Saturday, November 05, 2011

ROTRING'S crew de GENTING! (part 1)

Salam korang semuaaaaaa!

Al maklumlah, editor blog ni terlebih sibuk, so entry yang nak tulis tu tertangguh-tangguh, but who cares?

Lawatan kelas hooi, sape yang tak seronok nak join? Bukan main bersungguh lagi kami ni buat peperwork bertimbun-timbun, jumpa cikgu ni, jumpa orang tu, gaduh ngan kelas bawah berebut slot booking bus, terkejar ke situ ke mari cari laptop sebijik nak booking package genting dan sebagainya, at last lawatan kelas kami ni jadi gak ahh.. Fuhh,

Yang best pasal lawatan ni, kami sendiri yang buat tentatif program.. Nak pergi sana ke, nak pergi situ ke, okay je sebab kami yang urus semua benda ni. Ohh tak ingat, Rotring tuu nama gelamor kelas kami, 4 Mahir. Ohh, sebut je nak buat lawatan, terus diorang terjerit-jerit buat cadangan nak pi:

Langkawi? 
Aihh, dekat sangat, naik bas tak sampai 30 minit jekk..

Kota Bharu?
Aihh, nanti depa nak stay kat rumah aku kang, mak bapak aku nak tido kat mane?

London?
Ini bukan masa nak mengarut, nerd

Pangkor?
Aihh, naik bot terbalik kang masuk paper esok..

Genting Highlands & Kuala Lumpur?
Yeehaa, semua setuju nampaknya..!


At last pilih gak nak pergi Genting. Aku pun sendiri dah lama tak pergi sane. Tu pun time kecik dulu. Agak-agak, gelongsor ular panjang tu ade lagi ke tak hah? Yang aku ingat, lepas naik gelongsor  tu selipar aku hilang ntah ke mane. Okey dah dah cerita pasal selipar, time untuk kemas bag nihh.. Rotring Crew, get ready for invasion!!

muka bahagia leh kluar dari sekolah

 Dalam 40 orang laa yang join lawatan kelas kami nih, termasuk 10 orang budak kelas lain. Kami bertolak malam, dalam pukul 11 gitu. Bajet nak sampai esok kat Gohtong Jaya dalam pukul 8. On the way, berhenti rehat kat Juru, Gunung Semanggol ngan Slim River. Tapi bagi yang tak ingat ape2 cam aku ni, tido je memanjang ehh sedar sedar dah sampai cable car punya station.

cable car's station

Lepas cikgu Wani bagi briefing kejap, kami terus serbu naik cable car. Takut gak ah at first sebab gondola tu akan bergego time lintas menatang tiang besi tuh. Kat bawah, kanan, kiri semua hutan hujan terpelihara. Kat depan lakk, kabus tebal giler. Tak nampak pun seksyen depan. "Agak-agak, kalau aku suggest buat muvi final destination 6 pasal cable car korang setuju tak?" Haa, dah tak pepasal kena ketuk kepala ngan si Azil Muzammil.

dan aneka lagi muka bahagia

Sampai kat station tu, kami terus jalan kat entrance Outdoor Theme Park. Time tunggu cikgu pergi beli ticket tu gak, aku tengok intai tengok lahh dalam tu. Aik? Gelongsor ular tu dah takde? Dah ganti dengan spinner? But who cares, time dapat ticket terus serbu masuk. Nasib baik gak laa, hari tu sikit jer manusia dalam tu. So nak naik rides ape2, terus je masuk, beratur pun kejap je.

overview...  picta bad quality coz ambik ngan apple jerk

First rides yang kami naik, spinner. Mau tak kami kena pusing ngan benda ni 360 darjah sampai time aku turn jejak tanah, pusing pening-pening lalat gitu. Tapi ade laa bebudak lain tu, terjerit-jerit time naik benda tu, nasib baik tak termuntah atas couple negro yang duk gaduh "nak naik ke tak, nak naik ke takk ayang hooi" kat bawah tu.


tengokkk,, GENTING kami conquer!

