Wednesday, December 28, 2011

Misteri Hostel KUPSIS (Part II)

As-salam, pekes rakyat jelata?

Fuhh, at last entry "MHK" part 2 sempat jugak nak publish. Cakap-cakap bizi teramat beli barang skolah sampai tekan "publish" pun tak kesampaian sejak 4 hari yang lalu. Okey ni sambungan cerita dalam siri kedua, siap ade 4 kisah lagik. 


Warning! These stories is 100% based on true story..

Kisah 4

Haa kali ni pulak kejadian ni berlaku kat wing Sigma. Aku pun dengar cerita ni dari kengkawan jugak. Betul ke tak tu lantak depa lah punya kisah. Aku pun terlopong duk dengar jaa sambil  cover muka separuh ngan blanket. 

Malam tu, dalam pukul 2,3 pagi camtu, sorang budak Delta ni nak pergi lah wing Sigma kat sebelah tu. Lepas jaa belok kat corner wing tu, tetiba dia nampak satu entiti berdiri persis model peraga Burberry kat tengah-tengah koridor. Mamat ni lakk apa lagi keras laa duk situ sebab panick taktao nak buat padia. Pastu lak entiti tu senang-senang jaa tembus dinding dan hilang tanpa notis. Hiiiiiiiii...



Inferens aku: Amboi advance gitu main tembus-tembus dinding ni. Nasib baik gaklaa benda tu boleh terbang kot sebab lepas ja dinding tu, terus freefall jatuh sampai ground floor. Kalau tak sia-sia jelaa benda tu takutkan mamat sorang ni pastu tetiba jatuh gedebuk cam durian over masak kat ground floor tu.

Kisah 5

Kisah ni lak dialami oleh cikgu sorang ni. Nama cikgu tu pulak rahsia lah noh sebab nanti kalau Uncle Seekers invite cikgu tu mai buat segmen carik hantu, naya kami tak belajar pulak. Malam tu cikgu ni buat extra class, bebudak pun dah nak exam. Kelas cikgu tu pulak habis lewat sikit, so tinggalah cikgu tu nak balik sorang-sorang diri.

So cikgu ni drive lah kereta dia sampai kat astaka sebab kat situ cikgu nak buat u-turn. Dahla kat astaka tu gelap gelita, lampu pun takde. Time nak buat u-turn tu pulak, cikgu tu pun terpandang kat atas dan tengok makhluk sorang ni berdiri kat tangga astaka. Makhluk tu pulak punyalah rambut panjang buat rebonding treatment punya pasal, mata dia lak terang-benderang kaler merah, pakai lens brand ape pun takleh nak detect.



Inferens aku: Hantu sorang ni pulak trendy jugak ahh. Rambut panjang pun buat rebonding plus siap pakai contact lens merah pulak tu nak kasi mata merah menyala. Hang hado? Nan hadoooo opkoz..! Dahla kwanghajo nak takutkan cikgu skolah aku plak tu.

Kisah 6

Kisah ni lak aku dengar dari senior. Berlaku kat bilik air wing satu ni.Tengah malam tu, sorang abang senior ni nak pigi gosok gigi lepas sebok study sampai lebam tengah-tengah malam. So masuklah abang ni dalam bilik air tu ngan bawak sekali berus gigi dan segala facewash lerr. 

Lepas habis gonyoh sental gigi tu, nak berkumur laa pulak. Kat depan sink tu tak wajib ada cermin. Cermin tu lak kalau tengok nampak laa imej pantulan bilik air kat belakang sink tu. Lepas angkat jer muka dia tu dan tengok kat cermin tu ahaa ade sorang makhluk ni pun tengah gosok gigi jugak dalam bilik air! Eh ehh tapi dia guna berus gigi special bukan komodo lion hatta komodo tapir ke hape, tapi guna pisau! Benda ni pulak berus gigi dia ngan pisau tu, berdarah-darah sambil goyang-goyang kepala dia mengikut rentak kalbu.



Inferens aku: Haa hantu pun sebok nak jaga kesihatan diri jugak. Kalau nak cak ba! cak ba! takutkan orang lain tapi bau mulut taraf loji tangki septic, mana orang tu nak sibuk tutup mulut lagi, so orang nak terjerit-jerit cam pondan patah heels tu tak jadi laa harap maklum.

Kisah 7

Hahahaha.. kisah terakhir bagi segmen MHK. Aku sengaja letak kisah ni kat akhir sekali sebab cam omputih cakap, "keep the best for the last". Ehh yeke depa ade cakap camtu? Ahah who cares jom jemput persila dengar kisah terakhir ni pulak..

