Monday, November 21, 2011

Dilema budak tadika dan masa depan

Wish u a pleasent day, guyz!

Okay kita rewind balik peristiwa 10 tahun dulu, time aku umur 6 tahun. Oh iyaa, masih budak tadika.


Pada suatu petang, di pusat membeli-belah Pantai Timor Jalan Pintu Pong Kota Bharu. Mak aku selalulah jugak bawak aku pergi shopping kat situ time dulu-dulu before KB Mall tu tak wujud lagi. Lepas habis shopping barang groceries tu, tiba lah time nak bayar kat cashier tu.. 

Time tu ade sorang kakak cashier ni tengah buat kerja dia cam biasa. Pastu lakk, aku yang dari tadi terlopong kat tepi kaunter tu tetiba cakap ngan mak aku something. Haa ni dia dialog dua beranak hari tu:

@ Aku: Ibu, nanti besar kan, Amal nak kerja tu lah!

@ Ibu: Hah? Nak kerja ape? Askar ke? *sambil tunjuk kat pakcik uniform askar kat depan barisan*

@ Aku: Bukan! Nak kerja tu. Tu haa yang tengah main dengan mesin tu!

@ Ibu: Huwarghhhhh??! Cashier? Hah, nak jadi cashier jer ke?

@ Aku: Best lahh plak  tengok kak tu main ngan benda tuuuu..

*kerjaya impian*

Aku ni pun satu. Dah aku tengok kakak cashier sorang tu amat asyik tengah tekan-tekan picit butang mesin kira tu. Pastu lakk CHING! Keluar laci penuh duit. Haa pastu lak, keluar plak resit berjela-jela dari mesin tu. Aku dah time tu meleleh air liur tak terkira fikir wahhh hebat innovative giler mesin ni! So, tetiba je fikir haa nanti besar aku nak jadi cashier laa.. Boleh main ngan mesin hebat ni kan ibu kan??

nak cari pic time tadika dulu tak jumpa lah
pulak, ambik pic time darjah 3 pun okay lah

Pssst: Takder niat nak rendahkan profesion cashier yaa.. Nanti kalau korang takde, camner lak kami ni nak bayar barang? Tak pasal counter cashier pun kena self-service..

Okay ini otak budak tadika. Mesin yang kita boleh picit picit tekan pastu ching! keluar laci penuh duit dan keluar jugak resit berjela tu pun dah dikira mesin yang hebat gitu. Dahtuu buat keputusan terus nak jadik seorang cashier yang berketerampilan tinggi gitu. Okay I repeat balik ini otak budak tadika.

Okay kita fast forward balik 10 tahun ke depan. Dan sekarang ni dah jadi budak 16 tahun.


Haa skang dah besar balik dahh

Seriously, aku tak sure lagi aku ni nak jadi ape.  So dilema budak tadika tentang masa depan dia goes on sampailah sekarang. Tahun depan dah nak SPM dah. Lepas SPM lak aku pun taktau lagi mana hala tuju aku lagi entahh? Haa, kalau camni kan, elok aku list down lah 5 opsyen kerjaya yang aku nak jadi. At least readers boleh bagi opinion korang jugak kan? Okay ni 5 opsyen kerjaya yang aku berminat nak jadi:

#Opsyen 1: PILOT


Sebab aku minat nak jadi pilot ni mungkin sebab aku ni kuat berjalan merata. Kalau hari ni pergi New York, esok lak pergi Buenos Aires, pastu minggu depan lak pergi London, kan best tu? Mesti passport kite penuh ngan cop imigresen negara luar. Kalau boleh laa, teringin nak jadi pilot Singapore Airlines, tak pun Emirates. Boleh bawak Airbus A380 tu pusing dunia.

Haa lagi satu, kerja pilot ni takdelah susah pon kan? Lepas bawak airplane tu naik atas, picit je butang AUTOPILOT tu. Kan senang? Gaji beribu raban pun masyukk sejuk-sejuk jew. Hah, tapi kan, sebab aku dah rabun dah kena pakai spek, boleh lagi ke aku nak jadi pilot ni? Huwarghhh! Tu lahh teringat balik 2,3 tahun dulu time ibu aku larang jangan mengadap sekerin laptop doploh jam sehari. Kan dah jadi rabun camni? Hancor harapan bawak A380 pusing dunia.. Okey dah lerr tuu, move on kat opsyen 2.

#Opsyen 2: AEROSPACE ENGINEER



Atau dalam BM bermaksud jurutera aeroangkasa. Kerjaya ni memerlukan sorang tu kena design roket, satellit dan sewaktu dengannya yang berkaitan ngan angkasa lepas. Aku pun memanglaa minat pasal roket ngan satellit ni semua. Tapi lakk bila aku cakap aku nak kerja ni, member aku pun sorang cakap camni lakk:

@ Telor Suwit (bukan nama sebenar): Hang nak jadi aerospace engineer huh?

