Saturday, April 30, 2011

Alert!! KUPSIS besieged by the MAHIRIANS!

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang berusahaa... *ehh ehh salah text ni*

Salam di pagi hari and bid u guyz a pleasant morning okay!



4 MAHIR?
KAT KUPSIS EH?
ENGINEERING DRAWING?
10 SUBJEK?
KELAS TERASING?
KELAS CHAMPION KALAU BAB TIDO?

gala putera's night.. let welcome first, the "machoness" of 4M guyz

Yeah, semua elemen2 kat atas tu bukan nak membentuk periodic table ke hape.. But 1 thing for sure, all of the awesomeness, joyfulness, gorgeousness, gedikness, tidurkuatness, bisingness that spawning around all day at KUPSIS. *Hoi! Ngko tu BI dapat C+, ade hati nak tulis entry bahasa white man? Okey2, balik BM balik..*. So, entry ni Az nak cerita banyak2 pasal kelas Az kat KUPSIS nih, tak ya, tak bukan, 4 Mahir lahh!

So, welcome to the club..!


Honestly, kalau Az tanya korang semua, sebut je budak SBP, korang terbayangkan ape? Budak-budaknya pakai spec bingkai besar plus berketebalan 3 inci? Pakai seluar atas pusat? Sikat rambut belah tepi? Berkepit dengan buku 360 000 saat sehari? Duduk row paling depan dalam kelas? Kena basuh underwear sendiri, kaedah manual pulak tu?

The truth is, kitorang bukan camtu okey..!
*tapi still ade laa jugak dua tiga kerat*




Masa first jejak kaki kat kelas ni, semua orang pasif tahap maksima. Termasuk aku dulu, kalau kat SMKIP tu, buat bising dah jadi agenda wajib of the day. Biasa ahh tu, first day kan? Semua sembunyi dulu taring-taring tu. First impression aku kat kelas ni, aku tengok depa semua ni macam genius2 kuasa square cubic root lah semuanya. Muka pun penuh bersinar bling-bling dengan harapan bapak2 ibuk2 nak anak diorang gaining suksess semuanya. 

Pastu, ape yang best sangat pasal kelas ni?




Penghuni kelas ni semuanya ade 27 orang. Nak list down ke? Takpe lahh, nanti jari jemari aku ni lak yang jadik slim tetiba. Save energy nak jawab esei BIO berjela nanti exam mid-year minggu depan ni. Ok, majoriti student dalam kelas ni orang Kedah, pastu Perak, diikuti Penang dan satu-satunya budak Kelate yang ade kat kelas ni. *aku lahh tu*. Pastu lak, satu set-back yang prominent, macam2 dialek laa boleh didengari, tamsilnya:

"ehh sep mung ni nok gi mano gak?" 
"hangpa ni, awat tak habaq?"
"kome nihh, teman taktao pon"

Punyalah complex problem kitorang nak seragamkan sistem bahasa ni. So kate sepakat dari semua orang, at last, kitorang decide se-sinerginya, kena cakap bahasa hindi. Di mana Atmaraaj mengetuai sistem bahasa ni. Bagus gak sistem demokrasi tamadun Yunani yang dipelajari dalam bab 2 Sejarah dipratikkan sebaik mungkin oleh kitorang.



Kalau tanya sorang2, aktiviti ape yang diorang suka kalau masa free-time? Respondan-respondennya yang berjaya dikenalpasti melalui aspek observation dan operational definition antaranya  ialah:



10%- buat homework! takpun studi. ingat pesan mak ayah! geng nerdy dan nerdia. *aku golongan ni kot*
30%- makang! bawak stok makanan sebulan dari locker masuk kelas. *geng control slim gitu*
60%- TIDOOOOOOO! *takyah ulas bebanyak ahh, semuanya udah ngerti kok*


Camner ehh lak bebudak kelas ni?


Kalau diikutkan gambar2 kat atas ni, kitorang memang HYPERACTIVE kanak2 ribena gitu. Kalau nak diikutkan, banyak jenis ahh perangai yang boleh dilihat dalam kelas ni. Yang banyak cakap ntah ape-ape, yangyang study non-stop masa prep, yang suka tawaf sekolah, yang selalu buat lawatan muhibah ke jamban2 sekitar sekolah pun ade, yang homework tak siap tapi exam still dapat  A+ berbijik-bijik, yang gedik sangat nak tulis pasal kelas dia dalam blog takde orang nak baca pun ade gak. Sape ahh tu?