Mangsa yang kena ni pulak aku sendiri (lagik!). Malam tu aku ngan kawan aku ni kena urus dewan besar untuk assembly esok pagi. Time ni aku masuk biro Dewan & Tugas-Tugas Khas, so kerja susun kerusi dewan ni aku laa yang kena urus. Pastu lak kawan aku sorang tu pergi lah panggil bebudak form 1 seangkatan nak tolong buat kerja, tinggalah aku sorang-sorang jenjalan ke dewan.



On the way tu omaigod, gelap giler. Memang laa lampu jalan ade, tapi takde lah terang sangat pon. Malam tu pulak berangin kuat, entah laa pesal. Tetiba teringat pulak yang kisah cikgu sorang ni bagi warning jangan main kat area dewan, padang dan astaka memalam buta. Sebab? Ade lah tu sebabnya. Kalau ade macik yang jual goreng pisang tepi dewan, mana cikgu nak larang pigi pulak kan?

Hish apa laa aku ni, time duk solo-solo nak masuk dewan ni sempat pulak terpikiaq pasal goreng pisang bagai. So aku buat cool jelaa pastu aku terus pulas tombol pintu dan terjenguk-jenguk kat dalam. Dalam tu pulak opkoz gelap! Aku terus masuk nak bukak suis lampu kat belah hujung dewan tu. Bukak je langkah, terus je baca surah-surah ayat-ayat terkumat-kamit sorang diri sambil tangan teraba-raba hooi mane satu suis nih!



Sikit je lagi nak sampai kat suis tu tetiba gedebum!! Pintu yang aku masuk tadi terus tertutup ngan otomatik. Kuat giler bunyik, nasib baik jantung aku tak luruh. Time tu pulak, terus aku bukak semua suis, sampai lampu jamban toilet belakang dewan pun terbukak sekali. Dan pulak tu aku pusing ke belakang dan.....

=
=
=
=
=
=
=
=
=

                                       HUWARGH!!!!




Ohh, budak form 1 sorang ni dah sampai. Fuhh lega nightmare dah keluar kredit 'the end'. So aku suruh laa budak laki form 1 tu suruh cepat sikit pigi panggil kengkawan dia yang lain. So budak tu pergi laa panggil kengkawan dia dan aku pun buat kerja aku sampai siap. Fuhhhh, nasib baek takde pape...

Eh ehh, sapa kata kisah ni dah 'the end'?

Esok tu pulak aku baru perasan something pasal budak yang aku berpaling tu tetiba ada kat belakang tanpa notis. Nama dia memang aku tak ingat tapi dia ahli rumah mana aku still boleh ingat. Lepas interbiu ahli dorm dia, baru depa bagitau budak tu dah lama dah pindah! Aik? Pastu yang aku jumpa budak belakang aku tu sapa lakkk??! Jeng jeng jeng..

XPLANATION?

Konklusinya, benda ni memang ada kat mana-mana sekalipun. Yang tengah perhatikan gerak-geri korang yang tengah baca entry ni pun mungkin ada. So, lengkapilah diri kita ngan pelindung utama - iaitu keimanan terhadap Allah. Sebab benda ni kan dah berjanji ngan Allah untuk ganggu dan sesatkan keturunan anak Adam sampai hari kiamat? So beringat-ingatlah dan paling penting...

JANGAN BIARKAN HOSTEL ANDA.. DISELUBUNGI MISTERI...


9 comments:

Syaq!b Suk!man said...

kisah 6 sgt saspen smpai aku pown na terkucil~

ila said...

seram dher.

aku tgk kau cm ske cite seram je.

dgr la misteri jam 12.bnyk kt utube

Amal Azraai Azuha said...

@ SYAQIB SUKIMAN

Nak terkucil? Ahaa, bilik air blakang tu jaa

Amal Azraai Azuha said...

@ ILA

Suka? Takdelaa sangat.. kalau time orang crita tu sebok nak cover muka ngan blanket

ema said...

adui. nyesal baca malam2 jumaat ni la. cane nak tido nih. waaa

kartunketot said...

waaaa , best2 . konpem orang xmo msok skolah tu dah . haha :)

Amal Azraai Azuha said...

@ EMA

Apa susah? Ema pi ketok pintu bilik mak ajak mak tido berduet.

settle!

Amal Azraai Azuha said...

@ KARTUNKETOT

BAD NEWS:

Pastu kita ni?

Anonymous said...

wah,seramnya!ms di sana,cikgu bi ada pesan kt kami jgn merayau kt jap language room,pdg sek n loji taik blkg asrama putri.Takut gak sbb ada satu hari x tau gi merayau keliling dewan tgh mlm buta cr cikgu 4 orientasi....