Wednesday, December 28, 2011

Misteri Hostel KUPSIS (Part II)

As-salam, pekes rakyat jelata?

Fuhh, at last entry "MHK" part 2 sempat jugak nak publish. Cakap-cakap bizi teramat beli barang skolah sampai tekan "publish" pun tak kesampaian sejak 4 hari yang lalu. Okey ni sambungan cerita dalam siri kedua, siap ade 4 kisah lagik. 


Warning! These stories is 100% based on true story..

Kisah 4

Haa kali ni pulak kejadian ni berlaku kat wing Sigma. Aku pun dengar cerita ni dari kengkawan jugak. Betul ke tak tu lantak depa lah punya kisah. Aku pun terlopong duk dengar jaa sambil  cover muka separuh ngan blanket. 

Malam tu, dalam pukul 2,3 pagi camtu, sorang budak Delta ni nak pergi lah wing Sigma kat sebelah tu. Lepas jaa belok kat corner wing tu, tetiba dia nampak satu entiti berdiri persis model peraga Burberry kat tengah-tengah koridor. Mamat ni lakk apa lagi keras laa duk situ sebab panick taktao nak buat padia. Pastu lak entiti tu senang-senang jaa tembus dinding dan hilang tanpa notis. Hiiiiiiiii...



Inferens aku: Amboi advance gitu main tembus-tembus dinding ni. Nasib baik gaklaa benda tu boleh terbang kot sebab lepas ja dinding tu, terus freefall jatuh sampai ground floor. Kalau tak sia-sia jelaa benda tu takutkan mamat sorang ni pastu tetiba jatuh gedebuk cam durian over masak kat ground floor tu.

Kisah 5

Kisah ni lak dialami oleh cikgu sorang ni. Nama cikgu tu pulak rahsia lah noh sebab nanti kalau Uncle Seekers invite cikgu tu mai buat segmen carik hantu, naya kami tak belajar pulak. Malam tu cikgu ni buat extra class, bebudak pun dah nak exam. Kelas cikgu tu pulak habis lewat sikit, so tinggalah cikgu tu nak balik sorang-sorang diri.

So cikgu ni drive lah kereta dia sampai kat astaka sebab kat situ cikgu nak buat u-turn. Dahla kat astaka tu gelap gelita, lampu pun takde. Time nak buat u-turn tu pulak, cikgu tu pun terpandang kat atas dan tengok makhluk sorang ni berdiri kat tangga astaka. Makhluk tu pulak punyalah rambut panjang buat rebonding treatment punya pasal, mata dia lak terang-benderang kaler merah, pakai lens brand ape pun takleh nak detect.



Inferens aku: Hantu sorang ni pulak trendy jugak ahh. Rambut panjang pun buat rebonding plus siap pakai contact lens merah pulak tu nak kasi mata merah menyala. Hang hado? Nan hadoooo opkoz..! Dahla kwanghajo nak takutkan cikgu skolah aku plak tu.

Kisah 6

Kisah ni lak aku dengar dari senior. Berlaku kat bilik air wing satu ni.Tengah malam tu, sorang abang senior ni nak pigi gosok gigi lepas sebok study sampai lebam tengah-tengah malam. So masuklah abang ni dalam bilik air tu ngan bawak sekali berus gigi dan segala facewash lerr. 

Lepas habis gonyoh sental gigi tu, nak berkumur laa pulak. Kat depan sink tu tak wajib ada cermin. Cermin tu lak kalau tengok nampak laa imej pantulan bilik air kat belakang sink tu. Lepas angkat jer muka dia tu dan tengok kat cermin tu ahaa ade sorang makhluk ni pun tengah gosok gigi jugak dalam bilik air! Eh ehh tapi dia guna berus gigi special bukan komodo lion hatta komodo tapir ke hape, tapi guna pisau! Benda ni pulak berus gigi dia ngan pisau tu, berdarah-darah sambil goyang-goyang kepala dia mengikut rentak kalbu.



Inferens aku: Haa hantu pun sebok nak jaga kesihatan diri jugak. Kalau nak cak ba! cak ba! takutkan orang lain tapi bau mulut taraf loji tangki septic, mana orang tu nak sibuk tutup mulut lagi, so orang nak terjerit-jerit cam pondan patah heels tu tak jadi laa harap maklum.

