Saturday, September 24, 2011

6 habit aku yang korang tak perlulah nak ambik tahu. kan? (PART 1)

Tiap-tiap manusia tu kan mesti ade habit yang unik atau pelik. Atau kedua-dua sekali lah. Aku pun ade gak. Even aku tak rasa pun habit aku ni tak pelik sangat, aku rasa aku nak tulis jugak. Haa?

Habit #1- Suka sangat main mesin bar code supermarket

Mak aku kalau nak pergi shopping ke ape, selalunye dia bawak aku sekalilah. Even mak aku tahu aku ni kalau keluar, mesti mintak beli macam-macam barang. Tapi nak buat macam mana, aku anak paling boleh diharap. Ha'ah ler tu! Pastu lak, kalau jumpa mesin bar code scanner ni, terus aku buat2 ambik barang nak scan kat situ hatta puting susu bayi sekalipun. Pastu lepas tertonggek-tungging scan barcode dan bunyi "teettt", mesti aku gelak sowrang2. Barang tu? Ahah, ape susah? Letak jer la kat rak yang dekat. So jangan peliklah salesgirl Pacific sekalian kalau jumpa puting susu bayi kat ruangan pencuci jamban. 

Habit #2- Suka sangat berintraksi secara solo

Interaksi secara solo do sini boleh ditakrifkan sebagai duduk sowrang2 pastu gelak, tersengeh cam etok busuk dan sebagainya. Aku pun taktao camner habit ni boleh datang kat aku. Kalau aku duk senyap sowrang2 tu, pastu korang tengok aku gelak tu, paham-paham jer laa. Mungkin time tu aku tengah teringat aku terbawak gayung masuk Dewan Makan tempoh hari. Padahal time tu aku baru teringat aku nak mandi sebenarnya. Mamai punya faktor pencetus. Ohh yaa, jangan lak sibuk nak call pusat khas kat cape of rambutan tu ehh.

sejokk hooiii!

TO BE CONTINUED IN PART 2