus, dan tidak dilupakan berjoli sakan ngan micrometer screw gauge, at last, Az dapat result camni:

BM = 82 = A
BI  = 57 = C+
MM = 76 = A-
MT  = 80 = A
FZK = 90 = A+
KMI = 73 = A-
BIO = 74 = A-
PAI = 66 = B+
SEJ = 80 = A
LK = 94 = A

TOTAL: 2A+, 3A, 3A-, 1B+, 1C+
KDK: 4/26
KDT: 15/189

Anyway, syukur alhamdulillah laa sebab time study pun cukup2 jo. Tu laa mase prep sape soh tido? Yang paling frust, of coz BI! Soalan tanye lain, yang ngko pi jawab lain tu pesal? Habis melayang markah banyak giler camtu jo. Before exam BI, slalu cakap eksyen, "Elehh, BI boleh punya laaahh". Tu laa pasal, riak syirik khafi sangatt. Bajet dapat A+ lahh tu? Ok, a value learnt! 


Exam kali ni kalau tak silap, ade laa jugak 10 orang form 4 dapat straight A's (9A/10A). Well done korang! Dan nak congrats kat budak no.1 exam ni, Thevan yang dapat 5A+ 3A dan 1A- tuu. *btw, aku bila lagi nihh nak dapat no.1 nih?* 

Emm, tu je kot entry kali ni..


Minggu ni Az actually leh balik KB. Tapi sebab Az terlibat ngan Pertandingan Drama BI SBP Zon Utara 3 hari ni. KUPSIS jadik tuan rumah kali ni. Tugas? Jadik photographer! *sukaa giler*. Plus, boleh jumpa ngan bebudak SBP zon2 utara jugak. Mane tak syok?

enthusiasm


Saturday, March 19, 2011

Bangga giler ahh ni boleh masuk "magazine"?

Bid a pleasant day, readers!

Tajuk memang takleh blah kan? Masuk magazine je dah kecoh. Kalau masuk tibi citer Imam Muda tu at least boleh berbangga lah jugak kan. Hape punya anak. Eh eh, riak punya pasal, takleh ni. Astarofirullahalazim... Syaitonnirrojimmm..Ooi, dop bising2 kate masuk mag ni, acu habaq, masuk mag mane satu hah?


REMAJA? Salahh!

habis tu?



MANGGA? Salahh jugakk! *sengaja letak gambo buah mangga sebab mag tu kan 18SX?*

Habis tu?

Majalah ni laa, yang jugak jadik all-time feveret bebudak sekolah, yang tak soba2 dop nunggu terbitan yang hanya keluar sekali setahun...

Ni diaaaa...!!!

=
=
=
=
=
=


Camner? Tiap orang wajib ahh being featured kat majalah sekolah tahunan kan? So, mehh kita lihat pebenda yang best sangat pasal buku PERSADAPETRA SMK Ismail Pertra edisi 2010 nih. But before that, credit to Sis Syue Maarof sebab kasi pinjam buku ni eh. *aku bayar full  yuran 2010, tapi nape aku takleh buku ni haa?*

mane satu sis syue? teka2

Ok, meh kita same2 review mag ni cepat:


Hah! cari mane satu Az. Hint: paling skema, senyum tak nampak gigi. Click gambo laa kalau nak tumbesaran yang maksima yaa anak2.


Yang ni time snap pic untuk KRS. Aik? Awat beza bebeno expression yang ni ehh? jawatan AJK Keceriaan, tapi awat tak ceria? Huhhh, sebab photographer tuu musuh ketat aku..!


Yang ni masa masuk pertandingan syarahan agama tak silap. Kena potong markah sebab tak pakai songkok.*nama lagi syarahan agama, awat freehair?* At least dapat gak no.3 dan dapat hadiah kain tuala tak silap. Dan Az guna towel tu laa kat asrama skang. *fuhh, berjasa berjasa si tuala oren*


Yang ni memang skema taraf maksima punya. Jadik MC masa Abang Raja datang mai ceramahh. Ok, tak perlu cakap banyak.


Hakhakk... gambo kelas.. tengok kat situ, sape senyum paling lebaaaaaaaaaaaaar?