Kisah 7

Hahahaha.. kisah terakhir bagi segmen MHK. Aku sengaja letak kisah ni kat akhir sekali sebab cam omputih cakap, "keep the best for the last". Ehh yeke depa ade cakap camtu? Ahah who cares jom jemput persila dengar kisah terakhir ni pulak..

Mangsa yang kena ni pulak aku sendiri (lagik!). Malam tu aku ngan kawan aku ni kena urus dewan besar untuk assembly esok pagi. Time ni aku masuk biro Dewan & Tugas-Tugas Khas, so kerja susun kerusi dewan ni aku laa yang kena urus. Pastu lak kawan aku sorang tu pergi lah panggil bebudak form 1 seangkatan nak tolong buat kerja, tinggalah aku sorang-sorang jenjalan ke dewan.



On the way tu omaigod, gelap giler. Memang laa lampu jalan ade, tapi takde lah terang sangat pon. Malam tu pulak berangin kuat, entah laa pesal. Tetiba teringat pulak yang kisah cikgu sorang ni bagi warning jangan main kat area dewan, padang dan astaka memalam buta. Sebab? Ade lah tu sebabnya. Kalau ade macik yang jual goreng pisang tepi dewan, mana cikgu nak larang pigi pulak kan?

Hish apa laa aku ni, time duk solo-solo nak masuk dewan ni sempat pulak terpikiaq pasal goreng pisang bagai. So aku buat cool jelaa pastu aku terus pulas tombol pintu dan terjenguk-jenguk kat dalam. Dalam tu pulak opkoz gelap! Aku terus masuk nak bukak suis lampu kat belah hujung dewan tu. Bukak je langkah, terus je baca surah-surah ayat-ayat terkumat-kamit sorang diri sambil tangan teraba-raba hooi mane satu suis nih!



Sikit je lagi nak sampai kat suis tu tetiba gedebum!! Pintu yang aku masuk tadi terus tertutup ngan otomatik. Kuat giler bunyik, nasib baik jantung aku tak luruh. Time tu pulak, terus aku bukak semua suis, sampai lampu jamban toilet belakang dewan pun terbukak sekali. Dan pulak tu aku pusing ke belakang dan.....

=
=
=
=
=
=
=
=
=

                                       HUWARGH!!!!




Ohh, budak form 1 sorang ni dah sampai. Fuhh lega nightmare dah keluar kredit 'the end'. So aku suruh laa budak laki form 1 tu suruh cepat sikit pigi panggil kengkawan dia yang lain. So budak tu pergi laa panggil kengkawan dia dan aku pun buat kerja aku sampai siap. Fuhhhh, nasib baek takde pape...

Eh ehh, sapa kata kisah ni dah 'the end'?

Esok tu pulak aku baru perasan something pasal budak yang aku berpaling tu tetiba ada kat belakang tanpa notis. Nama dia memang aku tak ingat tapi dia ahli rumah mana aku still boleh ingat. Lepas interbiu ahli dorm dia, baru depa bagitau budak tu dah lama dah pindah! Aik? Pastu yang aku jumpa budak belakang aku tu sapa lakkk??! Jeng jeng jeng..

XPLANATION?

Konklusinya, benda ni memang ada kat mana-mana sekalipun. Yang tengah perhatikan gerak-geri korang yang tengah baca entry ni pun mungkin ada. So, lengkapilah diri kita ngan pelindung utama - iaitu keimanan terhadap Allah. Sebab benda ni kan dah berjanji ngan Allah untuk ganggu dan sesatkan keturunan anak Adam sampai hari kiamat? So beringat-ingatlah dan paling penting...

JANGAN BIARKAN HOSTEL ANDA.. DISELUBUNGI MISTERI...


Wednesday, December 21, 2011

Misteri Hostel KUPSIS (Part 1)

As-salam and wishing an awesome day readers!

Kalau sebut jer pasal asrama kan, mesti tak lari dari kisah-kisah misteri/ hantu/ alien/pelik/ makhluk halus dan seangkatan. Pesal ehh? Asal asrama jer hantu, asal hantu jer asrama? Pesal? Pesal ahh??! Ouh, hostel tempat aku tido mandi makan pun tak terkecuali jugak..

hostel KUPSIS. amacam?