Kelas kami memang special sikit from the rest of form 4. Iyo lahh, kitorang ambik satu xtra subject. Kelas kitorang pun terasing sikit dari peningkatan ketamadunan manusian nun di tingkat bawah tu. Kalau nak kira kan, kelas ni memang banyak orang-orang penting dalam form 4 ni. Ketua  pelajar batch form 4? (Afiq Adib Akashah) Penolong ketua pelajar batch form 4? (Nurfarhanah Azmi) Bendahari batch form 4? (Syaqib Sukiman) Setiausaha batch form 4? (Manirah Mahmad). 


Tu semua student 4 Mahir lahh. Tu tak kira ketua dorm lagi, ade 4 orang ketua dorm kalau tak silap (Azil, Syahmi, Amir... dan aku. ehehh). Insyaallah, nanti tahun depan jawatan2 tertinggi dan penting sekolah pun bebudak 4 Mahir yang conquer. *whoaa, gila kuasa betol nampak!*




Time study lak, kitorang study betul2. Habis pikiaq2 sampai pikiaq masalah sejagat benua mane lahh masa study tu. Walaupun ade lahh sorang dua buat lawak tanpa punyai motif yang signifikan, kitorang still study. Yang kalau tertidur masa sesi P&P, especially masa Math Mode tu kitorang susun sepuloh jari minta maaf kat cikgu okay. Memang adat istiadat di asrama, ngantuk dalam kelas kan? 


Cikgu-cikgu yang ajar kitorang lak, semuanya gempak2 belaka. Dari kesungguhan cikgu Ierda Wirna ajar Add Math, usaha cikgu Ruslawati nak bagi bebudak paham momentum sepaham-pahamnya, modus operandi cikgu Hazwani main letup2 akaline metal dalam air, pastu teacher Hasrin pakai lawa-lawa nak attract kitorang  dapat A+ for English, semuanya memang tenaga pengajar awesome tahap zenith..!



Tak dilupakan jugak kepada kawan2 kitorang yang genius tu, yang sanggup ajar kitorang benda2 yang tak paham. Sori sori to Atma sebab kitorang punya abundant soalanlah, kome tak sempat nak siapkan kerja2 kome tuh. Takpe, Atma tak kisahh pun, dah memang naturally genius. *aku bila lagih?*. Tak lupakan jugak kepada Hilmi Hamzah yang ajar aku banyak benda pasal Add Math, even hang tu memang annoying giler. Pastu gak sekalung apresiasi to Manirah Mahmad sebab fearless dalam bab tanya2 soalan, di samping buatkan kitorang dapat xtra knowledge.



Habis berjela aku tulis entry cecah ISS. So, konklusinya,

I AM SO GLAD TO BE A PART OF MAHIRIANS!
I MEAN, SO SO SOO GLAD TO BE PART OF IT!


ONLY
IN
4 MAHIR.

KELAS 
LAIN
ADE 
KE?


Thanx korang semua, sebab buatkan kelas kita stand out *boleh dikatakan kot* kat KUPSIS nih. Salute ahh kat korang semua. Promise me, geng kita jangan berpecah, jangan gaduh2, jangan buat kontroversi murahan, jangan mencapap tahap maksima, jangan cari masalah, jangan jadik topic hot program bual bicara para guru dalam staff room dan paling, paling penting sekali, 

HANGPA NAK 10A+ KAN???!

so, prove it that we are able to achieve it!
yes, surely we're able to  do so,
coz we're the pioneer of this school,
there's no one else..!

InsyaAllah, SPM 2012


Friday, April 29, 2011

snack pack..or..sneak peak?


SNEAK
PEAK 
OF...
WE ARE
THE 
MAHIRIANS
OF KUPSIS!


Tunggu ehhh..! Nak khatam bab 3 BIO ni dulu..!




Thursday, April 28, 2011

benda ape yang budak KUPSIS buat masa prep ehh?

Salam korang..!

