Thursday, June 30, 2011

Add Math dapat C pun boleh naik stage?

Pekabo macik pacik? Sehat?

tunjuk kaki pesal?

Memori exam tengah tahun hari tu dah lama kena permanent delete diminda. Eh ehh, takkan result tak dapat lagi kott? Punyalah terkejar satu sekolah cari cikgu tanye markah. Overall, exam time ni result Az jatuhhhh la sikit tapi bukanlaa jatuh gedebuk kutip fail berbijik-bijik ke hape, tapi ade laa jugak subjek yang exam first tu yang buat skydiving dalam record book. So, ni analisa exam mid-year tuan punya belog ni :

BM - 89% (A)
BI - 73 (A-)
MATHEMATICS - 75 (A-)
SEJARAH - 79 (A-)
PAI - 94 (A+)
PHYSICS - 91 (A+)
BIOLOGY - 67 (B+)
CHEMISTRY - 69 (B+)
ENGINEERING DRAWING - 65 (B+)
ADD MATHS - 50 (C)

Gred - 6A,3B,1C (2A+,1A,3A-,3B+,1C)
Kedudukan (kelas) - 5/27
Kedudukan (tingkatan) - 22/194

Yang tak dapat A tu, yakni subjek BIO, CHEM, ED & ADD MATHS! Bio sebab paper 3 Az tak hafal experiment paper 3, so 17 marks berterbangan dengan sukses sekali. CHEM lakk sebab aku spoil paper 2 punya essay section. Soalan ade boleh lakk tanya catalyst, transition dan pebenda lagi lahh yang kat hujung2 chapter 4 tu, yang aku masih kurang paham. dan tak baca sebenarnya. Nah ngko kutip la telur ayam dalam  reban 10 markah essay section C tuu..

eeii, seram taraf insidious

ED lak sebab tetiba aku blank time nak construct drawing tuu, habis buat ikut sedap bodi  je. Apex angle nak buat camner dahh? Semicircle tu kena bisect kat mana satu hoi? Kena buat enlargement ke reduction ni hah? Tu laaa sape soh liat sangat nak bayar harga buku ED, sampai tangguh tengah taun walhal cikgu bising2 soh bayo? Ohh yaa, lagi satu, Add Maths. Ok bye, benda ni malas nak cerita...

Ehh ehh cerita sensasi mane takleh cerita lakk.. The night before exam Add Maths tuu, punya lah mengadap 3,4 jenis buku exercise Add Maths. Okey, banyak laa jugak soklan yang aku tahu buat. Bajet boleh lepas laa exam esok tu? Punya lah senang hati. Pastu esok harinya, time exam... OMAIGOD! Soalan ntah ape2. Jauh beza ngan soalan aku jawab malam semalam! Time nak jawab pun kena serang parkinson, bergego satu bodi .. Sampai ke nak cari min/max value pun dah tetiba blank! Trauma terus satu hari. Tu laa pasal, soklan SBP susahnya berganda-ganda dari soklan skolah biasa.

bersamping bersongkok meminang niat dihati

Tapi, yang aku heran ni.. Yang dapat Add Maths markah nak rapat 100% pun ade la 2,3 orang. Kawan aku sorang tu lakk bolehnya pi bedal 100% untuk ED? Classmate aku lagi sorang tuu, bolehnya dapat essay BI hampir full marks? Perghh, and i just like what?? Hangpa ni orang kaaa? Nak cakap korang study memanjang takde laa nampak lakk..

***************

Aku ingat lagi time exam, cikgu yang jaga exam tu selalu habaq kalau nak naik stage time hari anugerah cemerlang buat lah exam elok2. Dalam hati, ergh, mimpi jelaaa ngko ni.. Pastu bila keluar result penuh,  tetiba nama aku tersenarai gak dalam penerima anugerah HAC tuu. Hepi bukan main, tak sangka lakk Add Math C pun boleh naik stage? Rupanya depa kira pointer. Yang atas 3.2, maka layaklah nak naik stage hari tuu. 

kipas handmate si penyelamat

Event HAC ni buat julung pertama kalinya KUPSIS buat. So, pengetua nak sesangat event ni jadik grand giler, tambah lagi VVIP yang akan datang rasmi majlis. Punya lah 2,3 hari sebelum tu, habis cikgu bizi buat preparation yang patut. Yang penerima anugerah ni lakk, bersungguh rehearse dari pagi ke petang, semata nak bagi flow event tu lancar. MC tu lakk gerenti berbuih mulut sebut name list panjang berjela.



Punya lah eksaited plus neves time tunggu turn. Time just before nak naik stage tu lahh, tali kasut tetiba mogok nak terurai lahh, samping lak mula nak senget tanpa notis lahh, rasa nak garu kepala yang tersedia gatal laa... Nasib baik tak jadi ape2 time terima anugerah tuu. Fuhh, syukur2. Imagine kalau time nak ambik tu tetiba samping terlondeh? Gerenti pemes esok harinya.