Kalau aku nak cerita pasal kisah misteri kat hostel aku tu, korang ni nak percaya ke tak ehh? Memang korang akan pikiaq "eleh, sekolah baru, takkan dah ade kot?". Ehh sapa kataa takde? Okey meh aku cerita sikit dua tiga kisah misteri dalam part 1 kali ni. *amboi banyak kisah nampak sampai nak berepisod sinetron bagai*

Remark: Kisah kat bawah ni cerita betul dan bukan main-main! *serius nih*

Kisah 1

Yang kena ni ahah aku sendiri rupanya. Nak jadikan cerita, malam tu aku tido lah cam biasa, dalam pukul 12 lebih camtu. Aku memang jenis tido awal pun. Aku tido kat katil aku dan aku mengadap arah katil kawan aku, Irwan just before nak tido tu. Lama kendian tu lak aku terasa cam terapung-apung jek, dalam posisi horizontal gitu. Aku time tu pun separa sedar, nak bukak mata pun kabur-kabur persis cam wiper kereta tak on time hujan lebat.

Pastu esok pagi tu eh ehh? Aku terbangun kat katil orang lain! Katil tu katil yang terletak kat belah lain dorm. Nasib baik katil tu tuan dia tak tido kat situ, kalau tu habis laa depa ni kata aku gay tergedik nak tido sekatil ngan laki. Aik? Camner lak aku boleh terpindah-randah time tido ni? Aneh bangat sih, gimana dong? Aku ni memang bukan orang yang jenis sleepwalking tapi pesal lak boleh jadi camni? Anyone nak explain?

ni view astaka ngan padang dari dorm aku


Inferens aku: Aku rasa laa ade dua tiga ekor alien planet Zuhal nak abduct aku pigi buwat lari pelanet depa. Tapi lepas depa tu scan kepala aku ngan barcode scanner supermarket tetiba bip bipp keluar result "budak ni teramat bajet!" soo alien tu tak jadi laa nak abduct aku pulak. Dahtu, punya lah short-term-memory alien tu lemah, dia tak ingat dah katil aku kat mana weh dan at last main campak-campak jer aku atas katil suka hati depa. *Okey si nerd ni kalau bab merapu memang pro*

Kisah 2

Kisah ni lak berlaku kat kawan baik aku. Pagi tu dia terbangun awal sikit, dalam pukul 4:30 camtu. Pastu lak dia ni decide nak mandi terus lah pastu nak sambung tido balik. Kendian dia bawak lah toiletries bagai pigi bilik aiyaq. Time nak belok kanan ke bilik air tu, dia ternampak kelibat putih berlari ke arah rumah sampah, dekat ngan asrama puteri. View rumah sampah tu dari dia nampak jelas laa sebab dia time tu kat first floor wing Gamma.

Inferens aku: Emm.. Kelibat putih ehh? Tengah berlari? Ohh aku rasa 'benda' ni dulu masuk acara marathon pusing tanah sawah. Pastu nasib dia tak baik, time tengah pecut tu, dia terjatuh dalam tong sampah mega, pengsan teroih kat situ jugak. Ahah, esok tu pulak, lori sampah pun pigi angkut lah tong sampah tu, terpeyek dalam sampah terus mati jadi hantu.

jomm reramai lari marathon pusing sawah jomm!

Kisah 3

Kisah ni lakk berlaku kat budak aspuri. Depa ni geng Sigma ke Delta tak silap aku, penghuni 2nd floor aspuri. Dorm depa ni lak dapat view straight ke aspura, so nampak laa satu bangunan aspura ni, dari ground floor sampailaa tingkat 3 top floor. Pastu satu malam tu, dalam pukul 1 pagi camtu,  ade orang nampak kelibat tengah bertenggek kat beranda top floor. Kedudukan 'benda'  tu pulak statik, saiz besar pulak, tak bergerak-gerak kendian hilang dari pandangan camtu jek... 

Inferens aku: Memanglaa top floor tu takde sape sebab floor tu akan diisi ngan bebudak baru tahun depan. Kan makhluk camni suka tempat yang takde orang? Jadi cam tempat tuu 'kawasan' diorang laa. Patutlaa macik ngan pacik guard yang jaga asrama ni larang keras "hangpa jangan dok gatai nak naik top pelor tuu lah nohh, tak baguih".

unknown entity..

So korang camner huh? Buat info korang, tapak sekolah kami ni dulu tanah sawah. Orang cakap laa, aku pun taktao, yang tanah sawah ni spot hot gitu untuk orang buang 'benda' camni. Logik jugak kan, mana ade orang nak duduk kat sawah malam-malam? So buang jela benda tu kat tanah camni. Betui gok nohh..!