Masa prep? Semua orang tahu apekah objektif utama time ni kan? Tapi, tak semua budak sekolah, especially budak SBP nak manfaat masa prep dengan sebetulnya. BTW, takkan lah nak study memanjang je kan? Kalau korang, sanggup ke nak baca menghadap bab peningkatan tamadun terus menerus? Buat graph quadratic functions tak henti2? Even hafaz periodic table 2,3 jam? Sanggup?

SO, PENYELESAIAN KEPADA KETIDAKSANGGUPAN TERSEBUT, BEBUDAK 4 MAHIR PUN BUATLAH...

SCENE 1
 Jadi muslimah + ayu

ayu right?

orang besar pun tak terkecuali

macam ustazah program halaqah pun ade gak

persis macik jual tempe

bersajak? nasyid? ke hape nihh?

Kondisi asalnya camni sebenarnya:

si ayu satu: Syaqib Sukiman
(bendahari batch form 4)

si ayu dua: Afiq Adib Akashah
(ketua pelajar batch form 4)

 dan si ayu tiga: Amal Azraai Azuha
(yang takde pegang jawatan ape2)

Habis kain meja sudut bacaan kitorang ambik as jadik purdah. Bagus jugak ehh, habis hilang segala stress di minda di samping terkeluar sikit elemen2 periodic table yang dah hafaz before this. Takpe laaa, bukan selalu.

SCENE 2
TIDOQ!

Nama lagi budak SBP kan? Aktiviti tido dalam kelas menjadi agenda utama serta wajib bagi setiap hari. Geng 4 Mahir ni dah target baik2 dah time nak tido, iaitu time masa Math Mode. Sebab? Ahahh! Hanya Mahirians yang tao. Atau ade yang berani tido masa engineering drawing? Sorang tu jo yang berani lahh. Sape? Ahahh! Hanya Mahirians yang tao. *kalau takmo bagitau awat gedik nak tulis ehhh?*


kaum wanita juga pandai eksploitasi peluang yang ada nampaknya

dan juga kedua-dua orang head dorm di depan yaa
straight tidoq dari kanan ke kiri

dan ni site feveret dalam kelas..

Stakat ni, Az sendiri dah 2,3 kali tertido masa prep. Takpe, bukannya selalu pon. Sedar2 habis ayaq liur mengalir atas buku Bio aku dengan jayanya sekali.

SCENE 3
Pinjam laptop cikgu kimia pastu online guna wifi sekolah

keazaman. untuk online lah dalam kes ni

aik? blog poyo sape nih?

asyik giler ahh..


In a nutshell, manfaatkanlah masa prep anda sebaiknya. Jangan lahh selalu tiru macam kami buat tu. Just for fun boleh laa, tapi jangan nak melebih sudahh. Dahla SPM  tahun depan dah. Tengok muka semua beria-ria nak dapat 10A+. Kan kan?

  



Saturday, April 16, 2011

apakah hubung kait di antara life vest dan peminta sedekah serta hubungannya dengan KB Mall?

Salam pagi korang..Wehh, bangun awal! Solat subuhhh!

Life vest? Peminta sedekah? KB Mall? Ada hubungan/relation ke?


Ok, tersebutlah kisahhh... Satu petang di hari Jumaat. Az memang beria nak pi KB Mall tu. Dah lama gila tak jejakkan tapak kasut dan tapak tangan kat situ. Last pergi ade laa masa awal tahun ni. Ok, tujuan utamanya Az nak pi cari outfit khas untuk majlis GRAND DINNER PUTERA PERKASA WEEK OF KUPSIS, ade la ala2 prom night gitu. 

Malam tu punya pasal, sebab ada anugerah2 yang bakal dimenangi oleh bebudak laki. Dan yang paling penting tuu, PUTERA PERKASA AWARD lahh. Kalau someone tu menang, memang dikira berprestij giler ahh, sampai juara ABPBH pun tak ambik kisah pun. Btw, Az layak ke? Mimpi je ngko nihhh!