Yang ni kata2 hikmat sorang2. Ntahh laa, aku rasa aku tulis lain haritu. Tapi awat tetiba tertukar benda lain lakk? Budak mane laa sabotaj aku ni. Bila masa lakk aku nak masuk ANTM punya show nih? Oh yaa, jangan ambik kisah Ain Najihah & Nazmi punya quote.


Yang ni lagilaaaa unik bebeno.. kan ANAK BONGSU ABAH kan?




Ni lagi duaa.. Ok, what about karya lak? Az hantar karya pe?


Yang ni Az copy + edit dari malaysiasensasi punya entry..


Yang ni pun, same gak macam yang atas tu..

Yang pantun ni budak Mimi buat.. nak tergelak pecah perot pun ade. Tapi pantun section Az takleh display kat sini sebab... ade laaahhh. Kalau nak tau cari sendiri ahhhh. Boleh anak anak?


Untuk BI punya kolum, Az buat ni. Cari dalam internet. Tapi awat prepared by 3 Ibnu Rusyd? Sebabnya ade budak tu cakap, "hehh, takyah laa tulis nama ngko.. publisiti murahan jo".. *Padahal dia tu dengki sebab sebijik haram pun tak hantar karya.. huh* Jahat ke aku cakap camni?


Ade gak laa sebijik letak nama aku.. mencemar duli lah katakan.


 Yang ni lakk lukisan kelas. Credit to Gopalan Balachandran dan jugak Amirah Idris. Haaa, mane satu aku? Cepat2, cari... Kalau jumpa Az kasi 2,3 kupang. 

To sum up, ok lahh at least boleh masuk majalah tahunan sekolah kan dari takleh masuk mana2 majalah pun. Peratusan nak jadik budak glemer tu tetap ada jugak kan? Anyway, korang lehh lak nak berharap nak masuk mag ni:


Yang ni Opraf Winfery and seangkatan dengannya jo yang leh jadik cover.. Korang nak jugak? Photoshop jo, pastu heboh & tag seramai mungkin kat Facebook. 

Adakah itu dipanggil publisiti murahan?


Anyway, stakat tu jo laa entry kali ni..


Ahahh.. Ni last entry bagi aku. Hari ni dah kena balik KUPSIS balik dahh..

tiket ohh tiket

SELAMAT TINGGAL DUNIA BEBAS
SELAMAT DATANG PAGAR KAWAT BERDURI

*macam nak masuk jail jo bunyik*


Wednesday, March 16, 2011

baldi hilang? kena sound kat PKP depan2? denda tido berguling atas jalan tar? --- That's how SBP's daily grind, dude!

Salam dan wish a pleasant evening, readers..!

Nak tau tak korang, memang banyak experiences yang Az dah lalui kat SMS Kubang Pasu (KUPSIS) nih. Even baru sebulan lebihh Az kat sini, pengalaman yang Az dapat tu memang kalau cerita takkan habis punya. Ok, meh Az cerita sikit sebanyak regarding the experiences that Amal Azraai Azuha had gained here:

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:


Hostel life. Nama lagi budak SBP, memang wajib kena stay kat hostel kan? Kalau kat sini bangun pukul 5.30 pagi, kalau kat rumah bangun awal lagi bukak blog reply comment shoutmix. Kalau tido lakk, kat sini dalam jam 12 dah boleh lelap mata. Kalau kat rumah, pukul 3 pagi lelap tu dah kira paling awal lahh.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:


Lalui rules & regulation yang rigid giler! Kat sini, peraturan memang strict giler ahh. Tak pakai songkok masa prep, demerit 3 points. Tak pakai baju melayu sedondon, pusing padang minimum 3 kali di malam hari. Tak tight-in kat luar hostel area, pumping minima 10 kali. Even pakai shorts masa dalam dorm pun dianggap perbuatan paling samseng. Kalau korang yang menggatal nak couple kat sini, sorry. JANGAN HARAP. nak kena buang? anda digalakkan dan dipersilakan  mencubanya...

