Saturday, October 22, 2011

Ade budak SBP sorang tu kan, die kena selam dalam kolam ikan! Hah? Ade ke patutt??!

Salam korang, pekes? 

Sebelum tu, tengok dulu video kat bawah ni. Boleh dikira pendedahan eksklusif jugak lah sebab tuan punya belog ni almaklumlah malas nak meng-upload video yang konpem lambat macam siput sedut.


Kalau nak tahu, aku lah tu dalam video tuh. Tapi pesal lak aku kena selam dalam kolam ikan plak ni? Kat sekolah aku pun ade kolam ikan gak ke? Maju betol. Actually, 'selaman' ni hanyalah satu aktiviti yang aku buat time pergi kem hari  tu. Time tu nak cari clue dalam botol, so aku kena terjun laa. Nak tahu banyak lagi? Terus skrol bawah yaa wahai warga emas sekalian..

Hujung bulan september hari tu, badan kaunseling sekolah organize satu kem pembangunan sahsiah, khas untuk  semua student form 4. Sebut je kem, mesti imagine duk dalam hutan dengan tak mandi laa, para nyamuk berjasa mai ambush laa, nak tunai hajat pun kena postpone dan sebagainya. Kalau aku memang aku eksaited terlebih, tapi bagi golongan si anak dato' dan tan ceri tu pasti resah sebab imagine omaigod "proper toilet not available" dan sebagainya.

dan lagikk

Lokasi kem ni lak dekat Puncak Janing Sentosa Campsite kat Kuala Nerang. Nama lagi campsite, memang kat pedalaman ahh, empat2 penjuru pandangan tu penuh hutan, pokok, gunung dan hutan balik. First day kat sana tu, kami kena cipta something special dari mee kuning kat atas manila card. Group kami buat ferris wheel ngan mee tu, even time present mee jatuh gedebuk gedebukk atas lantai.

Esok tu lak, kami kena buat karangan ngan satu huruf sahaja. Group kami dapat huruf 'I', haa pastu buatlah karangan yang memang merapu. Group lain lakk, memang aku tergelak tergolek eh ehh tapi coverlaa depan kakak fesi yang comey comey tu noh.

yang ni team the best- puteri peah pamelaa


Malam tu lakk, ade aktiviti ceramah. Even aku taktao ape motif ceramah tu, aku suka time aktiviti dalam ceramah tu. Camni lah lebih kurang - korang kena ambik satu kertas, pastu tampal kat belakang baju. Pastu dalam masa berapa  minit ntahh, dalam dewan tu kengkawan korang yang lain akan tulis dua benda ni - bahagian satu kertas tu tulis "BENDA YANG AWAK SUKA PASAL KAWAN AWAK" meanwhile side satu lagi tu tulis "BENDA YANG AWAK SURUH KAWAN AWAK UBAH". Aku punyalah eksaited cari musuh aku paling top, pastu kutuk die bukan-bukan. Who cares? Bukan depa tau pun kann?

Nak tahu tak benda apa yang diorang tulis kat kertas aku tu??

"BENDA YANG AWAK SUKA PASAL KAWAN AWAK"
oh btw, aku taknak tulis lahh, nanti korang cakap aku syiok sendiri plak - *eh ehh padahal orang kutuk die letuw*

"BENDA YANG AWAK SURUH KAWAN AWAK UBAH"
Yang ni penuh satu paper.. antaranya:

sila jaga suara time jadi MC. *aku konpius nak pilih mode soprano ke sopranino actually*
sila jadi peramah sikit ngan aku. *kau tu sape?*
sila jangan menonjol sangat okeyh. *dah mencapap itu profesion aku*
jangan buat muka tension kalau nak solve soklan differentiation. * differentiation pun aku tak blaja lagi lah weyh!*



dan aneka lagi...

Yang aktiviti last paling syok. Ape lagi kalau bukan EXPLORACE. Punya lahh dapat feel sikit cam show The Amzing Race tu, even aku takde chance nak Yield, U-Turn team lain ke kan. Explorace ni ade 8 checkpoint. Setiap checkpoint tu ade aktiviti masing-masing. Telan garlic 2,3 ulas? Gigit sambal cabai? Muka kena calit ngan kopi? Eh hoi tapi yang paling best of coz laa yang terjun kolam tu.. *Rujuk balik video kat atas*

Time tu kami kena catri clue dalam botol yang terapung tengah-tengah kolam. Aku punyalah teruja nak lintah gigit kaki aku, punyalah terjun cam Micheal Phelps dalam kolam tu. Time masuk dalam air tu, panik gaklah sebab tak kaki tak sentuh pun dasar. Nasib baik aku tahu berenang. Yang takbest lakk, botol first aku dapat tu dah dapat clue. Arghhhhhhhhhhhh! TAK PUAS! Nak mandi kolam lagikkkk! Kolam penuh lintah pacat segala benda alam tu pun kira okey what?

Dah tiga hari kem pun tak terasa. Tengok tengok ehh nak balik dah. Tapi yang terbaik hari tu, aku dapat "peserta kem terbaik lelaki keseluruhan". Camner ntah boleh dapat, berkat aku tersedut masuk air kolam tu sikit kot? Oh haa sape kisah at least aku dapat usung jugak hamper buat balik...



6 comments:

Sayur Pahit said...

mencapap je keje an kn?

Amal Azraai Azuha said...

WHO CARE?

Haziq said...

asyik excited jer memanjang. tu yang dapat peserta kem terbaik.

Anonymous said...

Biasa kena mandi dlm kolam. A necessity of Asmarians.

Anonymous said...

Bila tngok blog ni(ternmpak gambar), baru perasaan Pengetua KUPSIS orang rapat dgn saya. Selalu beliau mai rumah cakap omputih...kahkah ##

awatif mohsin said...

correction lgi!!!
ank dato' x komen pa pon psai toilet naa!! mndi elok jaa.. heqan lgi da la, psai pa toilet dya lwa sgt sbb slama nih p ke, sungai ja tmpat mndi nya.. hmm