@ Aku: Na am. Best woo main ngan satellit, roket, dan segala bagai kat angkasa tu.

@ Telor Suwit: Aku dengar kan, kalau kerja ni, job oppurtunity tuu kurang sikit.

@ Aku:Hahh? Pesal lak? Nanti aku masuk M.I.T pastu lehh kerja ngan NASA, Insya-Allah boleh ahh tuu..

@ Telor Suwit: Heyy, ingat senang ke nak dapat kerja kat NASA tuh? Kan bagus kalau jadi astronaut terus?

@ Aku: Haa nanti alien abduct aku pi Andromeda Galaxy camner? Aku tak ambik course bahasa alien.



Betul ke kerjaya ni tak jamin masa depan sebab job oppurtunity kat Malaysia tak meluas? Kalau aku nak kerja ngan NASA pun, terpaksa lahh aku fight ngan beribu lagi Mat saleh genius IT semata nak dapat tempat? Uikk, aku pun tak tahu laa.. Haa dahla tu, move kat opsyen 3.

# Opsyen 3: ARCHITECT



Aku pun minat gak dalam nak design-design bangunan, especially skyscraper. Pasang jugak impian nak bina bangunan tinggi cantik-cantik cam Burj Khalifa tu. Errr, tapi takut lak nanti bina bangunan tinggi-tinggi, nanti runtuh tak pasal aku yang kena dakwa. Muahahaha! Jauh melencong fikir. Haa dahlaa tu, move on kat opsyen ke 4.

# Opsyen 4: PHARMACIST



Pharmacist pun nampak syok jugak. Kita kena main ngan ubat-ubat, campur tu, campur ni, pastu cipta ubat baru. Bolehlaa kalau aku nak cipta ubat yang nak sembuh dari penyakit yang still hari ini masih tak jumpa penawar. Eh ehh, kalau bukak farmasi sendiri pun boleh kaya cepat kot? Adoi, mata duitan betul! Okay tukar nawaitu balik. Emm, tapi tengok jugak, kerjaya ni perlu orang yang master subjek Chemistry. Huwarghhh! Chemistry?? Subjek ni lahh paling aku tak suka! 5th option please!

Pharmacist = Chemistry??!


# Opsyen 5: ADD MATHS TEACHER

Kalau memang orang rabun takleh jadi pilot, kalau betul kerjaya aerospace engineer takde sangat peluang kerjaya, kalau takut sangatlah skyscraper dibina tu runtuh kena rempuh hot air balloon *over* dan kalau aku takleh nak master subjek chemistry betul-betul sampailaa SPM, jadi cikgu matematik tambahan pun dah kira okey what?

enthusiasm?

Seriously, even aku pening kepala tahap spinner genting highland tu time jawab soklan Add Math, aku berminat gaklaa nak jadi cikgu add maths ni. Entah laa naper, tapi mungkin jugak aku sorang yang sukakan cabaran. Aku pun teringin nak cipta satu formula khas nak ajar kat bebudak SPM agar diorang dapat master subjek tough ni betul-betul.  So, takdelaa lagi masalah tuan pengetua bising hooi awat subjek ni student FAIL bersusun dan sebagainya. Even kerjaya cikgu ni letih pastu gaji pun ciput je, seronok jugak menabur bakti kat anak bangsa ni kan? Eceycehh, gaya dah macam jadi.

Okay tu list 5 opsyen aku pasal kerjaya yang aku mungkin nak jadi. Aku pun tak tahu nak pilih mana satu. Kalau bagi pandangan dan opinion korang sendiri, yang mana satu lebih elok? Bila bab masa depan ni, memang takleh nak buat benda main-main.



Tengok pic nih. Dua-dua makhluk ni comel.. Erghhh, tension aku tengok. Kalau aku dapat peluang nak pilih mana satu, aku nak ambik dua-dua lahh. Hahah! Rawrrr! Kucing Taylor Swift ni sama comeyy sebijik macam tuan dia ahh.


2 comments:

amy azuha said...

jadi blogger pemes ahh...stiap bulan masuk rm3-4k haha..kalah hamis jamikha..btw pilih kerja n impian betui2 cz skg susah kot nak crik keje ;) takpe awk pndai, ley dpt keje yang best2! chaiyukk

budak seriputeri said...

jadi apepon asalkan kite yakin dengan dan cita2 kita..sume job tadi best2.insyaAllah, saudara Amal Azraai dapat capai cita2 tuh dengan berjaya.