BT? FAIL..

Dapat laa gak sijil ngan plak tu. Yang paling takleh blah.. kat sijil tu, ade ke patut tulis nama aku BERBINTI? Omaigod, buka seluar check balik! Tapi takpe laa, at least wall of fame kat  rumah aku tu terisi.. Siaplaa, nanti exam akhir tahun, aku akan strive giler2 nak lintas hangpa!

Btw, congratz kat semua penerima anugerah hari tuu, tak dilupakan gak kepada cikgu2, staf2 dan bebudak lain sebab organize majlis ni sebaiknya. Haa, tak lupa gak kepada 5 orang budak form 4 yang dapat straight A's tuu.

Ingat aku takleh join masuk group hangpa ke hahhh??!
*eh ehh terlebih semangat plak*



Wednesday, June 29, 2011

Planking: Budak SBP punya version!

Bid an awesome day, guyz!

Planking? Podio ni? Bagi yang tak tau lagi tu, planking dari segi istilah boleh didefinasikan sebagai sejenis perlakuan manusia dimana mereka  akan baring kat something, face down pastu kena stay duk diam diam kat situ berapa lama korang nak. Tambah unik lagi kalau posisi baringan korang tu amatlah pelik plus susah nak buat. Kalau nak lagi ekstrem, buat 'planking' ni kat tempat public paling mengarut.. Kalau dicop 'orang gila' tu dijamin terjadi lahh. Nak try buat tak??!

Antara contoh planking yang korang tak perlu lahh gedik nak cuba:

protes minyak masak naik 10 hinggit kot

deria bau kalah anjing time nak beli barang shopping

rumah urut service tax naik ke bang?
duit minyak tak bayo, nak lari letuww..

Kalau kat Malaysia lakk, 'sukan' planking ni baru nak menapak. Az belum tengok lagi orang planking live punya version. Ahahh, kalau tetiba korang nampak someone tengah terbaring kaku kat lantai mall ke, jangan cepat2 gelabah talipon FBI, NATO atau NASA ke hape. Tanye dulu, "kakk, kakk tengah planking ke..?" . Kalau tak terjawab maknanya betul lahhtu. Save siap2 nombor agensi di atas dalam iPong korang.

work-out baru nak dapat six-pack ke ni?
malam nanti maskot MC'D cari hang baru tao
JPJ tengah lahap dunkin donut kot time ni

Emm, sebut pasal 'sukan' ni, korang tak terdetik ke nak cuba hah? Punya lahh kuat terpengaruh, tak tersangka lak aku pun terjebak jugak. Nak dijadikan cerita, time tu bebudak Kelantan kena balik bas malam. So, petang tuu kitorang punya free time memang panjaaaangg. Bebudak lain dah balik awal dah, tinggallah bebudak negeri jauh, tunggu bas malam. Tetiba, terlintas lakk nak buat planking ni. So apolagi, terus grab kamera pastu menggila ngan kawan satu kepala kat area sekolah petang tuu..

 Antara aksi planking yang sempat dibuat:

planking muka bawah la! *dalam hati--eei tak sanggup!"

eh ehh yang ni sanggup plak noh

cam mangsa kena tolak beranda KLCC tingkat 88 jer

aik? kepala aku mane?

ohh yaa, exercise wajib buat before planking

takot ahh tuu?!

Time boring2, macam2 boleh jadik. Tapi sukan ni takde lahh buat kita jadi sihat cergas jasmani pun, cuma dapatla title "pencapap terunggul abad ini" kat hangpa..Btw, kalau korang nak try buat planking jugak, tengok tempat & masa tuu dulu. Jangan sibok-sibok ehh ehh aku nak planking tengah highway pastu nak buat profile pic FB besaq2. Yang ni namanya planking bawah tayar lori kontena doploh tan untuk selamanya lah kalau nak tahu.



Aikk?? Facebook aku punya tapi pesal papa aku lakk yang kena mentioned? Nampaknya peribahasa "lembu punya susu, sapi dapat nama" perlu kena tukar ngan "anak punya Facebook, ayah dapat nama". Baru betul tuu. Kan kan?




Monday, June 06, 2011

At last, cik Apple aku punya...! Hahahahaaahhh *gelak nafsu melampau gitu*

Salam macik pacik dato' datin tan seri tuan puan nyonya baba semuanya... 

Hahh? Biar betul ngko nih? Kau ngan cik Apple dah jadik kaple ehh? I mean, cik Apple tu? Blogger gelamor pemes amos kiut gebu miut tuu?


