Saturday, April 16, 2011

apakah hubung kait di antara life vest dan peminta sedekah serta hubungannya dengan KB Mall?

Salam pagi korang..Wehh, bangun awal! Solat subuhhh!

Life vest? Peminta sedekah? KB Mall? Ada hubungan/relation ke?


Ok, tersebutlah kisahhh... Satu petang di hari Jumaat. Az memang beria nak pi KB Mall tu. Dah lama gila tak jejakkan tapak kasut dan tapak tangan kat situ. Last pergi ade laa masa awal tahun ni. Ok, tujuan utamanya Az nak pi cari outfit khas untuk majlis GRAND DINNER PUTERA PERKASA WEEK OF KUPSIS, ade la ala2 prom night gitu. 

Malam tu punya pasal, sebab ada anugerah2 yang bakal dimenangi oleh bebudak laki. Dan yang paling penting tuu, PUTERA PERKASA AWARD lahh. Kalau someone tu menang, memang dikira berprestij giler ahh, sampai juara ABPBH pun tak ambik kisah pun. Btw, Az layak ke? Mimpi je ngko nihhh!

Scene 1

Ok, Az nak cari satu vest ni. Kaler putih. Pastu masuklaaa butik JS (anak jeffer). Pilih punya pilih baju yang tersangkut cantik tu pastu ade satu salesboy sorang ni dengan begitu peramah sekali pun bertanya:

Salesboy: Dik, cari ape? Boleh abang bantu?
Az         : Oh yaa, i need a life vest. *bajet giler ahh cakap omputih*
Salesboy: Life vest?
Az         : Yeah, the white one... *selamba giler*
Salesboy: Terpaku.terkesima.terlopong.terus blah.

Heh? LIFE VEST? Jap jap jap.... AKUUUUUUU TERSALAHHHHHHH CAKAPPPPPPP!!! Ayoyo, amma appa! Life vest buat pe?! Aku nak vest, bukannya life vest!KB MALL nak kena tsunami ke? Aku nak jadik coastguard lak ke? Atau ade orang lemas dalam aquarium pet shop KB Mall tuu???

aku pi cari benda ni kat atas
KB MALL?

Ok, malu. rasa macam bodoh. terus blah. but still control macho.

Terus tak jadik beli vest kat JS. Terpaksa gak beli kat kedai lain. Malu owhh.. Ok, habis cerita pasal life vest.

Scene 2

Lepas beli vest yang diingini tu, dengan suka hati girang gembiranya, terus pusing2 aras 1 KB Mall. Sampai jo kat SonyStore, terus jo berpaling ke arah barisan laptop Sony Vaio E series yang warna warni tu. Tengah ralit tengok price tag yang ternyata 3K ke atas tu, tetiba sweater ku ditarik orang..

-------------

Az: Heiii..! Not my NIKE sweater!! Oii! Ape tarik2 nihh.. *aku paling ke blakang. tengok takde orang.pastu pandang bawah.oh yaa, ade orang.*

Budak tu: %#^*(%#%&*)(*^$$^& 7 RINGGIT $^***&%&. *cakap pe ntahh... yang aku paham 7 ringgit jo dia sebut*

Az: Man aina? Who are you? Adik ni sapew? WHAT DO YOU WANT FROM ME??! *tetiba ringtone lagu Adam Lambert berbunyi.*

Budak tu: !@#$%^&*())) 7 RINGGITTTTTTTTTTTTTTTTT! @##$%^*)(*^ *sambil menghulurkan sekeping kertas 1000 dinar*

Az: ehh? dik, takkan laa sekeping kertas ayat 1000 dinar tu 7 ringgit? *aku pun satu, dah tau budak tu tak reti berbahasa melayu dan hanya tahu sebut 7 ringgit sejak kecik, yang aku jadik wartawan BH pi wawancara budak tu lagi pesal?*. 

-----------

Aku pun tanpa banyak songeh terus laa hulur beberapa ringgit kat budak tu. Pastu tetiba budak tu pun terus ambik kat tangan *rampas camtu jo* dan terus berlari marathon dalam KB MALL tu, entah ke mane lak. Aku dah perhati dah, budak tu asyik tenung jo beg duit aku ni.

gambar hiasan

Kalau dia yang ambik dompet aku sebijik tu, pastu terus blahh, mau tak pengsan aku! Kalaulah dompet aku yang dibawak lari:

  • Hoi, duit anugerah aku dapat hari tu!Tak bank-in lagi tuuuuu!
  • Wehh! Kad ATM BSN akuuu! Takde duit masa nak outinggggg kang!
  • Kad member butik JS aku! Takleh la dapat diskaun lagi pasni!!
  • Kad IC aku!! Nanti kena cop rakyat indon baru tau!


So camner? Dah paham hubung kait antara elemen2 kat atas tu. Yang pasti ianya terjadi kat KB Mall. KB MAll oh KB Mall, benda apa yang tak jadi kat sini?


Nak terjun bangunan tanpa payung terjun? Fuhh, kat sini ade.


Kena langgar kat kereta even dalam mall pun? Kat sini pernah terjadi



So, korang paham dah ke ape kahh hubung kait antara LIFE VEST dan PEMINTA SEDEKAH 7 RINGGIT? Semuanya ade kat KB MALLL!

2 comments:

✿ YaYa ✿ said...

ha3.. gom sngguh amal nih.. suko selok kakyaya baco.. =p

Kim said...

life vest?? haha
sumax molep