Saturday, April 30, 2011

Alert!! KUPSIS besieged by the MAHIRIANS!

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang berusahaa... *ehh ehh salah text ni*

Salam di pagi hari and bid u guyz a pleasant morning okay!



4 MAHIR?
KAT KUPSIS EH?
ENGINEERING DRAWING?
10 SUBJEK?
KELAS TERASING?
KELAS CHAMPION KALAU BAB TIDO?

gala putera's night.. let welcome first, the "machoness" of 4M guyz

Yeah, semua elemen2 kat atas tu bukan nak membentuk periodic table ke hape.. But 1 thing for sure, all of the awesomeness, joyfulness, gorgeousness, gedikness, tidurkuatness, bisingness that spawning around all day at KUPSIS. *Hoi! Ngko tu BI dapat C+, ade hati nak tulis entry bahasa white man? Okey2, balik BM balik..*. So, entry ni Az nak cerita banyak2 pasal kelas Az kat KUPSIS nih, tak ya, tak bukan, 4 Mahir lahh!

So, welcome to the club..!


Honestly, kalau Az tanya korang semua, sebut je budak SBP, korang terbayangkan ape? Budak-budaknya pakai spec bingkai besar plus berketebalan 3 inci? Pakai seluar atas pusat? Sikat rambut belah tepi? Berkepit dengan buku 360 000 saat sehari? Duduk row paling depan dalam kelas? Kena basuh underwear sendiri, kaedah manual pulak tu?

The truth is, kitorang bukan camtu okey..!
*tapi still ade laa jugak dua tiga kerat*




Masa first jejak kaki kat kelas ni, semua orang pasif tahap maksima. Termasuk aku dulu, kalau kat SMKIP tu, buat bising dah jadi agenda wajib of the day. Biasa ahh tu, first day kan? Semua sembunyi dulu taring-taring tu. First impression aku kat kelas ni, aku tengok depa semua ni macam genius2 kuasa square cubic root lah semuanya. Muka pun penuh bersinar bling-bling dengan harapan bapak2 ibuk2 nak anak diorang gaining suksess semuanya. 

Pastu, ape yang best sangat pasal kelas ni?




Penghuni kelas ni semuanya ade 27 orang. Nak list down ke? Takpe lahh, nanti jari jemari aku ni lak yang jadik slim tetiba. Save energy nak jawab esei BIO berjela nanti exam mid-year minggu depan ni. Ok, majoriti student dalam kelas ni orang Kedah, pastu Perak, diikuti Penang dan satu-satunya budak Kelate yang ade kat kelas ni. *aku lahh tu*. Pastu lak, satu set-back yang prominent, macam2 dialek laa boleh didengari, tamsilnya:

"ehh sep mung ni nok gi mano gak?" 
"hangpa ni, awat tak habaq?"
"kome nihh, teman taktao pon"

Punyalah complex problem kitorang nak seragamkan sistem bahasa ni. So kate sepakat dari semua orang, at last, kitorang decide se-sinerginya, kena cakap bahasa hindi. Di mana Atmaraaj mengetuai sistem bahasa ni. Bagus gak sistem demokrasi tamadun Yunani yang dipelajari dalam bab 2 Sejarah dipratikkan sebaik mungkin oleh kitorang.



Kalau tanya sorang2, aktiviti ape yang diorang suka kalau masa free-time? Respondan-respondennya yang berjaya dikenalpasti melalui aspek observation dan operational definition antaranya  ialah:



10%- buat homework! takpun studi. ingat pesan mak ayah! geng nerdy dan nerdia. *aku golongan ni kot*
30%- makang! bawak stok makanan sebulan dari locker masuk kelas. *geng control slim gitu*
60%- TIDOOOOOOO! *takyah ulas bebanyak ahh, semuanya udah ngerti kok*


Camner ehh lak bebudak kelas ni?