Pesan aku:

JANGAN BIARKAN HOSTEL ANDA.... DISELUBUNGI MISTERI.. HOHOHO

haa ambik hang hantu pimple bawah lobang hidong!

Will be continued in PART 2....






Bagi korang yang tak join lagi segmen "Bloglist- We're the SBP Students" tuu, rajin-rajin lah join erk! Just buat entry ringkas je pasal korang as a SBP Student. Mane tahu, kalau entry best kebabom nak baca, dapatlaa pulak mystery gift selori simen pulak. For further infos, just log on to:




Tuesday, December 20, 2011

Do Motivational Posters really play a role?

As-salam sihat tak orang kampong?

Simple question: Do Motivational Posters actually play a role?

Simple answer: Well, not so...

good candidates  indeed

Add Maths. Inculding?

sure it does

a great way to achieve fame

yeah, even you're a cutie

children are becoming pretty aggressive lately
the net. bad bad world
Heyy, he's an IT genius

not only American I think

son's ambition: becoming the next CJ

could you just give her a time for herself, please?

absoluteness.

will be called on Tyra's next  cycle of ANTM 

calculator alone can't help you in dealing with Maths

it seems to be, for her ONLY.



Thursday, December 15, 2011

So what Apple's iOS 5 can offer?

As-salam and wishing a pleasant day, readers!


It had been probably two months since the latest Apple's iOS 5 is available publicly for an update. Ahah, while the rest had updated their respective iDevice for the past few period, aku still kat depan PC tergopoh-gopah baru nak update hari ni.. Haa tulah pesal homework bertimbun kalah KLCC, mana holiday kali ni tak hectic?

just click  'UPDATE' and iTunes will handle the rest.. piece of mind

Apple punya iDevice will always  updating their latest update consistently. And the latest to date, the iOS 5. So what's so special about this iOS? For sure, this update is the most extensive iOS update ever, for over than 200 new woah-awesome features to be used right away. Takkan pulak aku nak list down satu-satu dia punya features, so aku list down jela dalam bebanyak tuu okey. Set?


Feature #1- Notification Centre


Kat sini semua notifications korang akan berpusat kat sini. Weather hujan batu ke hujan coklat hooi? Eh ehh Britney Spiral like stats aku? Infinity Blade's latest update? Latest tweet kecoh sape cerai? All the notifications will simply come through here. Practical isn't? Takdelaa nak sibok buzz buzz kehulu kehilir.

Feature #2- iMessage


iMessage ni function dia sama cam Black Berry Messenger (BBM) gak ah. Add contact yang pakai iPod Touch/iPad/iPhone yang ade apps ni, korang boleh texting sampai lebam sebab messages tu UNLIMITED and FREE! Whoaaa great news for the textaholic!

Feature #3- Newsstand


Kat sini korang boleh subscibe magazine, newspaper dan bahan bacaan kat lain. Pastu lak material yang korang purchase tu otomatik akan tersusun atas rak, cam dekat kedai-kedai buku. Aku pun punyalah eksaited purchase mag memacam sebab FREE tapi tup tup tengok FREE dekat COVER DIA SAHAJA harap maklum rakyat jelata. 

Feature #4- Reminders

"Hoi Senah, kain tak angkat lagi!","Eh ehh ada meeting ngan Barack Obaba petang ni!" dan segala bagai jenis reminders berpusat kat sini.  So the problem of missed appoinment ke hape, tak jadi lagi lah kan?

Feature #5- Camera Updates


Feature #6- Photos Editing & Streaming


Feature #7- PC Free


Yang ni paling aku suka! Kalau nak transfer pics, songs, videos ke hape, dah tak perlu kecoh-kecoh selongkar  cari USB Cable transfer dalam gerobok lagi dah. Free-free jer process syncing ngan transfer tu over WIFI. Kan senang tu?

