Wednesday, June 01, 2011

Fakta yang memang betul sejak dua menjak ni


Salam korang, kalian, kome, mu, hang, dan etc lagi lah kata ganti nama diri kedua..


Betul tak?

Kalau nak diikutkan skang ni, DSLR cam dah jadi satu trend. Kalau pergi je kat mane2, even kat jamban awam pun gerenti lahh benda ni  tersangkut terlilit terbelit tergedik kat tengkuk. Yang jadik problemnya, DSLR tu bukannya budak2 skang ni betul2 pandai guna pon.. Yang Az perhatikan, orang2 yang guna DSLR ni  boleh dikelaskan dalam banyak katogeri gak lahh:

Katogeri #1- Yang tau guna DSLR betul2

pacik ni TERlebih tau guna


Bukan setakat pulas mode dial je tau, habis setting camera tu dalam kepala je. Kalau scene tu camni, aperture  patut adjust F value tu berapa, shutter speed berape banyak, exposure compensation nak plus ke minus, senang cakap semua pandai setting lahh. Orang camni selalunya ade minat mendalam dalam bab2 fotografi ni dan boleh diharapkan untuk buat photoshoots raja 24 jam kita nanti. Diorang ni kalau guna DSLR entry-level cam 1000d pun hasilnya gerenti gempak giler ahh!

Katogeri #2- Bajet eksyen je terlebih

macam macikk kew?


Dah skang ni sibuk tengok orang kehulu kehilir usung objek berpetak gedabak ni, golongan ni pun sibuk nak join-the-club lah jugak. Lalu je depan kedai kamera, panjang tengkuk2 persis zirafah pointing jari sambil terjerit-jerit, "Mummy nak tuu, alahhh beli lahh...! kawan baby punya tok wan pun ade benda nihh..". Golongan camni biasanya tau lilit2 sangkut action kat tengkuk je. Time snap pic tu lakk guna mode  Autoooooooooooooo je memanjang. Kadang tuu, tertanya-tanya, "mummyyy, mane butang flash ni??! baby nak snap pic orang negroo ni..!"


Katogeri #3- Ehh ehh nak pegang japp, nak pegang jappppp! Bak sini laaaaaaaaaa!

bajet nak buat profile pic FB lah tu?

Dalam banyak2 katogeri, yang ni paling meruntun emosi. Dah tengok member dia *dan juga golongan katogeri ke-2* bimbit DSLR, sibok lahh nak pegang jugak. Dahtu, sampai kalut nak snap pic, pegang pun tak betul. Paling tak tahan, lens cover pun tak bukak lagi plus tengok kat sekerin hoi hoi pesal ni tak keluar ape2 gambar? Pastu, sibok ahh tanya, "awat gelap ni hoi???". Kalau bagi Nikon D3X pun gerenti butang on pun teraba tercari. Uh uhh, pathetic sengoti. 

*****************

So, korang semua kat luar tu,, especially yang ade DSLR tu, manfaatkanlah DSLR korang dengan sebaiknya. Beli beribu-raban, tapi nak guna pun tak master lagi. Kalau camtu, buat pe bazirkan duit camtu je? Lebih baik  duit tu korang bank-in  kat akaun editor blog yang korang sedang menghadap skang ni kan?

Ehh ehh, lupa nak tanya, korang ni katogeri mane ehh? 


No comments: