Saturday, November 19, 2011

Love, laugh, live - the Chivalry Generation of KUPSIS!

Wish u all a pleasent day, readers!

Woahh! Semangat batch budak ni entah laaa naper tinggi sangat? Memanglaa patut coz antara ahli batch laa kita duk gelak terguling sakan, gaduh tarik tudung rambut, study sesama till tertido esok pagi hooi buku sejarah penuh air liur basi dan aneka lagi right? Kami jugaklah yang jadi benchmark tahap kebitaraan sesuatu batch tuu..

And who we are?? *okay jerit sama samaaa*

CHIVALRY GENERATION of KUPSIS!!!
*kruk kruk krukk --- okay fine...!*

hooi budak mane lahh buat benda nih haa?

Batch kami ni memanglaa unik. Sebab? Kita leh tengok macam-macam spesis manusia. Okey kita start dengan golongan skema dan nerd yang baca buku jadi hobi tiap masa. Oh iyaa, aku termasuk dalam group ni. Pastu group yang memang suka melalak tergedik sana sini. Cari publisiti merata memang depa nilah pencapap sejati okay. And then kita move on lak kat group yang bajet-bajet semua. Tapi depa ni of course lah bukan para perangka bajet negara doploh doploh tu, tapi diorang ni just nak perhatian lebih.. Ahahh, sob...sob.. 


Ehh kejap, bila plak kami semua ni camtu? Memandai je aku ni buat cerita padahal kami semua ni bebudak baik-baik okey. Haa dah la tu dok bizi kutuk batch sendiri plak, lebih baik aku cerita pasal student-student dalam batch ni. Kita mula ngan kelas first,

4 Juara/ Champion


Kelas first dan jugak kelas budak pandai-pandai. Kelas ni gaklaa paling senyap kalau time prep dan paling tak buat masalah. Dan paling penting, si pencapap dalam kelas ni paling kurang. Kelas ni gak paling banyak orang India. Best woo lepak ngan diorang, sambil belajar sikit bahasa tamil. Haa pastu balik dorm praktis cakap biar dorm mate jadik tension pastu tibai bantal atas muka.

4 Rajin/ Diligent



Kelas ni agak selalu riuh rendah bak kenduri kendara. Mana taknya, heroin pencapap kat sini memang banyak. Pastu dalam kelas ni gak banyak orang pandai-pandai ngan top achiever melambak. Oh yaa, sila jauhi orang row depan yang pakai spek tu. Very hazardous!

4 Fikir/Thinker



4 Fikir.. Emm, memang kuat fikir pun depa nih. Aku sepatunya duk dalam kelas ni time awal tahun dulu. Pastu dah aku decide nak ambik subject extra LK, terpaksa move on to 4 Mahir lak. Anyway, diorang ni gak memang sporting ngan aku.

4 Waja/Endurance


Huhoo, dalam kelas ni paling banyak aneka jenis manusia. Tak pepasal jadi port lepak bagi majoriti ahli batch kami dan havoc tiap mase. Mana taknya, geng-geng hot majoriti duk dalam kelas ni... *iyew keww?* Dalam kelas ni gaklaa paling banyak student asal dari Kelantan. Oh satu lagi, kalau nak curi-curi guna line wifi skolah, mai laa bawak iPad masing-masing dalam kelas ni...

4 Nekad/Determined


Student dalam kelas ni lakk paling bahagia. Tak ubah macam family aku tengok. Even dalam kelas ni banyak gaklaa geng brutal, tapi depa ni semua baik-baik okay jer ngan aku. Kalau aku masuk kelas ni memang bahagia coz posisi toilet memang agak dekat. Senang berurusan when alam sekitar memanggil..

4 Sabar/Patience


Bila korang masuk jer kelas ni, konpem korang takkan rasa duk kat Kedah. Mana taknya, majoriti student dalam kelas ni orang Perak. Transformasi dialek dari "hangpa, depa, sat" ke "kome, korang, utte, kitorang" terus bila jejak je dalam ni. Haa, diorang ni gak satu kelas semuanya second intake. Time awal-awal tahun dulu gak memang diorang sedikit terabai ngan kami.. Hikhik, tapi skang dah okay jer. Ehh, tapi kejap,

"PLEASE BEWARE COZ THERE IS A PERSON IN THIS CLASS THAT HAS THE HIGHEST DESIBEL VALUES WHEN SHE'S LAUGHING OR MENGAMOK AND THAT MIGHT DISTRUCT YOUR EAR . RAWRRRR!"

4 Mahir/Experts



Haaa, last skali kelas aku. Kelas ni memang special sebab kitorang ambik 1 extra subject, yakni Lukisan Kejuruteraan. Dalam kelas ni plak bilangan lelaki lebih ramai. Pastu lakk, memang aneka spesis manusia yang boleh kita discover dalam kelas ni. And then kami pun giat pulun tak habis! Adooi, yang tu masuk tu, yang ni jadi tu, mana takya coz depa ni ade specialities masing-masing. Penari? Pembahas? Photographer? KP? KR? Pelawak tak jadi? Tak payah cari jauh-jauh, kat dalam ni semuanya ade.

Haa dahla tuu, yang penting kami semua akan jadi CALON SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 tahun depan. Haa kasi caps lock nak biar sedar sikit hooi tahun depan je lagi SPM! Anyway, kami tutup tirai tahun 2011 ngan nak minta maaf laa atas segala khilaf kami satu batch kat junior senior ke, cikgu-cikgu, abang kakak dewan makan, hatta pak mak guard yang duk kejar student ceroboh asrama hari-hari tuu..


Yang ni siriyes memang aku tak percaya time mula-mula dapat tau:


Whoa! Result exam SM Sains Kubang Pasu nombor 3 dalam Malaysia tuu! Memang gempak haa korang..! Aku target dapat masuk top 20 tapi dapat top 3 terus! Bangga giler coz dapat atas dari STAR, KISAS, SMSTMFP, ASIS, tapi takleh lawan TKC ahh.. SESTA tu pun sekolah baru tapi still dapat top 2.. Eh ehh tapi yang ni baru rangking 37 buah skolah SBP. Lagi 20 sekolah mane? Tapi harap-haraplah stay dalam top 10 tuu. Mesti gak permohonan penukaran nama SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU ke KOLEJ TUN MAHATHIR diluluskan, Insya-Allah!



Ohh lagi satu.. Ingat pasal Dania Sahira yang aku cerita kat entry dulu tuu yang dapat 6A+ 3A.. Guess what? Dia dapat no.1 hooi dalam Malaysia! Giler ahh, dalam reramai student kat Malaysia ni, dia dapat no.1?!! Mana tak bangga sebab orang tu duk dalam komuniti kita sendiri..!


14 comments:

PahitManeh said...

haha . ohh , tdk aku join batch ney lahh . chaiyok ! go kupsis (:

cik misi said...

congrats dpt top 3
my ex skul dpt no 18..alahai time kiteorang dulu dpt gak top 10

hanabunga said...

pergh congrats lah dik.top3 tuh.bukan senang tau!mesti batch korang pandai2 gila ni :)
pastu ada yg no1 eh student antara sbp form4?gila ah.tabik!

Aida Amalina said...

WTF ?! IS THIS FOR REAL ?! WOOOOOO ! kat mana nak check ? pergh hebattt

awin said...

dania no 1 dalam malaysia ?????? waaahhhh, ohsemm gila !! ampa cek kat mana neh ?

budak seriputeri said...

congrats lah saudara Amal,sekolah dapat no 3..tapi yang pelik,mano eh Sekolah Seri Puteri??*sedih ugook,ranking bawah.

Zala Wajik said...

genius 0.0

Amal Azraai Azuha said...

@ PAHETMANEH

haa tu lahh sape suruh tersasar masok batch lain?

Amal Azraai Azuha said...

@ CIK MISI

ohh okey letuw.. at least tak dapat number 60/60 kan?

Amal Azraai Azuha said...

@ HANA BUNGA

eh ehh, kami still camtu jerk.. hingos still meleleh-leleh. Haa tu lah pasal, budak tu mmg cerdik

Amal Azraai Azuha said...

@ AIDA AMALINA

WTF ape lak ngko nie? skolah sendiri pun tak caya kaaa?

Amal Azraai Azuha said...

@ AWIN

Dahh dia tu GIFTED person gituw

Amal Azraai Azuha said...

@ BUDAK SERIPUTERI

Uh-ohh, tengs kembali.. Teropong pakai teleskop lah kalau tak jumpa. Eh ehh nampaknya dah jumpa tu?

Amal Azraai Azuha said...

@ ZALA WAJIK

genius? sape? saya? *tersipu + bajet*