Wednesday, December 21, 2011

Misteri Hostel KUPSIS (Part 1)

As-salam and wishing an awesome day readers!

Kalau sebut jer pasal asrama kan, mesti tak lari dari kisah-kisah misteri/ hantu/ alien/pelik/ makhluk halus dan seangkatan. Pesal ehh? Asal asrama jer hantu, asal hantu jer asrama? Pesal? Pesal ahh??! Ouh, hostel tempat aku tido mandi makan pun tak terkecuali jugak..

hostel KUPSIS. amacam?

Kalau aku nak cerita pasal kisah misteri kat hostel aku tu, korang ni nak percaya ke tak ehh? Memang korang akan pikiaq "eleh, sekolah baru, takkan dah ade kot?". Ehh sapa kataa takde? Okey meh aku cerita sikit dua tiga kisah misteri dalam part 1 kali ni. *amboi banyak kisah nampak sampai nak berepisod sinetron bagai*

Remark: Kisah kat bawah ni cerita betul dan bukan main-main! *serius nih*

Kisah 1

Yang kena ni ahah aku sendiri rupanya. Nak jadikan cerita, malam tu aku tido lah cam biasa, dalam pukul 12 lebih camtu. Aku memang jenis tido awal pun. Aku tido kat katil aku dan aku mengadap arah katil kawan aku, Irwan just before nak tido tu. Lama kendian tu lak aku terasa cam terapung-apung jek, dalam posisi horizontal gitu. Aku time tu pun separa sedar, nak bukak mata pun kabur-kabur persis cam wiper kereta tak on time hujan lebat.

Pastu esok pagi tu eh ehh? Aku terbangun kat katil orang lain! Katil tu katil yang terletak kat belah lain dorm. Nasib baik katil tu tuan dia tak tido kat situ, kalau tu habis laa depa ni kata aku gay tergedik nak tido sekatil ngan laki. Aik? Camner lak aku boleh terpindah-randah time tido ni? Aneh bangat sih, gimana dong? Aku ni memang bukan orang yang jenis sleepwalking tapi pesal lak boleh jadi camni? Anyone nak explain?

ni view astaka ngan padang dari dorm aku


Inferens aku: Aku rasa laa ade dua tiga ekor alien planet Zuhal nak abduct aku pigi buwat lari pelanet depa. Tapi lepas depa tu scan kepala aku ngan barcode scanner supermarket tetiba bip bipp keluar result "budak ni teramat bajet!" soo alien tu tak jadi laa nak abduct aku pulak. Dahtu, punya lah short-term-memory alien tu lemah, dia tak ingat dah katil aku kat mana weh dan at last main campak-campak jer aku atas katil suka hati depa. *Okey si nerd ni kalau bab merapu memang pro*

Kisah 2

Kisah ni lak berlaku kat kawan baik aku. Pagi tu dia terbangun awal sikit, dalam pukul 4:30 camtu. Pastu lak dia ni decide nak mandi terus lah pastu nak sambung tido balik. Kendian dia bawak lah toiletries bagai pigi bilik aiyaq. Time nak belok kanan ke bilik air tu, dia ternampak kelibat putih berlari ke arah rumah sampah, dekat ngan asrama puteri. View rumah sampah tu dari dia nampak jelas laa sebab dia time tu kat first floor wing Gamma.

Inferens aku: Emm.. Kelibat putih ehh? Tengah berlari? Ohh aku rasa 'benda' ni dulu masuk acara marathon pusing tanah sawah. Pastu nasib dia tak baik, time tengah pecut tu, dia terjatuh dalam tong sampah mega, pengsan teroih kat situ jugak. Ahah, esok tu pulak, lori sampah pun pigi angkut lah tong sampah tu, terpeyek dalam sampah terus mati jadi hantu.

jomm reramai lari marathon pusing sawah jomm!

Kisah 3

Kisah ni lakk berlaku kat budak aspuri. Depa ni geng Sigma ke Delta tak silap aku, penghuni 2nd floor aspuri. Dorm depa ni lak dapat view straight ke aspura, so nampak laa satu bangunan aspura ni, dari ground floor sampailaa tingkat 3 top floor. Pastu satu malam tu, dalam pukul 1 pagi camtu,  ade orang nampak kelibat tengah bertenggek kat beranda top floor. Kedudukan 'benda'  tu pulak statik, saiz besar pulak, tak bergerak-gerak kendian hilang dari pandangan camtu jek... 

Inferens aku: Memanglaa top floor tu takde sape sebab floor tu akan diisi ngan bebudak baru tahun depan. Kan makhluk camni suka tempat yang takde orang? Jadi cam tempat tuu 'kawasan' diorang laa. Patutlaa macik ngan pacik guard yang jaga asrama ni larang keras "hangpa jangan dok gatai nak naik top pelor tuu lah nohh, tak baguih".

unknown entity..

So korang camner huh? Buat info korang, tapak sekolah kami ni dulu tanah sawah. Orang cakap laa, aku pun taktao, yang tanah sawah ni spot hot gitu untuk orang buang 'benda' camni. Logik jugak kan, mana ade orang nak duduk kat sawah malam-malam? So buang jela benda tu kat tanah camni. Betui gok nohh..!

Pesan aku:

JANGAN BIARKAN HOSTEL ANDA.... DISELUBUNGI MISTERI.. HOHOHO

haa ambik hang hantu pimple bawah lobang hidong!

Will be continued in PART 2....






Bagi korang yang tak join lagi segmen "Bloglist- We're the SBP Students" tuu, rajin-rajin lah join erk! Just buat entry ringkas je pasal korang as a SBP Student. Mane tahu, kalau entry best kebabom nak baca, dapatlaa pulak mystery gift selori simen pulak. For further infos, just log on to:




10 comments:

amy azuha said...

banyaknyer hantu skolah awok..

Taib.I.Mfahid said...

wah byak gak eh??? xde histeria ke???

miss Amna said...

sekolah sy lagi laa..nak kate impak dia kuat tak laa tak sangat.tp,sekali sy kena,lari tak ingat dunia.ni laa padah bila jemur kain kat ampaian malam2.lepastu memg dah x buat aa.Ngeri!

Amal Azraai Azuha said...

@ hantu ade, alien pun ade.. Kira pakej lengkap gituu

Amal Azraai Azuha said...

@ TAIB.I.MFAID

Ouh, ni baru part 1.. Ade lagi... Yg histeria tu mmg ade pon, tapi xde laa teruk sgt

Amal Azraai Azuha said...

@MISS AMNA

Amboi rajin nampak sidai kain tengah2 malam.. Haa lain kali tuu time sidai kain biar berduet gitu, tapi jangan berduet ngan hantu tuu sudah

Cuteful DayDreamin said...

harap-2 x jadi kat pa'an nnt pa'an nk duk asrama kat skola nnt.. hahaha

Amal Azraai Azuha said...

@ Cuteful DayDreamin

Uik, best ape? Experience laa katakan...

kartunketot said...

tapi mcm mna pown dok hostel tetap best :) cepat la sambung part 2 bro ! tksabar neyy , haha .

Nadia Rahman said...

wah..menarik..
teruskan la lagi..syez best.. =)