Scene 1

Ok, Az nak cari satu vest ni. Kaler putih. Pastu masuklaaa butik JS (anak jeffer). Pilih punya pilih baju yang tersangkut cantik tu pastu ade satu salesboy sorang ni dengan begitu peramah sekali pun bertanya:

Salesboy: Dik, cari ape? Boleh abang bantu?
Az         : Oh yaa, i need a life vest. *bajet giler ahh cakap omputih*
Salesboy: Life vest?
Az         : Yeah, the white one... *selamba giler*
Salesboy: Terpaku.terkesima.terlopong.terus blah.

Heh? LIFE VEST? Jap jap jap.... AKUUUUUUU TERSALAHHHHHHH CAKAPPPPPPP!!! Ayoyo, amma appa! Life vest buat pe?! Aku nak vest, bukannya life vest!KB MALL nak kena tsunami ke? Aku nak jadik coastguard lak ke? Atau ade orang lemas dalam aquarium pet shop KB Mall tuu???

aku pi cari benda ni kat atas
KB MALL?

Ok, malu. rasa macam bodoh. terus blah. but still control macho.

Terus tak jadik beli vest kat JS. Terpaksa gak beli kat kedai lain. Malu owhh.. Ok, habis cerita pasal life vest.

Scene 2

Lepas beli vest yang diingini tu, dengan suka hati girang gembiranya, terus pusing2 aras 1 KB Mall. Sampai jo kat SonyStore, terus jo berpaling ke arah barisan laptop Sony Vaio E series yang warna warni tu. Tengah ralit tengok price tag yang ternyata 3K ke atas tu, tetiba sweater ku ditarik orang..

-------------

Az: Heiii..! Not my NIKE sweater!! Oii! Ape tarik2 nihh.. *aku paling ke blakang. tengok takde orang.pastu pandang bawah.oh yaa, ade orang.*

Budak tu: %#^*(%#%&*)(*^$$^& 7 RINGGIT $^***&%&. *cakap pe ntahh... yang aku paham 7 ringgit jo dia sebut*

Az: Man aina? Who are you? Adik ni sapew? WHAT DO YOU WANT FROM ME??! *tetiba ringtone lagu Adam Lambert berbunyi.*

Budak tu: !@#$%^&*())) 7 RINGGITTTTTTTTTTTTTTTTT! @##$%^*)(*^ *sambil menghulurkan sekeping kertas 1000 dinar*

Az: ehh? dik, takkan laa sekeping kertas ayat 1000 dinar tu 7 ringgit? *aku pun satu, dah tau budak tu tak reti berbahasa melayu dan hanya tahu sebut 7 ringgit sejak kecik, yang aku jadik wartawan BH pi wawancara budak tu lagi pesal?*. 

-----------

Aku pun tanpa banyak songeh terus laa hulur beberapa ringgit kat budak tu. Pastu tetiba budak tu pun terus ambik kat tangan *rampas camtu jo* dan terus berlari marathon dalam KB MALL tu, entah ke mane lak. Aku dah perhati dah, budak tu asyik tenung jo beg duit aku ni.

gambar hiasan

Kalau dia yang ambik dompet aku sebijik tu, pastu terus blahh, mau tak pengsan aku! Kalaulah dompet aku yang dibawak lari:

  • Hoi, duit anugerah aku dapat hari tu!Tak bank-in lagi tuuuuu!
  • Wehh! Kad ATM BSN akuuu! Takde duit masa nak outinggggg kang!
  • Kad member butik JS aku! Takleh la dapat diskaun lagi pasni!!
  • Kad IC aku!! Nanti kena cop rakyat indon baru tau!


So camner? Dah paham hubung kait antara elemen2 kat atas tu. Yang pasti ianya terjadi kat KB Mall. KB MAll oh KB Mall, benda apa yang tak jadi kat sini?


Nak terjun bangunan tanpa payung terjun? Fuhh, kat sini ade.


Kena langgar kat kereta even dalam mall pun? Kat sini pernah terjadi



So, korang paham dah ke ape kahh hubung kait antara LIFE VEST dan PEMINTA SEDEKAH 7 RINGGIT? Semuanya ade kat KB MALLL!

Friday, April 15, 2011

hadir ABPBH sekolah SMIP punya version. tercalon/menang kah aku?

Salam korang semua..

pic intro entry.. *lengkap berbaju
sekolah nampaknya*

Ok, kali ni nak bagitao kisah masa ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR,SPM & STPM SMK ISMAIL PETRA punya cerita. Neglect jo title yang merapu tu, ingat pihak sekolah nak hampar karpet merah untuk ngko wahai budak ooi? 