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:



Kena denda tido dan berguling-guling atas jalan tar pukul 2 pagi. Sebab? Kitorang tak light-off lampu dorm. Akibatnya? Habis satu ASPURA kena tido atas jalan tar sampai pukul 2. Fuhh, bila ngantuk, tak kisah ape dah, tidoo jo la yang termampu. Atas tar pun kitorang dah anggap as king size bed bilik Four Seasons Resort Langkawi. Kalau kat rumah, nak tido atas jalan tar 2 pagi? Bangkit tido esok tengok2 ade kat rumah pakar psikitiari. Itu sudah pasti.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:



Pegang bow dan shoot arrow archery. Az dah kira2 dahh, sukan ape yang paling tak meletihkan eh? Bola sepak-FAIL. Olahraga-lagi lahh FAIL. Ragbi? Fuhh, takyah habaq. So, Az decide join archery (memanah). Amik ngko, ingat sukan ni tak letihh? Sekali tarik bow string tu, mak oi, nak tercabut lengan aku yang berbisep nihh. Yang hal shoot tu lain kira, tiap kali shoot kalau terkena part paling luar pun sudah dianggap berevolusi maju setapak.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:



Pusing satu pekan Jitra semata-mata nak cari teksi sebijik. Hari tu outing, pastu jam dah nak dekat pukul 6. Kalau masuk outing lewat, ambik ngko, kena detained takleh keluar outing minggu depan. Pastu punya gelabah laa punya, habis pusing satu pekan in order nak carik taxi sebijik. Kalau kat KB, lepas bersuka ria sakan, terus phone papa nak suruh jemput. Kat sini, sape ade? Nan hadoo sape2 yang aku kenal kat sini weh! Pastu dengan usaha jaya si budak sorang ni, at last dapat jugak cari taxi.. Fuhh, selamat akuu. *stakat ni laa*. Dan ade jugak, salah masuk kereta yang aku anggap as taxi. Fuhh. masing2 terkesima memerhati antara satu sama lain.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:



Kena marah kat PKP depan2 audiens. Hari tu Az jadik MC dalam majlis High Table. Punya lahh eksaited sampai salah baca nama orang. Pastu? Az kena sound direct ngan PKP depan hadirin. Tak ke malu? Nak lari terus jo dari situ pun ado rase. Takpe, at least, Az dapat pengajaran- jangan ralit sangat masa handle majlis penting. Kesan langsung? Malam tu Az jadik moody giler. Tapi yang aku paling suka kat depa ni, masa Az masuk dorm, habis dormmate Az keliling pastu bagi kata2 semangat. Guyz! U all are awesome, dude!

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:


Baldi hilang. Bukan baldi saje yang hilang, benda2 lain pon takyah cakap, banyak yang hilang. Nak cari? Tak perlu ahh. Sebab barang2 yang hilang tu pasti akan jumpa balik kat tempat yang paling mengarut. Tu laa pasal, baldi biru Az hilang tetiba jumpa kat bilik sakit. Selalu lahh camtu.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:


Mix ngan bangsa lain. Sebelum ni, takyah cakap ahh. Az racist. Nak cari geng ngan orang Melayu jo. Tapi sejak pi SBP, Az memang selesa bergaul ngan bebudak bangsa India & Cina. Tanggapan biasa orang lain kat depa- jahat? perangai buruk? penipu besar? TAK ADA lahh! Malah depa semua tu selalu gak ajar Az Add Maths dan subject2 lain dengan ikhlas

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:

Berdikari. Basuh baju? Sendiri buat. *mula menghargai mesin basuh auto kat rumah.* Gosok baju? Sendiri buat jugak. *sampai terkoyak berlubang seluar aku gosok*. Kat sini semua buat sendiri lahh! Seluar terkoyak, kena jahit? Sendiri buat. Takde seamstress kat tengah sawah ni ya anak2. Btw, enjoy ape buat semua benda sendiri, kurus slim jadik body jasmani masing2 efek langsungnya.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:


Naik bas balik KB sendiri. KB-Jitra ade laa dalam 450 km jaraknya. Nak balik masa cuti? Tiket wajib booking awal2 lagi, *dan beli sendiri* kalau tak dapat beli alamatnya tido laa kat sidewalk rumah kedai. Nak harap mak ayah datang ambik, erghh jangan mimpi. Ngko rela tengok mak ayah susah datang dari jauh semata-mata nak ambik ngko? Az tak sanggup. Even terpaksa pikul beg berat2 tambah lagi ngan orang ramai bersesak-sesak bergesel jasmani, Az dah takde pilihan lain dahh. Naik bas express jo pilihan yang ado. *atau ade tan sri yang nak book heli sebijik kat aku balik KB?*

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:

Dapat kengkawan dari satu Malaysia. Bebudak KUPSIS ni datangnya dari satu Malaysia, except for Sabah, Sarawak dan Pahang. Best owh, Az dapat belajar bahasa dan culture depa semua. Macam2 words yang Az dah tau skang ni. Yang bestnya, diorang berminat gak nak studi Kelantan punya language. Even hangpa still kecek klate berbunyi pelik, aku still suka dengar. dan lawak giler.

Kalau tak pi SBP, Az takkan dapat pengalaman:


Nak struggle dalam studi giler2. Kat sini, semua budak terpilih dari yang terpilih. And it also beckon the kepandaian budak2 kat sini yang memang taraf super-excellent punya. Hari tu exam Ujian Penilaian Prestasi 1. Yang dapat seratusperatus paper Math Mod bersusun punya. Pastu yang dapat 100% Add Maths, Chemistry tu takyah habaq. Pastu subjek lain yang dapat A+, throng of them-lahh! Kalau korang nak survive kat sini, korang memang kena struggle GILA-GILA, memang istilah MAIN-MAIN tak wujud langsung kat sini okay.

Ohh ya, ade gak lahh pic 2,3 keping untuk korang:

para nelayan kemboja sesat 
aik? mane akuu..?
the caption does xplain everything
kepakaran masing2... dan aku.. whattt??!

All these pics, credict to:

afiq adib akashah, ketua batch form 4 2011

Kalau nak diikutkan kan, bertimbun lagi pengalaman baru yang Az dapat gained masa stay kat sekolah SBP ni. Tak larat ambo nak tulis banyak2, sebab kalau korang nak tahu lagi, korang kena masuk SBP ni. Yang kat atas tu, baru pengalaman sebulan kat sini. Dan bagi yang balik/tak pi SBP even dapat, sorry to say, korang MEMANG RUGI. kejam ke aku cakap camtu?

what can i say,

KUPSIS ROCK!
KUPSIS FUN!
KUPSIS TIRING!
LOVE KUPSIS AND THE GANG!


any objection?

"choral speakers...! are u ready??!!"

Pagi korang..!


Past few days, I got an invitation to join the choral speaking rehearsal- from Lailatul Adnin. Bukan Az nak join contest ni ke hape, sebab kalau Az masuk pon, johan itu sudah pasti bukan milik kitorang punya lahh. Oh ya, just ignore the wrong spelling. But, does it sound cute guyz? M-E-N-G-I-S-U..



Az ngan geng2 budak ex-SMIP yang pi SBP dah plan dahh nak jumpa hari tu. At last, dapat gak jumpa ngan depa lepas sebulan lebih tak nampak batang hidung. Even sempat borak kejap jo, at least dapat gak jumpa ngan diorang tu. Anyway, sempat gak snap pic sikit2.

mimi's X8

with penulis blog 'Cerita Budak Upper Form' yang pemes tuu

cute outfit ahh!

ehehh

musuh tradisi aku kini kat STAR

korang buat aku SPEECHLESS tau! sebab? ehehh

awat gelak?

hangpa practice lahh, aku nak online

bro Aming Jasni, as a pro coach

SDAR-ian

xde motif, aku tauu

ex-SMIPian

Anyway, glad to meet u gaiz even sat jo. Takpe2, hari Khamis ni geng RUSYDIANS buat reunion rite? Biar satu TESCO tu kitorang conquer ok. Nak enjoy sakan, homework still bertambun tak buat lagi. Huh,


Erghhh! Envy giler ngan HP kawan aku sorang nihh:


Android tuu, sape takmo? Btw, lame owh  Maxis punya service nihh, awat iPhone aku tak sampai2 lagi?