Sunday, July 31, 2011

Headless chicken mayhem!

Ni pesal lakk? Ayam takde kepala mane plak ni yang ambush sekolah aku? 

model Hi-5 tepi longkang

Oit, takde laa mai ambush ke hape.. Haa, meh aku cerita sikit pasal program  ni yang terbuat kat sekolah aku iaitu Amali Sembelihan. Best jugaklahh ehh, sebab kite just belajar dalam kelas hadis sembelihan tu, dalam subjek PAI form 3. Tapi yang tak best lak, kita just belajar, kalau takde praktikal pun, bukannya menjadi kan? Haa tulah pasal, nanti kang time hari raya haji doploh tahun mendatang, sembelih korban pun nak pakai mesin. Ade ke patut?

yeah ayam2 chomel, time untuk berjasa

pengetua rasmi duluu

1st victim
So kali ni sekolah ade bekal 100 ekor ayam, pastu seekor lembu. Yang ayam tu of coz masih hidup, tapi yang lembu tu lak daging die je. Kalau nak sembelih ayam tuu, takpe laa lagi, budak sekolah boleh buat. Tapi kalau bagi seekor lembu chomel bertanduk tajam, eihh, lainn cerita plak tuu.. So, sape nak sembelih ni, angkat tangan.. Aku? angkat kaki pi lari jauh2 tu ade lahh.

famili bahagia nampaknya

pekes? tak puas hati pe??

oooops! sape plak tu hah?

ngan junior yang memang rock habiss

Aku ade sembelih tak? Bernas punya soklan. Sebagai seorang individu yang memang takleh tengok darah dan memang takde bakat natural nak bedah korek organ orang, aku tersengih-sengih jela kat belakang tuu. Mau tak pengsan tengah padang tengok ayam yang dah kena sembelih bergolek-golek terbang sambil darah terpancut-pancut? Perghh, takleh bayang, mual tak pepasal.

kenangku dalam doamu. berjasa

king of fruits. yang aku  memang takleh makan

kami guru malaysia.. berkihdmat dan berbakti... dalam menyiang daging..
putra putri sekolah KUSPSIS...

Dalam 100 ekor ayam yang dikerjakan tu, 8 ekor yang tak lepas test SIRIM. Nasib baik gak 8 ekor je, kalau tak menu makanan tengah hari tu tak pepasal kena catu. 1 kepak ayam kongsi satu dorm. Lepas tu lakk, sementara tunggu ayam tu masak, ade tayangan muvi dalam surau. Cerita ape ntahh, nak dekat 3 jam muvi tu.. Tido lah lagi syok. Bangun2 dah azan zohor.

sesi pengecaman mangsa ke hape ni?

yeahh, tu diaa daginggg

Ali- budak paling pemes amous kat sini

Pastu time ni laa time yang semua tunggu-tunggu. Makan time! Tapi erghh, line barisan bukan main panjang. Dahla time tu matahari terik giler, tapi semata nak makan tu, sanggup tunggu. Menu makanan time tu tak silap ade 5 lauk. Ayam masak merah, gulai ikan, udang celup tepung, sup daging pastu sayur sekali. Tamak giler nak rembat lima-lima lauk tu, tapi time makan tak habis plak ehh. Eishh, membazir betol. 

line panjang sampai muka  pintu rumah pengetua

aku nak gemok. ape kisah?

Dah lepas makan tu, ade hati lak nak blah gitu jer? So time ni lahh timbul kesedaran sivik bebudak yang tak buat ape2 kerja, termasuklah aku, tolonglaa jugak angkat-angkat meja ngan kutip2 sampah kat area pavilion tu. Kalau tak, nak kena sekat BBM ngan PK 1 baru tau. 

Bagus gak ehh program camni, pandai geng BADAR ngan cikgu-cikgu urus. Bolehlaa bagi pendedahan pasal benda ni semua kat bebudak skang ni. Kalau kat rumah pun, time hari raya haji tu, sibok snap gambo je tau, nak sembelih habis semua geleng-geleng kepala bagi excuse takmo.

piazza? plaza? pizza?


No comments: