Thursday, March 10, 2011

Hikayat susur galur sejarah masa FIRST DAY budak sorang ni nak masuk SBP

Salam and wish u guyz a pleasant day..!
*macam announcement stewardess je bunyik*

Turun bas pukul lima berdiri kat tengah2 stesen bas KB pastu tengok papa lambai2 seberang jalan terus cross jalan masuk kereta pastu sampai rumah halatuju terus peluk cium ahli famili and then terus bukak belog. Fuhh,  fullstop tak tersedia pula.

------------------------------

Entry before this, Az memang bizi bercerita pasal life as a SBP student. So, takkan nak ulang benda yang same gak kan. So, entry ni khas buat korang yang nak tengok Az masa first day kat sini. Okay, terus heret mouse pergi bawah ya anak-anak chomel..

Kitorang satu famili bertolak hari Ahad lagi. 6.3.2011. Destinasi?

sini laaa..!
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU (KUPSIS),
BATU 19, JALAN KODIANG,
06000 JITRA,
KEDAH DARUL AMAN.

Tengok GPS, oh ya.. 500 km lagi perjalanan. Ok, where's my bantal busuk? Pastu dah 7 jam naik kete, plus sesat sampai bukit kayu hitam atas alasan nak tengok part hujung highway PLUS. So, destinasi pertama kitorang dah selamat tiba :

=
=
=
=
=


Eh eh masuk toilet pun nak kena habaq? Az maksudkan kat sini laaa:

bilik kitorang tingkat 6. nampak tak??
dan ahli krew angkat barang budak nak masuk SBP ahli famili yang datang menghantar:


Pastu benda wajib buat kat sini:

mandi kolam laaa..!

Sedar-sedar mandi kolam, tetiba hari dah nak gelap dahh. So, plan awal nak visit skolah masa petang terpaksa di-postponed ke malam hari. Atas budi bicara receptionist, tahu jugak jalan ke KUPSIS nihh. Sampai je kat pondok pak guard, tetiba pak guard tu habaq, "dik, daftar esok pagi lahh,".. Eh eh ambo mai sini nak buat lawatan muhibah jo di malam hari. Pastu jumpa ngan PK KO KUPSIS, terus papa pi borak ngan dia. Dan Az pula? Merayau-rayau kat area sekolah sambil snap gambar budak form 1 tengah prep. Lalu je tepi satu kelas ni, habis depa semua berpaling curious. Oh ya, hasil intipan di malam hari:



Gambo tak clear sangat. Guna kamera henpon murah je. faktor DSLR dah habis filem la ni

THE FIRST DAY OF A SBP STUDENT:
(ni laa point utama entry ni actually..)

Pagi tu, awal2 lagi dah terpacak kat depan muka pintu dewan Bitara. Ingatkan Az student form 4 first yang nak daftar, tapi tengok orang dah bersusun nak register. Pastu dapat sorang abang angkat, yang bernama Aidil Fitrie. Orang klate jugok, berehh ahh. Tetiba lak, terasa diriku seperti di-spy orang..

sorang pembantu, sorang penyelia, sorang bodyguard, dan sorang budak
nak masuk SBP. Oh ya, pakej lengkap

Punya isi borang2 banyak nak mampoih. Fuhhhhh, lepas 15 minit memerah tenaga muscle ATP Mitochondria dan instruct sel neuron nerve cell, siap jugak segala benda tu. Pastu dengar ucapan Pengetua dan penerangan PK HEM dalam dewan.

macam tengah jawab soklan inverse function pon ade
*no caption available*

Yang scene dalam dorm takde sebab photographer kena angkut barang bertan-tan. Mujur gak dorm tingkat satu jo. Kalau dop kat top floor, alamatnya sewa helicopter laa jawabnya nak mai angkut barang. Yang ni paling sebak: Tengok satu famili pelok cium pastu lambai-lambai tengok famili berlalu pergi balik KB... Hukhukk.. tapi TAK PERNAH NANGIS PON okay selama dop kat sini..!

tetiba pic ni interframe. faktor?
tak berjaya dikenalpasti pula.

So, start dari moment tu lahh, Amal Azraai Azuha officially jadik budak SBP..!

lencana yang kini tersemat didadaku
Tu je kot.. malas nak tulis berjela-jela. At least blog ni tak bersawang.


Fuhhh, first exam kat sini. Az ambik 10 subjects, tapi 4 je baru tahu. Yang tahu stakat ni:

Physics = 90 = A+
Additional Maths = 80 = A
Modern Maths = 76 = A-
Chemistry = 73 = A-

Tak sangka lak Add Math boleh tinggi dari Modern Math. Aiyoo, masa exam general form pun aku tak ingat doh camno nak buat. Subjects the rest, Az harap dapat gred A jugak. Nak 10A, insya-Allah!

7 comments:

Blogger Berkaca Mata said...

gile!! hebat ooo!!! semua pon nal a... miss u a lot amal!!

Amal Azraai Azuha said...

oit, mano laa hebat sgt pon.. btw, takank buat reunion ko?

Amirah Idris said...

maju maju. goodluck di sana :)

Amal Azraai Azuha said...

tapi mirah, awat tulis status nombo gubak?

mimi said...

whoaa cool tahap gaban!

Amal Azraai Azuha said...

cool aponyo miming?

PahitManeh said...

wahh , love the story . mnyesal pulak xpergi sms kubang pasu ney (: