Saturday, July 30, 2011

the huu-haa of LAMDA legion!

Salam selamat petang korang,

Hari sukan tahunan lahh mungkin gak hari yang korang eksaited tunggu tiap tahun. Pesal? Sebab time ni laa korang tak payah study 2,3 hari, pastu tengok awek/mamat hot ketat muka muka perah tenaga time lari tengah padang kan? Tambah lagi kalau korang tak masuk ape2, lagi lah syok nak jerit2 nama rumah sukan sendiri, habis hilang stress di hati.

our crew

Tapi tahun ni pelik sikit ahh. Apesal sukan buat tengah tahun, tak buat awal-awal tahun cam dulu. Cian kat abang kakak form 5 yang nak ambik trial SPM SBP tuu, mesti gelabah giler right? Habislaa aku tahun depan kalau camni. Mau nak angkut satu locker buku revision time tengah bersorak kibar-kibar bendera rumah.



Hari sukan ni KUPSIS buat 3 hari, start hari Isnin sampailah Rabu (4,5,6 Julai). So, setiap rumah iaitu Alpha, Beta, Delta, Gamma, Lamda dan Sigma berentap nak dapatkan piala johan kesuluruhan tuu. Kalau nak ikut tahun lepas, Gamma Nation House yang dapat johan. Rumah aku lakk, Lamda Legion dapat number last kott. Hahak, tu dulu, kita tengok tahun ni plak ehh...

Dalam masa 3 hari tu, macam2 acara dipertandingkan. Yang aku paling syok tengok acara pecut-pecut tu kot, especially perempuan kelas 1 punya. Oihh, gelenya sengoti mu ni gakk ehh. Gelak sorak jerit sakan tengok orang tengah bertanding tu jela yang buat, sebab memang tak layak nak masuk ape2 acara pun.

Tengok time qualifying round minggu sebelum tu. Test 100 meter? disqualified sebab termula dulu. Lompat jauh? Disqualified terus sebab terlebih papan lonjak. Takde kompromi. Lontar peluru? Complete fail. Orang lontar belah depan, aku terlontar kebelakang. Habis riuh menjerit terlalak orang kat situ. So rasanya jadi penonton penyokong setia sudah memadai.


Hari sukan kali ni form 4 & form 5 LAMDA agih kerja sikit. Form 4 kena buat khemah rumah ngan perbarisan whereas form 5 lak buat costume ngan maskot. Kitorang decide tema tahun ni ialah Aerospace. So segala benda yang ade kaitan ngan space, kitorang campur aduk dalam design. Alien hijau 2 ekor? Flying saucers? Meteor? Stars? Planets? Habis terlekat kat khemah tuu.


Punya lahh ade 2,3 hari jer nak buat preparation, mane tak gelabah. Dahla kena buat sendiri, nasib baik gakk geng form 4 lain ngan abang kakak senior tolong bantu gak. Dahlaa hari outing khas nak beli segala barang ni pusing satu Jitra sambil pegang polystrene putih kehulu kehilir. Jatuh standard ke saham pun, letak tepi..



Hari Rabu tu gak hari kemuncak bagi hari sukan ni. So, setiap rumah tengah bizi kutip medal nak dapat ranking teratas. Nasib baik gak laa, athelete LAMDA ni tak de lah menghampakan sangat. Kalau setiap acara tu, kebanyakannya mesti ade athelete LAMDA dapat medal, even gangsa pun jadilah. Besides, katogeri khas cam khemah terbaik, costume tercantik, sorak terbaik ngan perbarisan terbaik pun ade gak. Yang perbarisan ngan sorak tu ade chance nak menang laa tapi yang khemah tu takde chance kot. Btw, sape lahh yang design khemahh tuu hah?! Taknak mengaku letuw.



Costume kali ni lak form 5 decide nak buat stail ala alien Keroro gitu. So, bebudak-yang-perasan-muka-dia-comel tu  datanglaa audition nak terpilih. Punyalaah excited, at last depa pilih si budak Razwan. Memang sesuai ape, pandai depa pilih. Kalau pilih aku lakk, tak pasal hari sukan kena abort terus.




Dari pagi sampai ke tengah hari punyalah semangat atas padang tu. Setia bebeno duduk dalam khemah sambil jerit2 bagi semangat kat peserta tu. Even tak tau nama die ape, jerit jelaa nama rumah, ape kisah? Dalam tengah hari tu, semua acara dah habis. Tunggu punya tunggu penuh eksaited nak tau sape menang. Even kitorang duduk tengah padang time tengah hari tu time natahari terpacak straight atas kepala pun, sanggup! Okay, ni result bagi kejohanan sukan dan balapan KUPSIS 2011 katogeri2 khas:


Khemah terbaik: ALPHA
Sorak terbaik: GAMMA
Perbarisna terbaik: ALPHA
Mata tertinggi sukantara: LAMDA

Haa dah lepas tu, sampailaa kemuncak acara. Punya lahh menjadi teknik suspens cikgu Zul nak announce tu. So, keputusan rasmi kejohan balapan dan padang KUPSIS 2011:

6th Place: DELTA HOUSE
5th Place: BETA HOUSE
4th Place: SIGMA HOUSE
3rd Place: ALPHA HOUSE
2nd Place: GAMMA HOUSE
1st Place: LAMDA HOUSE!!!



Punya lah tak expect dapat johan! Lepas dengar tu, terus kitorang melompat-lompat sambil jerit sorak rumah. Siriyes, aku pun expect Gamma menang, coz depa tu lagi banyak kutip pingat kot. Ahh, ape kisah? Result rasmi dah kluar. Alhamdulillah, tahun ni johan dapat kat rumah aku sendiri, LAMDA LEGION.. Mane tak bangga wei, even aku langsung tak sumbang ape2 pingat punnn dalam ni.Yang paling eksaited of coz laa guru ketua rumah, Teacher Saliza. Tak sia-sia teacher turun padang malam2 semata nak buat preparation untuk benda ni. Habis acara tu, semua sengih melebar bangga. 


amboi, eksaited bukan main

Tahun ni, turn Lamda. Tahun depan? Ntah laa.. Tahun depan tu laa jugak kitorang yang akan handle rumah ni. Harapnya, terus gemilanglah LAMDA LEGION ni untuk tahun depan, same cam tahun ni, InshaAllah!

LAMDA CEMERLANG, 
LAMDA TERBILANG,
HUU-HAA!!!


5 comments:

Sayur Pahit said...

awk msuk acra ka

Amal Azraai Azuha said...

sayo kelih jahhhhh

Sayur Pahit said...

tau doe awak tuh,,harap kaki jah tinggi

wan aidil anwar said...

3k hancuss tadak guna jugakk. ahahahh. jap2. pengumuma haritu, rumah paling busuk, kotor, jijik islah.... damnly LAMDA. hahahahah. (saja buad sakit hati) ;p

Eman Raslan said...

tahniah dude! ;)