Hoi hoi, bila lak aku kaple ngan die nih lak hoi? Pastu budak Ipoh yang aku tackle hari tu nak lambung kat ner hoi? Tak pasal nanti kecoh dalam BPop 12 Jun Kak Pora punya kolum kang. Cik Apple ni abang Shaheizy dahh yang punya, pekes lakk aku nak kacau depa ni?

Habis tu hoi??

Ekceli, cik Apple ni yang aku dah punya sebenonya...

=
=
=
=
=
=
=


Cik Apple iPad 2..!!!

Fuhh, lame giler tunggu objek berpetak segi ni sampai kat Kelantan. Punya lahh order sebulan dulu, minggu lepas baru sampai. Tu pun beli yang import terus dari US ni. Kalau nak tunggu yang masuk Malaysia betul2, alamatnya bulan depan kot baru sampai. Btw, trimas bebanyak kat papa Az sebab beli gak benda ni. So, Az nak buat mini review ahh sikit pasal iPad 2 ni okay...

Tech Spec


Papa Az beli iPad2 16GB WiFi punya edition, RM 1699 sebijik. At first, memang nak beli yang WiFi plus 3G tu, tapi tengok kena bayar postpaid bulanan pebenda kejadah lagilah, terus tak jadik beli. Yang wifi saje pun dah okay dahhh pun. Az memang pilih white edition punya. Suci murni brand minyak masak gitu. Ohh yaa, pakej pembelian dia kasi charger, pastu wire USB untuk syncing sebijik. Pastu cover jacket kaler hitam tu lakk additional purchase lah kira. 


Ipad2  tu ni memang nipis skit dari abang sulung die. Skrin die lak 9.7 inch, memang good quality punya. Skrin tu akan adjust die punya brightness ikut kecerahan surrounding. So, korang takdelah nak sakit mata tengok sekerin terang benderang dalam gelap. Processor die lak dah diupgrade dari version iPad 1, iaitu diorang letak processor lebih pantas plus tambah grafic, performance, battery life dan segala jenislah yang  lebih power camtu.

iTunes, AppStore & iBooks



Kalau korang nak purchase lagu ke, music video ke, podcast ke, korang lehh la bukak iTunes. Kat situ memang banyak ahh lagu, album dan sama waktu dengannya. Kalau kat App Store lak, korang leh purchase myriads of  games, applications dan tools. Ade laa lebih kurang 65 000 apps ade dalam tuu. Sama ada free mahupun berbayo. iBooks lah cam lebih kurang korang punya library ahh. Korang boleh gak nak purchase macam2 jenis buku. Semua transaksi kena guna credit card. Beringat gak time nak beli tuu, sebab currency apps tu dalam US$ dollar.  Nanti kang hujung bulan kena block credit card merana emosi jasmani baru tau. 

iPod & Videos

content available on iTunes

Music player kat iPad ni diorang panggil iPod. Kat sini, korang leh sync ape2 lagu via iTunes atau just purchase lagu kat iTunes tu. Same ahh macam videos gak. Tapi kan, album cover flow cam kat iPhone tu takde lak kat iPad ni. Ntah lahh nape. Plus lagi, korang boleh mainkan video HD kat video player tu. Ikut suka hati korang lah nak masukkan pe pun, tapi janganlah sampai over-capacity memory tu sampai meletop lak ehh.

Games

available at AppStore

Haa, yang ni paling best. Korang leh laa nak download beribu-raban jenis games kat AppStore tu. Tapi kalau yang free punya, mesti games tu just trial version atau percubaan je. Nak ke tak, korang terpaksa ahh beli yang berbayar punya edition. Games paling murah US$ 0.99 dan paling mahal lakk ade lah dalam puluh2 dollar gitu. Games dia lak korang just perlu touch picit tekan kesana kemari atau just gerak-gerak pusing  ipad 2 atas bawah kiri kanan tenggara barat daya, asalkan jangan melambung jatuh freefall sudah.

Apps & Tools



Nak check weather kot kot takleh buat date kat taman? Nak check maps takut sesat rumah rombangan meminang? Nak tao perkembangan semasa pebenda kah yang terjadi di seantero dunia ni? Malas nak usung dictionary bertan2 tapi perlu nak cari maksud? Install je apps2 yang ade tu kat iPad ni. Kan senang? 

Social Networking & Connectivity


Kat iPad ni korang leh bukak ape je pun. Twitter? Facebook? Blog? E-mail? Tapi dengan syarat ade line WiFi lah. Kalau yang model 3G tu lakk korang boleh bukak kat mane2 asal ade line 3G jer.  Bluetooth pun korang leh guna, tapi kan bluetooth hanya limited untuk penggunaan accessories & headphone bluetooth cap Apple je. Kalau korang nak transfer file ke hape, takleh laa pulak. Huhh, cerewet betoi gak laa. Haa, kalau korang nak call & texting sape2 pun boleh, tapi kena ade software khas untuk call & line WiFi available tu lahh dulu. 

Camera & Video Recording 


Kalau kat iPad 1, kamera & fungsi rakaman video takde disediakan. Tapi kat iPad 2, diorang dah tambah dah fungsi ni. Kamera kat depan dan kat belakang beresolusi VGA untuk snap pic meanwhile untuk rakaman video lak, boleh record video HD 720p. Besides, kamera ni gak dikhaskan untuk penggunaan Facetime, cam yang ade kat iPhone 4 & iPod Touch 4 tuu. Tapi lak, kamera iPad2 ni taklah gempak mane pun, kualiti imej pun biasa2 je. Memang jauh beza ahh ngan kamera di-es-el-ar tuuu.. Memang Apple tak ambik berat pasal kamera ni pun. Pesal ehh Steve Jobs? Mintak expelen cikit...!

adik-beradik lahh ni?

To sum up, iPad 2 ni memang bagus, syok & memang best giler ahh. Kalau korang nak beli sebijik pun, Az memang recommended pun.  Tapi kan, lebih baik korang beli yang berkapasiti besar terus, cam 64GB sebab memang takkan cukup kapasiti punya lahh. Gerenti ahh, barangan Apple memang takkan hampakan korang punya lahh! Kalau nak tunggu iPad3 punya menjengah pasaran, tunggu lah tahun depan lak ehh.


Wednesday, June 01, 2011

Fakta yang memang betul sejak dua menjak ni


Salam korang, kalian, kome, mu, hang, dan etc lagi lah kata ganti nama diri kedua..


Betul tak?

Kalau nak diikutkan skang ni, DSLR cam dah jadi satu trend. Kalau pergi je kat mane2, even kat jamban awam pun gerenti lahh benda ni  tersangkut terlilit terbelit tergedik kat tengkuk. Yang jadik problemnya, DSLR tu bukannya budak2 skang ni betul2 pandai guna pon.. Yang Az perhatikan, orang2 yang guna DSLR ni  boleh dikelaskan dalam banyak katogeri gak lahh:

Katogeri #1- Yang tau guna DSLR betul2

pacik ni TERlebih tau guna


Bukan setakat pulas mode dial je tau, habis setting camera tu dalam kepala je. Kalau scene tu camni, aperture  patut adjust F value tu berapa, shutter speed berape banyak, exposure compensation nak plus ke minus, senang cakap semua pandai setting lahh. Orang camni selalunya ade minat mendalam dalam bab2 fotografi ni dan boleh diharapkan untuk buat photoshoots raja 24 jam kita nanti. Diorang ni kalau guna DSLR entry-level cam 1000d pun hasilnya gerenti gempak giler ahh!

Katogeri #2- Bajet eksyen je terlebih

macam macikk kew?


Dah skang ni sibuk tengok orang kehulu kehilir usung objek berpetak gedabak ni, golongan ni pun sibuk nak join-the-club lah jugak. Lalu je depan kedai kamera, panjang tengkuk2 persis zirafah pointing jari sambil terjerit-jerit, "Mummy nak tuu, alahhh beli lahh...! kawan baby punya tok wan pun ade benda nihh..". Golongan camni biasanya tau lilit2 sangkut action kat tengkuk je. Time snap pic tu lakk guna mode  Autoooooooooooooo je memanjang. Kadang tuu, tertanya-tanya, "mummyyy, mane butang flash ni??! baby nak snap pic orang negroo ni..!"


Katogeri #3- Ehh ehh nak pegang japp, nak pegang jappppp! Bak sini laaaaaaaaaa!

bajet nak buat profile pic FB lah tu?

Dalam banyak2 katogeri, yang ni paling meruntun emosi. Dah tengok member dia *dan juga golongan katogeri ke-2* bimbit DSLR, sibok lahh nak pegang jugak. Dahtu, sampai kalut nak snap pic, pegang pun tak betul. Paling tak tahan, lens cover pun tak bukak lagi plus tengok kat sekerin hoi hoi pesal ni tak keluar ape2 gambar? Pastu, sibok ahh tanya, "awat gelap ni hoi???". Kalau bagi Nikon D3X pun gerenti butang on pun teraba tercari. Uh uhh, pathetic sengoti. 

*****************

So, korang semua kat luar tu,, especially yang ade DSLR tu, manfaatkanlah DSLR korang dengan sebaiknya. Beli beribu-raban, tapi nak guna pun tak master lagi. Kalau camtu, buat pe bazirkan duit camtu je? Lebih baik  duit tu korang bank-in  kat akaun editor blog yang korang sedang menghadap skang ni kan?

Ehh ehh, lupa nak tanya, korang ni katogeri mane ehh?