Yang ni rides paling buat aku seriau satu badan.... CORKSCREW! Tambah-tambah lagi, aku duk paling depan. Time standby kat tracks tu takpe laa, boleh gelak-gelak lagi. Start je benda tu gerak mendaki, tetiba jer teringat pasal muvi final destination 3 tuu. Haa, nanti pusing-pusing kat loop tu, nanti handle tu terbukak cam dalam muvi tu kang, nak mengucap pun tak dan. Time sampai puncak tu okey lagi, tapi time turun tu, fuhhhhhhhh rase macam nak jatuh gedebuk atas track depan tu jer. Perghh, ngeri tapi serious syok. Kami naik sampai 2,3 kali pun takpe sebab hari tu Genting memang lengang.

Hahh? Adult? Oh yaa, SPM tahun depang

Lepas naik tu naik ni, kami pun pergi makan lunch kat First World Cafe. Makanan die pergh memang terbaik arr, sebab diorang sedia stail buffet hotel 5 stars gitu. Kami pakat tibai ambik je makanan tapi takleh laa nak tapau balik. Paling best benda desserts tuu, strawberry bertimbun-timbun. Makanan memang banyak, memang  rambang mata nak pilih. Lepas makan je, kami pun pergi lahh conquer indoor theme park plak. 

sesi buncitkan perut

Next spot? SNOW WORLD! Even kami takleh laa nak buat lawatan pi overseas, main tepuk-tepuk sajli palsu pun dah kira okey what. Dahlaa suhu kat dalam  ni minus 17 degrees, kami main macam taktau jek. Aku pun tak sedar tengok tengok pushhh!, habis salji atas muka. Haa, nasib baik aku taktau sape yang lontar bola salji tu kat aku, kalau tak siaplaa aku lontar ngan pelampung snow slide tu kang! Lagi besar dan memuaskan hati.


bajet overseas lahh nie?

Tengok-tengok jam ehh ade 3 jam lagik before nak turun KL. Kami guna masa yang ade ni plak nak naik Flying Coaster. Tapi awat benda ni kena bayo extra 10 ringgit ehh? Tapi ape nak kisah, lepas bayo terus masuk dalam 'kandang' tu. Benda ni plak dahlaa laju, pastu putar-putar belit plak kami habis terbalik tunggang langgang. Time jerit tu memang syok, habis lupa yang exam PAT selaras SBP bulan depan je lagi tinggal abe kakok sekalian.

kabus hoii, bulu hidong pun tak nampak...


Lepas tu lakk, kami naik pirate ship. Ingat ke objek ni nak berputar 360 degree, tapi hampeh 180 degree jek. Tapi geng2 pak arab dalam tu memang sporting ngan kami, siap main lawan jerit cam pondan patah heels lagi atas tu. Orang lain kecut kecut muka atas tu, kami plak duk main lawan-lawan jerit. Ade ke patut?

Habis-habis puas try rides dalam tu, tiba masa dahh nak balik. Tapi paling frust, tak sempat naik naik Space Shot sebab time tu kabus teramatlah tebal cik adik noh. Lepas snap2 gambar reramai tu, terus say bon voyage kat Genting. Turun bawah naik cable car jugak, pastu terus naik bas tutun KL lakk!



eceycehh,

TO BE CONTINUED....

4 comments:

hanabunga said...

Oh my...sekelas dgn manirah plus adik ridwan kah??keciknya dunia.btw im your seniour pioneer generation.
Best tgk juniour2 pi genting ni.tumpang happy winks~

awatif mohsin said...

nice story tpi azraai da sikit correction psai bilangan oqang yg p naa!! 25- 4mahir, 3-cikgu, 11- kelas len.. hehe sori naa, fakta!!

Aida Amalina said...

jeles ! kelas aku x jadi bt lawatan sbb majority fail addmath D:

budak seriputeri said...

enjoy sakan..exm selaras sbp??blom exm lg ke??btw,good luck.