Thursday, June 30, 2011

Add Math dapat C pun boleh naik stage?

Pekabo macik pacik? Sehat?

tunjuk kaki pesal?

Memori exam tengah tahun hari tu dah lama kena permanent delete diminda. Eh ehh, takkan result tak dapat lagi kott? Punyalah terkejar satu sekolah cari cikgu tanye markah. Overall, exam time ni result Az jatuhhhh la sikit tapi bukanlaa jatuh gedebuk kutip fail berbijik-bijik ke hape, tapi ade laa jugak subjek yang exam first tu yang buat skydiving dalam record book. So, ni analisa exam mid-year tuan punya belog ni :

BM - 89% (A)
BI - 73 (A-)
MATHEMATICS - 75 (A-)
SEJARAH - 79 (A-)
PAI - 94 (A+)
PHYSICS - 91 (A+)
BIOLOGY - 67 (B+)
CHEMISTRY - 69 (B+)
ENGINEERING DRAWING - 65 (B+)
ADD MATHS - 50 (C)

Gred - 6A,3B,1C (2A+,1A,3A-,3B+,1C)
Kedudukan (kelas) - 5/27
Kedudukan (tingkatan) - 22/194

Yang tak dapat A tu, yakni subjek BIO, CHEM, ED & ADD MATHS! Bio sebab paper 3 Az tak hafal experiment paper 3, so 17 marks berterbangan dengan sukses sekali. CHEM lakk sebab aku spoil paper 2 punya essay section. Soalan ade boleh lakk tanya catalyst, transition dan pebenda lagi lahh yang kat hujung2 chapter 4 tu, yang aku masih kurang paham. dan tak baca sebenarnya. Nah ngko kutip la telur ayam dalam  reban 10 markah essay section C tuu..

eeii, seram taraf insidious

ED lak sebab tetiba aku blank time nak construct drawing tuu, habis buat ikut sedap bodi  je. Apex angle nak buat camner dahh? Semicircle tu kena bisect kat mana satu hoi? Kena buat enlargement ke reduction ni hah? Tu laaa sape soh liat sangat nak bayar harga buku ED, sampai tangguh tengah taun walhal cikgu bising2 soh bayo? Ohh yaa, lagi satu, Add Maths. Ok bye, benda ni malas nak cerita...

Ehh ehh cerita sensasi mane takleh cerita lakk.. The night before exam Add Maths tuu, punya lah mengadap 3,4 jenis buku exercise Add Maths. Okey, banyak laa jugak soklan yang aku tahu buat. Bajet boleh lepas laa exam esok tu? Punya lah senang hati. Pastu esok harinya, time exam... OMAIGOD! Soalan ntah ape2. Jauh beza ngan soalan aku jawab malam semalam! Time nak jawab pun kena serang parkinson, bergego satu bodi .. Sampai ke nak cari min/max value pun dah tetiba blank! Trauma terus satu hari. Tu laa pasal, soklan SBP susahnya berganda-ganda dari soklan skolah biasa.

bersamping bersongkok meminang niat dihati

Tapi, yang aku heran ni.. Yang dapat Add Maths markah nak rapat 100% pun ade la 2,3 orang. Kawan aku sorang tu lakk bolehnya pi bedal 100% untuk ED? Classmate aku lagi sorang tuu, bolehnya dapat essay BI hampir full marks? Perghh, and i just like what?? Hangpa ni orang kaaa? Nak cakap korang study memanjang takde laa nampak lakk..

***************

Aku ingat lagi time exam, cikgu yang jaga exam tu selalu habaq kalau nak naik stage time hari anugerah cemerlang buat lah exam elok2. Dalam hati, ergh, mimpi jelaaa ngko ni.. Pastu bila keluar result penuh,  tetiba nama aku tersenarai gak dalam penerima anugerah HAC tuu. Hepi bukan main, tak sangka lakk Add Math C pun boleh naik stage? Rupanya depa kira pointer. Yang atas 3.2, maka layaklah nak naik stage hari tuu. 

kipas handmate si penyelamat

Event HAC ni buat julung pertama kalinya KUPSIS buat. So, pengetua nak sesangat event ni jadik grand giler, tambah lagi VVIP yang akan datang rasmi majlis. Punya lah 2,3 hari sebelum tu, habis cikgu bizi buat preparation yang patut. Yang penerima anugerah ni lakk, bersungguh rehearse dari pagi ke petang, semata nak bagi flow event tu lancar. MC tu lakk gerenti berbuih mulut sebut name list panjang berjela.



Punya lah eksaited plus neves time tunggu turn. Time just before nak naik stage tu lahh, tali kasut tetiba mogok nak terurai lahh, samping lak mula nak senget tanpa notis lahh, rasa nak garu kepala yang tersedia gatal laa... Nasib baik tak jadi ape2 time terima anugerah tuu. Fuhh, syukur2. Imagine kalau time nak ambik tu tetiba samping terlondeh? Gerenti pemes esok harinya.

BT? FAIL..

Dapat laa gak sijil ngan plak tu. Yang paling takleh blah.. kat sijil tu, ade ke patut tulis nama aku BERBINTI? Omaigod, buka seluar check balik! Tapi takpe laa, at least wall of fame kat  rumah aku tu terisi.. Siaplaa, nanti exam akhir tahun, aku akan strive giler2 nak lintas hangpa!

Btw, congratz kat semua penerima anugerah hari tuu, tak dilupakan gak kepada cikgu2, staf2 dan bebudak lain sebab organize majlis ni sebaiknya. Haa, tak lupa gak kepada 5 orang budak form 4 yang dapat straight A's tuu.

Ingat aku takleh join masuk group hangpa ke hahhh??!
*eh ehh terlebih semangat plak*



3 comments:

Nur Syamilah Solehan said...

amal..v gak tips cket nop buleh fizik A+.. :)

amy azuha said...

wekkk..amal poyosss :P

Tuan Besar said...

Cehhh hebat betul result :D