Friday, August 19, 2011

tahunnitaksyokcozkenaPUASAkathostel!

Salam mak nenek pacik serta sespesies setaraf dengannya. Pekabo?

MACAM MANA kalau korang dah takleh pi bazaar petang2 beli juadah bukak pose?

MACAM MANA kalau bukan mak bapak korang yang gerak sahur sebaliknya suara geng BADAR yang buat announcement soh bangun sahur?

MACAM MANA kalau korang dah takleh "mummy, hari ni kannn, kitew nak makan bende tuw lahh!"

DAN,

MACAM MANA kalau korang, okey macam mana ape nyer lagik, meh aku cerita..



For the first time ever, aku menjalani ibadah PUASA tanpa famili di sisi. Kena tinggal kat tengah2 bendang kat Jitra ni, haa, duk lah hang sorang2. *sambil tu lagu dengdang perantau terplay*. Haa dah lah tu, meh laa aku share sikit kisah2 BUDAK SBP time bulan Ramadan kat ASRAMA nih. So, best sangat ke time puase2 ni kat hostel hah? 

Time bukak pose camner ?

rumah? asrama? KONTRA GILER

Yang ni paling sebak. Dalam pukul 7 camtu, turun dari dorm masuk dewan makan, angkut pinggan sebijik pastu cedok2 nasik dalam bekas pastu beratur ambil lauk pauk buah tamar 3 bijik tak dilupa juga air 2 gelas and finally mundar-mandir cari seat dan duduk. HELLO kita tak buat semua benda ni kalau kat rumah okay, BYE. Duduk2 tunggu bonda tersayang cedok lauk pastu time azan teguk satu perdua jag pastu telan habis benda depan mata. Kan? Tapi dalam sebak2 tu, takde laa aku dop nangis time gigit2 buah tamar tu sampai depa cakap aku terharu dapat makan lepas 12 jam osephagus aku terputus stock.

Time sahur lakk?

Fuhh, punya lahh malas tahap maksima nak bangun pukul lima. Kalau bangun tu pun, naseb baik dapat sinar nur lampu koridor kat luar tu time nak bangun. Berjasa betul. Pernah satu pagi tu, punya lahh syiok tido sampai terlajak masa. Tengok jam ade 10 minit lagi nak sahur! Punyalah menggelupur berguling skydiving  dari  katil cari air plus biskut dalam locker.Yang aku tak tahan nak gelak, tengok muka depa2 ni yang mamai bangun tidur masuk dewan makan. Pompuan pun ade gak, tersengguk-sengguk time sahur, naseb baik tak tersembam muka dalam gulai. 

kalau lauk DM camni? pergh, taun depan
gerenti tak cukup borang SBP

Bazaar pun KUPSIS bukak gak. Nak datang?

Time puasa ni, tiap 1 kelas form 4 kena bukak gerai masing2. Kelas aku lak, 4 Mahir bukak gerai nasi kerabu yang cikgu LK kami buat tu. Tambah lagi ngan ABC, air tin ngan air gas sebekas seringgit tuu. Punya lahh melalak panggil costumers nak datang beli, sampai tak sedar tengok jam pukul 7 dan hoi aku tak mandi lagi ni! Untung tu banyak gak lahh, leh buat lawatan kelas naik gunung Genting ngan KL city lepas raya nie. 

Solat tarawih?

Kat sini buat standard 8 rakaat. Tapi kalau weekend tu buat doploh rakaat lahh. Punya laah tergeliat urat2 nak buat 20 rakaat. Tapi takpe, bukan selalu pun kan? Setahun tu 30 kali je buat. Tapi lepas solat tu takde lah singgah kat kedai colek cam kat rumah dulu sebaliknya  kena singgah kat kelas untuk prep malam. Study, studyy. Nasib baik gak lah moreh dewan makan menu best2, kalau tak time gak tu aku angkut beg atas lori tangki tumpang balik KB.


Tapi ape pun, even tahun ni puasa kat hostel pun, best ape. Kalau aku terus stay kat sekolah harian, gerenti takkan dapat experience camni. Pejam celik pejam celik dah ade lagi 10 hari lagi dahh nak raya. First time gak ahh, feeling balik kampung tu jelas terasa. Whoaa eksaited giler!


Haa, dahh la tu, nak cari masjid kat Jitra ni nak solat Jumaat..

2 comments:

PahitManeh said...

memang different (:

cik misi said...

realiti pose bdk sbp mmg cm tu la..for those who had been there je yg taw mcm mne rsenya..tapi seyes ckp i miss that moment..sahur : bngun,gosok gigi,basuh muka,sarung tudung then heading to dm..then skodeng bdk laki dgn muka x basuh..demmit..i'm really miss that
berbuka plak ramai2..heaven,it feels like family around