Friday, November 18, 2011

Exam akhir tahun dan budak SBP

Wish a pleasent day, guyz!

Sejak zaman neolitik mak nenek tok wan lagi kot term 'EXAM' ni dah jadi fobia bila dengar. Sampai ke hari ni, benda ni terus menerus buat student semua ni takleh hidup tenang tenteram. Haa lagi satu, pesal ehh kat Malaysia perlu ade banyak exam? Cian kat pokok-pokok dalam hutan tu kena tebang demi nak buat exam papers. Tapi kalau exam takde, lagi lah rakyat Malaysia ni jadik lagi malas terbongkang depan sekerin laptop je tahu.



Fuhh, habis lega lepas jawab PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SELARAS SEKOLAH BERASRAMA PENUH hari tu. *Saje buat caps lock kasi gempak sikit*. Buat info extra korang, bebudak SBP akan jawab soalan selaras SBP punya version. So, semua 60 bijik SBP kat Malaysia ni kena jawab soklan yang sama lah satu negara. Tapi mak ooi, soklan-soklan depa semua ni level difficulties tinggi-tinggi. Jauh beza ngan soklan sekolah harian yang JPN buat tuu. 

Exam ni takes place dalam 3 minggu gak laa. First week subject teras, so kami pun takde laah tension sangat nak revise.  Yang susah sikit subjek Sejarah kot sebab kena hafal peristiwa tu, nama depa ni laa, tarikh jadi benda tu, zaman sezaman dan sebagainya. Second ngan third week lak paling tension! Mana taknya, subjek elektif Physics, Chemistry, Biology pastu Add Maths nak mengadap. Mau nak terguling-guling meroyan nak tunggu semua papers ni habis jawab.



Time ni jelaa kalau nak tengok bilik study asrama akan penuh ngan bebudak. Kalau before this bilik tu akan hanya dihuni oleh bebudak nerd cam aku tengah study, tapi kali ni memang akan nampak muka2 asing ade jugakk. Pastu lakk, time prep memang akan jadik sunyi sepi. Aku cerita gaklaa sikit pasal tiap papers yang aku jawab dalam exam ni:


BAHASA MELAYU:

Kertas 1. Karangan okey. Tapi serious best tulis karangan ayat skema berjelaa-jelaaa. Karangan first tu pasal alam sekitar pastu karangan kedua lak pasal obesity. Habis letak masuk peribahasa, ungkapan menarik dan ayat-ayat gramatis tuh. Kertas 2 lak pasal Komsas, Novel, tatabahasa, rumusan dan peribasaha. Fuhh letih tangan aku nak tulis jawapan berhelai-helai. Tapi bagus gaklaa paper BM ni sebab bantu peniaga pen kaya-raya kan?

karangan anok sapow lerr nie

ENGLISH:

Paper 1 essay pasal 'how to be a good public speaker". Jeling-jeling kat budak debate yang duduk  kat sebelah aku tu, gerenti dia buat essay meletup punya. Essay aku lak takde laa power sangat pun. Essay second lak pasal 'the greatest journey'. Aku tulis pasal rombongan kelas pergi rombongan kat Perhentian. Naik bot laju sampai muntah-muntah tu laa greatest journey bagi aku.

SEJARAH:

Sejarah ni nasib baik gaklaa dapat soalan spot. Takde laa perlu baca sebijik buku teks font kecik-kecik buat ubat mujarab tido cepat tu. Time jawab pun soklan takde laa susah sangat especially soklan essay tu. Habis ayat fakta aku goreng penuh berjela satu page. Tapi soal ade point ke tak tu lak lain kira laa. 

MATHEMATICS:

Math paper 1 agak susah gak laa. Ade gak 2,3 soklan yang aku memang tak tahu nak buat camner. Pastu jawab pun agak-agak je laa. Paper 2 lak okay sikit, takdelah susah sangat. Tapi seksa kot time buat ogives tu, habis lentur-lentur pembaris plastik sampai melenting doploh meter sampai depan tu semata nak buat ogive sebab lupa bawak flexible curve masuk dewan exam!

ahah, at last sedar diri gakk..

AGAMA ISLAM:

Agama best jawab sebab kita cuma perlu baca dan hafaz hukum, fakta, ayat hafazan, tahu maksud tilawah, dan sewaktu dengannya. Subjek ni memang ramai yang dapat skor tinggi. Tapi kalau just baca dan hafaz untuk exam jer dan bukan praktik untuk hidop buat ape gak?

.........and say Hello to subjek KILLER!

PHYSICS:

Woah! Malam before paper ni aku terlelap jam 9 malam sampailah habis prep. Gelabah aku dibuatnya coz topic light tak habis revise lagik! Esok tu, nasib baik gaklaa chapter light keluar yang senang-senang je. Paper 1 okay, paper 2 agak susah soalan essay tu, pastu paper 3 lak eksperimen aku pakat buat je. Tapi subjek Physics memang aku suka dan mudah paham sejak awal tahun lagik.


CHEMISTRY:

Huwarghhhhh! Subjek ni paling aku tak suka! Entah lah naper, tapi aku memang tak boleh ngam ngan sujek ni. Ions, periodic, ECS, amphotheric, balancing, double decomposition, ostwald process dan banyak lagilah yang aku tak boleh master betul-betul. Bagi aku laa, subjek ni paling susah nak paham! Esok tu  aku jawab ngan tawakkal jer laa. Paper 1 ngan paper 2 ntah paper errr malas nak cerita tapi paper 3 lak nasib baik laa senang.. Boleh laa jadik saver dari cengkaman FAIL..