Kalau diikutkan gambar2 kat atas ni, kitorang memang HYPERACTIVE kanak2 ribena gitu. Kalau nak diikutkan, banyak jenis ahh perangai yang boleh dilihat dalam kelas ni. Yang banyak cakap ntah ape-ape, yangyang study non-stop masa prep, yang suka tawaf sekolah, yang selalu buat lawatan muhibah ke jamban2 sekitar sekolah pun ade, yang homework tak siap tapi exam still dapat  A+ berbijik-bijik, yang gedik sangat nak tulis pasal kelas dia dalam blog takde orang nak baca pun ade gak. Sape ahh tu?




Kelas kami memang special sikit from the rest of form 4. Iyo lahh, kitorang ambik satu xtra subject. Kelas kitorang pun terasing sikit dari peningkatan ketamadunan manusian nun di tingkat bawah tu. Kalau nak kira kan, kelas ni memang banyak orang-orang penting dalam form 4 ni. Ketua  pelajar batch form 4? (Afiq Adib Akashah) Penolong ketua pelajar batch form 4? (Nurfarhanah Azmi) Bendahari batch form 4? (Syaqib Sukiman) Setiausaha batch form 4? (Manirah Mahmad). 


Tu semua student 4 Mahir lahh. Tu tak kira ketua dorm lagi, ade 4 orang ketua dorm kalau tak silap (Azil, Syahmi, Amir... dan aku. ehehh). Insyaallah, nanti tahun depan jawatan2 tertinggi dan penting sekolah pun bebudak 4 Mahir yang conquer. *whoaa, gila kuasa betol nampak!*




Time study lak, kitorang study betul2. Habis pikiaq2 sampai pikiaq masalah sejagat benua mane lahh masa study tu. Walaupun ade lahh sorang dua buat lawak tanpa punyai motif yang signifikan, kitorang still study. Yang kalau tertidur masa sesi P&P, especially masa Math Mode tu kitorang susun sepuloh jari minta maaf kat cikgu okay. Memang adat istiadat di asrama, ngantuk dalam kelas kan? 


Cikgu-cikgu yang ajar kitorang lak, semuanya gempak2 belaka. Dari kesungguhan cikgu Ierda Wirna ajar Add Math, usaha cikgu Ruslawati nak bagi bebudak paham momentum sepaham-pahamnya, modus operandi cikgu Hazwani main letup2 akaline metal dalam air, pastu teacher Hasrin pakai lawa-lawa nak attract kitorang  dapat A+ for English, semuanya memang tenaga pengajar awesome tahap zenith..!



Tak dilupakan jugak kepada kawan2 kitorang yang genius tu, yang sanggup ajar kitorang benda2 yang tak paham. Sori sori to Atma sebab kitorang punya abundant soalanlah, kome tak sempat nak siapkan kerja2 kome tuh. Takpe, Atma tak kisahh pun, dah memang naturally genius. *aku bila lagih?*. Tak lupakan jugak kepada Hilmi Hamzah yang ajar aku banyak benda pasal Add Math, even hang tu memang annoying giler. Pastu gak sekalung apresiasi to Manirah Mahmad sebab fearless dalam bab tanya2 soalan, di samping buatkan kitorang dapat xtra knowledge.



Habis berjela aku tulis entry cecah ISS. So, konklusinya,

I AM SO GLAD TO BE A PART OF MAHIRIANS!
I MEAN, SO SO SOO GLAD TO BE PART OF IT!


ONLY
IN
4 MAHIR.

KELAS 
LAIN
ADE 
KE?


Thanx korang semua, sebab buatkan kelas kita stand out *boleh dikatakan kot* kat KUPSIS nih. Salute ahh kat korang semua. Promise me, geng kita jangan berpecah, jangan gaduh2, jangan buat kontroversi murahan, jangan mencapap tahap maksima, jangan cari masalah, jangan jadik topic hot program bual bicara para guru dalam staff room dan paling, paling penting sekali, 

HANGPA NAK 10A+ KAN???!

so, prove it that we are able to achieve it!
yes, surely we're able to  do so,
coz we're the pioneer of this school,
there's no one else..!

InsyaAllah, SPM 2012


3 comments:

farahatiqah said...

eh my old classmate. hilmi hamzah laa. heh

AD. said...

serius wa jeles baca cerita lu.

hikkss :)

Atma said...

haha...dude, just read this again..bring back great memories...sweet ones..thx