And the rest of the other  #193 feartures, log on to Apple website sendiri laa erk..!
Yang bagi korang tak update lagi tuu, cepat-cepat lah noh buat. Takkan nak terlepas kot features awesome semua ni?! Tak lama pun nak update tu, dalam 2,3 jam. What else to say more? iOS 5 really ROCKS, dude!!! Haa kat sini aku bagi tips ahh siket time nak update korang punya iDevice ni ehh:

Compatibility
  • Time iTunes tengah download update tu, jangan sibok-sibok nak log in FB laa, stream Yuyub video laa, sebab probability untuk download process tu distrupted and then ERROR! Haa dah tak pepasal kena ulang balik download.
  • Follow instruction dekat iPad leklok time nak setup-kan balik. Nanti tak pepasal tertekan "customize as a new iDevice" kang, habis data dalam iDevice korang terhapusss teroih!
  • Charge penuh-penuh dulu iDevice korang tu before start updating. Nanti battery king kong time tengah update, tak pasal process update ter-hang.
fuhh, finally.. mission accomplished!



Aku dah mengidam lama dah nak benda ni.. Sape tak terjojol keluar bijik mata plus meleh air liur kalau tengok the most amazing laptop yet ni huh?

=
=
=
=
=


Tengok price tag? Kbye tu tak convert lagi tuu..




Wednesday, December 14, 2011

Guide on how NOT to be such a NERD!

Alohaa readers!

The common scenario faced by several kind of students in school nowadays:

"Hye NERD! How's your days?"



Maybe those dialogue/calling/nickname that revolves around you everyday make you feel uneasy atau bahasa melayu-nya menyampah? Feel bored of becoming the laugh-stock of the peers? Here's are the some simple guide that might help you to eradicate those calling:

Guide #1- Stand Out among the rest


Guide satu ni senang jek, korang perlu cuba-cuba sikit nak tonjolkan diri sendiri tu. Nanti time ushar-ushar album kelas, tetiba je ade orang cakap "eh ehh budak ni pernah wujud ke kat skolah kite?". Dalam kelas tu, jangan sibok mengadap buku je tahu. Sibukkan diri jugak ngan aktiviti berkumpulan. Alahh, first time tu memang kekok, at last tu korang boleh adapt ngan environment baru punyalah..

Guide #2- Get Socialized



Don't just rather stay at your place and do your own thing man! Be social! Tapi social kat sini bukan nak tergedik sakan gelak terguling ngan geng seangkatan ke hape. Cari jek kengkawan nak buat sembang pasal topic-topic hotz skang ni. Besides, you might also discuss something regarding your ideas, opinion and thought among the peers. Tapi leklok jugak cari kawan sosial tu, jangan nak heret kita buat benda entah pape sudah. Get it?

Guide #3- Use up your respective Talents/Advantage



Buat apa talent/kelebihan yang tuhan bagi kalau korang taknak praktikkan benda tu? Useless je kan? Cam contoh korang ni ade bakat lukis kartun anime buah mangga ke bagai, apply lah nak masuk sidang redaksi sekolah ke hape. At least artwork dalam mag sekolah tu orang boleh kenal jugak.Besides, if you more into singing, get along with the competition. Jangan nak menyepi jek kerja coz it will also expand your expertise into something even more right?

Guide #4- Upgrade your Look

Look upon yourself, is indeed the ultimate first impression among the public. Kalau korang tu rambut pun sikat tepi, seluar pun pakai atas pusat, mana tak kena cop mohor 'budak nerd' terus. As an example, if you use to manage your hair ALL THE SAME WAY along that frickin week, why would you transform that into a something new? Tapi takde lah sampai nak colour-colour fluorescent buat rebonding rambut ke  hape, just ought to try and experience something different. 



Ahahh, if in case you ran into your schoolmate around 10 years in the future, takde lah diorang nak cakap "Ehh kau, Anuar Zinc? Aku tengok sama maintain still cam dulu lahh" --- that's not a true PUJIAN dude, but some sort of PERLI amid the PUJIAN.

Guide #5- Get involved



Whenever your club/sports house/school organizing some sort of contest that require involvement, just get in! Don't just simply be the "tukang tengok" okay. If you have the advantage in public speaking, just pursue into the debate and syarahan thing. The same thing goes on with the participation in sports, don't hesitate to get involve. Kalau ada rezeki tu, bolehlaa nak menang jugak. Merit nak masuk U pun senang-senang dapat. But remember, for whatever you do, make sure that the WILLS of yourself must be ahead among the rest and don't ever be such a quitter.

Guide #6- Just be Yourself


Do not ever state that "in order to emerge from the geek's world, you must be someone else!" This quote is completely WRONG. Just pretend on becoming NOT YOURSELF will not make the thing goes on, naturally. Practice those above thing steadily and the thing you had wished for, will emerge eventually. When the clock is still ticking, it's still right to transform ourself into something much BETTER right?