Anugerah ni pihak sekolah wajib buat tiap tahun, mostly untuk menghargai pencapaian para pelajar yang excell dalam exam2 besar tu. Time ni laa yang Az tunggu sejak dulu lagi. Sebab? First- dapat balik cuti khas! Takde dah benda lain budak SBP suka kalau bukan balik rumah. Second- dapat jumpa balik geng2 skolah lama, rindu nak buat kecoh balik lah poin utamanya.

yeah, boleh balik KB..!

Dah tau pasal hari anugerah tu jatuh 13 haribulan, terus ambush PK HEM punya office nak mintak cuti! Dapat ahh jugak cuti 5 hari. Pastu terus suruh ustazah pi booking tiket balik dan malam tu jugak habis sumbat benda2 yang Az pakat hentam sumbat jo dalam luggage.

Bertolak dari Jitra pagi Selasa. Dahla naik bas sorang2, pastu dapat jugak seat sorang2, ade laa dalam 7 jam lebih tak keluar sepatah haram pun. Ok, sampai dekat nak maghrib, tido awal untuk esok. BIG DAY!

*dan malam tu aku baru teringat aku tak bawak balik pon baju melayu aku. ok, i'm doomed*

choral speakers!!! as the intro show

So, the BIG DAY has arrived! Terpaksa laa jugak pakai baju sekolah pi majlis tu. Rasa hebat gak ahh dapat langgar protokol majlis. hikhikk. Pastu sampai jo, terus duduk ngan  member2 Az. Kalau misha omar 'bila bunyi bersatu, kau milikku', tapi kalau Az lak, 'bila kita bersatu, dewan petra milik kitaaa' lah jadiknya. Habis segala benda start bercerita, sampai orang VVIP berucap kat depan tak amik kisah. *kureng ajo bebeno kan kitorang?*.

nama tak sebut lagi, dah naik dahh.. haishh!

fake smile.. aku tau lah

pacik menang motor..
eh eh, salah hafal skrip

with this awesome person, that shape me
to become like this nowadays

Time nak kasi hadiah tu, habis semua orang sibok tengah perbetul tudung/samping masing2. Panggil nama sorang2, pastu naik pentas pun penuh beradab bertata susila sekali. Pastu dah habis semua tu, tetiba kaunselor suruh beratur balik kat luar dewan. What for..?! Memang cuak, pastu kaunselor pun sengih2 plus terus cakap yang Az lah yang dapat ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN PMR SMKIP 2010!! 

Speechless. Hahhhhh? Aku?! Memang kaunselor buat surprise menjadi, even Az sendiri sangka si budak Sharman Faiz *tightest opponent ever!* yang dapat anugerah ni. Memang unexpected betul! Alhamdulillah, syukur bebanyak to Allah Almighty. Trimas kat semua pihak, mak ayah, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan semua lahh! Dalam banyak2 budak SMKIP yang cemerlang gemilang semua tu, Az jugak yang cikgu sepakat nak pilih.

priceless

by the grace of time

penerima anugerah khas PMR & SPM
*abe naimm tuu*

Lepas habis majlis tu, terus pi snap2 gambar dulu ngan kengkawan semua. Pastu pi jumpa ngan cikgu-cikgu semua, tanya2 khabar. RIndu giler ahh ngan depa semua nih. Tak sia2 naik bas 7 jam turun naik bukit plus usung beg berat semata-mata nak pi majlis ni.

Kalau nak cerita panjang2 pon, korang takkan baca punya. So, Az letak pics2 sekitar majlis hari tu je laa:

wajah2 si cemerlang.. *wooi, tengok sini laa*

dan aku berbaju pelik.. macam biasa lahh, aku selalu  pelik from the rest

camwhore itu perlu

dengan si anak tauke butik

cikgu zalina's gossiping session

the AYUness of syeera is vividly visible

still; the shortest

with the over-serious BFF

distinct pose

!THE BIG DAY!
AMAZEMENT 
SURPRISE 
ENJOYEMENT 
GRATITUDENESS

Eh ehh dah nak habis dahh?