BIOLOGY:

Subjek ni plak aku suka revise. Even aku memang tak nak jadi doktor hatta seangkatan dengannya pun, aku suka baca dan belajar jugak. Even kena faham dan hafal setiap term yang wujud dalam sesuatu process tu, aku senang nak terima benda BIO  berbanding ngan Kimia. Tiga-tiga paper okay jer, tapi aku memang risau pasal paper 2 sebab aku selalu jawab ape yang aku tahu dan bukan yang soalan mintak. Tu tak kira jawab merapu berjela satu page lagi tuu.


ADDITIONAL MATHEMATICS:

Perghhh! The real torturing subject finally showing up... Hari paling tension dan tegang! Tengok jer paper Add Maths atas meja tu, terus seriau satu badan. Habis baca doa-doa penerang hati ngan selawat before nak selak buku soklan tu. Jawab punya jawab, paper 1 stuck kat soklan logarithms ngan statistics. Pakat tibai buat jer laa, kalau tak dapat full marks pun 1,2 marks pun dah kira okey what? Paper 2 lak stuck dekat coordinate geometry ngan circular measure. Bab differentiation lakk memang tak pandang langsung pun. Tapi overall aku harap sangat dapat A coz banyak soklan kali ni yang aku tahu nak buat camner.. Fuhh, lega jugak

eheh? baguih bebeno budak ni..

LUKISAN KEJURUTERAAN:

Subjek ni pun aku risau gak sebab chapter additional view, isometric drawing ngan oblique drawing aku tak master 100% lagik. Dahlaa tiap soklan tu bawak 20 markah. Before exam tu memang aku cuak sampai duk gelak-gelak sorang diri luar dewan. Leceh gak laa sebab bila tersalah lukis, habis kena sapu balik satu drawing. Tu tak kira lagi compasses buat mogok ke, lead habis time tengah buat ke dan sebagainya. Last-last tak sempat jawab soklan oblique drawing tu. 20 marks memang confirm melayang laa hang!

So, hows the result budak hoi?

Hari terakhir kat sekolah, at last dapatlaa jugak result penuh:

SUBJEK
MARKAH
GRED
BAHASA MELAYU
92
A+
ENGLISH
81
A
SEJARAH
84
A
MATHEMATICS
78
A-
AGAMA ISLAM
85
A
PHYSICS
77
A-
CHEMISTRY
59
C+
BIOLOGY
73
A-
ADD MATHS
71
A-
LUKISAN KEJURUTERAAN
63
B

Gred: 1A+, 3A, 4A-, 1B, 1C+
KDK: 5/27
KDT: 19/186
Pointer: 3.42



Alhamdulillah, syukur gak dapat result camni. Tak sia-sia aku bangun pukul 4 pagi tiap hari nak buat revision. Exam kali ni 5 orang yang dapat straight A's. Tahniah kat Dania Sahira, yang dapat 6A+ 3A tu, yang jugak dapat no. 1 dalam batch. Aku tak tahu laa camner ahh budak ni study? Depa ni cakap dia ni suka tidoo je dalam dorm, study pun takde laa kuat sangat pon. BTW, tahniah gak laa kat top achiver yang lain - Thewan Raaj, Khairul Azrie, Atmaraaj dan Aiman Naim coz dapat straight A's exam kali ni. Ingat senang ke nak dapat straight A's dalam exam selaras SBP?

got the 'tahniah' quote from sir principal

Result exam akhir tahun SBP ni gak akan determine satu2 sekolah tu kat posisi mana. Aku harap ngan result yang agak gempak ni, sekolah aku ni boleh laa dapat ranking top 10 takpun top 20. Hooi kami pun nak duduk sekali jugak ngan TKC, STF &  ASIS tuu. Boleh laa jugak nak bawa naik nama SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU yang selalu orang lain  tertukar ngan SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUBANG PASU tuu..

p/s: Aku jawab exam ni 100% buat sendiri. Nak tiru pun takleh sebab meja susun berdepa jauhh!


16 comments:

mohamad qulam zaki said...

TAHNIAH...SUSAH TU NAK JAWAB...

Amal Azraai Azuha said...

TAHNIAH??
ohh, trimas3..!
oit, memang susah pown!

PahitManeh said...

haha . for me , chemist is better than physic --" haha . cngrates !

Syada said...

wahhh , tahniahh tahniahh ^^

cik misi said...

oo sbpi kp dgn sms kp lain eh,i thought sme je sbb sbpi mersing pun convert jdi sms sultan iskandar..

kartunketot said...

org cekang neyy , result pun style .

Azizul said...

sains kubang pasu kat mane?
btw, best ke subjek lukisan kejuruteraan best ke?

Azizul said...

ouh, kat kedah rupenye.
jadi, dah tau ko punye ranking individu dalam smua budak sbp utk final exam ni?
*aku ade ranking nye. hehe~

Amal Azraai Azuha said...

@ PAHIT MANEH

semua orang ade pros n cons memasing kan?

Amal Azraai Azuha said...

@ SYADA

wah.. tengkiu, tengkiu

Amal Azraai Azuha said...

@ CIKMISI

Ejaan pun dah lain tuu

Amal Azraai Azuha said...

@ KARTUNKETOT

Ehh ehh Chemist pun dpt C+ jew, xmacam kak Dania tuu

Amal Azraai Azuha said...

@ AZIZUL

*aku nak comment ape ah?*

Anonymous said...

Wooahh genius :D final sbp dh la susah.

Unknown said...

whoa. pandainya awk. at least tak de gagal :)

Anonymous said...

pandainya, camna awk jwb lk? lk susah gila kot.....